Kisah Nabi Yunus a.s
Kisah mengenai Nabi Yunus tidak banyak terdapat di dalam Al-Quran dan disepanjang yang dapat dicatatkan oleh ahli tafsir dan sejarawan,nama sebenarnya ialah Yunus bin Matta.Beliau telah diutuskan oleh Allah s.w.t kepada penduduk yang bertempat di Ninawa yang terdiri bukan dari kaumnya dan tiada langsung pertalian darah dengannya.Nabi Yunus merupakan seorang pendatang lagi terasing dan bersendirian dalam penduduk tersebut.Yunus telah menemui penduduk Ninawa dalam kesesatan dan kekufuran kerana menyembah berhala dan patung-patung ukiran mereka sendiri.Yunus telah berdakwah kepada mereka dan mereka melawannya.Maka,suatu hari,Yunus berkata sekiranya mereka terus berada dalam kesesatan,maka akan datang satu hari di mana Allah akan menurunkan azab seksanya.Maka penduduk Ninawa mengatakan bahawa mereka tidak takut dengan ugutan tersebut.Maka,oleh sebab tidak tahan dengan sikap kaumnya,Yunus pun meninggalkan kaumnya untuk berhijrah.Sebaik peninggalan Yunus,penduduk Ninawa cemas kerana sudah ada tanda-tanda bahwa azab yang mereka perolok-olokkan itu akan datang.Maka,penduduk Ninawa mulai sedar tentang kebenaran dakwah Yunus.Dalam pada itu,angin mula bertiup kencang dari setiap penjuru menerpa kesetiap ruang kampung dan rumah mereka dengan membawa suara gemuruh dan kilat yang amat menakutkan.Mereka mula bertaubat dengan seikhlas hati kepada Allah.Untuk membuktikan keikhlasan taubat mereka,mereka keluar beramai-ramai ke tanah lapang seraya mengangis dengan semahu-mahunya memohon ampun dan rahmat Allah agar dihilangkan segala musibah dan azab seksaan-Nya.Setelah Allah menerima taubat mereka dan semuanya kembali seperti sediakala,mereka tercari-cari akan Yunus.Adapun,Yunus pula telah sampai ke tepi pantai di mana ia melihat sekelompok orang ramai sedang berebut-rebut untuk menaiki sebuah kapal.Yunus juga ingin ikut dan dia minta izin dari tuan kapal.Setelah,diizinkan,dia pun berlayar bersama.Namun,tiba-tiba kapal itu bergoncang dengan kuat kerana ditiup taufan dan dipukul ombak yang besar.....bersambung...
Laman Utama
Kisah Nabi Yunus
Berita Segar !!!
Struktur Organisasi Kelas
Link-Link
Undian 2 Al-Farazdaq
Feedback