Respirasi luar melibatkan pertukaran gas antara suatu organisma dan alam sekitar. Ia berlaku di organ pernafasan khas seperti peparu, insang dan sistem trakea. Ia adalah melibatkan pertukaran antara gas oksigen ( disedut masuk ) dengan gas karbon dioksida ( dihembus keluar ). Pertukaran ini bersifat mekanikal dan fizikal.

ORGAN PERNAFASAN MANUSIA

Organ pernafasan manusia adalah berbeza daripada sistem pernafasan ikan amfibia dan protozoa kerana ia terdiri daripada peparu kiri dan peparu kanan yang terletak dalam rongga toraks. Peparu dilindungi oleh tulang rusuk yang berbentuk sangkar rusuk. Peparu terdiri daripada berjuta-juta alveolus. Setiap bronkiol dalam peparu berakhir dengan sekelompok alveolus. Peparu berfungsi untuk menjalankan pertukaran gas antara alveolus dengan kapilari darah secara resapan ( pergerakan zarah-zarah dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawsan berkepekatan rendah ).

Setiap alveolus mempunyai dinding yang sangat nipis dan terdiri daripada satu lapisan sel sahaja. Permukaan alveolus lembab dan mempunyai kapilari darah di luarnya. Kapilari darah ini juga berdinding nipis. Dengan itu peparu mempunyai permukaan lembab yang sesuai untuk menyerap gas oksigen yang terdapat dalam alveolus dan menyerap gas karbon dioksida dari kapilari darah di sekeliling alveolus.

Dalam sepasang peparu terdapat lebih kurang 700,000,000 alveolus yang menyediakan kira-kira 70 meter persegi permukaan untuk pertukaran gas.
Rajah ; ALVEOLUS DALAM PEPARU MANUSIA