Makmal Pengajaran Dan Pembelajaran
Makmal Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Prasekolah mula dikemaskini pada awal Mei 2000. Sebuah bilik khas telah diperuntukkan untuk menghimpunkan semua sumber pengajaran dan pembelajaran yang telah dihasilkan oleh peserta-peserta kursus dan juga kakitangan ILK.

Objektif
1. Menyediakan kemudahan bahan-bahan rujukan.
2. Memberi kesedaran kepelbagaian fungsi alat bahan pengajaran dan pembelajaran.
3. Memberi kaedah belajar sendiri (self learning) dikalangan penggunanya.
4. Memberi pendedahan kepada pengguna untuk mempelbagaikan bahan kitar semula sebagai bahan pembelajaran.
5. Menggalakkan pengguna peka kepada maklumat yang diperolehi dari bahan bercetak seperti surat khabar untuk mencetus idea.

Koleksi Bahan (Bahan Bercetak)
1. Koleksi keratan akhbar berkaitan dengan Pendidikan Prasekolah
2. Peringkat Perkembangan Kanak-kanak
3. Makanan dan Pemakanan
4. Origami dan Kerjatangan
5. Ensiklopedia kanak-kanak
6. Atlas dan Kamus Prasekolah
7. Koleksi Titian ILK & Majalah Memori
8. Manual Program TASKA & Prasekolah
9. Laporan Kajian Kanak-kanak
10. Laporan Program Simbiosis
11. Tokoh Falsafah Pendidikan Prasekolah
12. Program KEMAS
13. Persediaan Mengajar
14. Pamplet, Majalah dan Risalah terbitan berkala
15. Buku Bacaan/Cerita
16. Carta Pendidikan Agama
17. Poster

Koleksi Kreatif & Rekacipta
Koleksi yang dipamerkan adalah merupakan prototaip alat bahan pengajaran pembelajaran merentasi Kurikulum Pendidikan Prasekolah. Bagi menyahut saranan Kerajaan ke arah pembaziran sifar serta mesra alam, penghasilan koleksi banyak dibuat daripada bahan buangan seperti kotak-kotak, tin minuman, kain perca, kulit kerang, tempurung dan lain-lain. Sebahagian besarnya adalah contoh-contoh yang dibuat oleh pelatih-pelatih untuk digunakan dalam perlaksanaan aktiviti yang bersesuaian sebagai bahan sokongan.

Bahan-Bahan AVA
1. Projektor dan filem slaid mengenai TABIKA
2. VCD lagu kanak-kanak.


[ Index ] [Aluan Pengetua] [ Pengenalan ] [ Kemudahan ] [ Makmal Pengajaran.. ] [ Perpustakaan ]
[ Hotlink ] [ Renungan ] [ Dokumentasi ILK ] [ Aktiviti ]