![]() |
|||
![]() |
|||
Projek "Betty" Projek "Betty" adalah projek terbaru saya untuk membuat distro LINUX sendiri. Projek ini masih dalam peringkat awal dan saya masih baru mencuba untuk compile LINUX secara sendiri. Pada peringkat ini saya telah berjaya sehingga bash saya berfungsi. Setakat ini saya telah compile pakej dibawah ini dan berfungsi dengan baik. AUTOCONF: Perancangan Distro awal yang bakal dibina adalah menumpukan kepada pengguna intermediet/advance kerana distro ini akan menumpukan kepada server dan pendtadbiran. Distro akhir mungkin akan dibina untuk menyokong keperluan semua pengguna. Antara pakej awal yang bakal didatangkan bersama-sama pakej ini adalah webmin Objektif Projek "Betty" Projek ini mempunyai objektif tersendiri iaitu untuk membina satu distro baru yang bercirikan Malaysia. Projek ini memilih enlightenment window manager utama kerana ianya lebih mudah dan ringkas berbanding KDE dan GNOME. Versi terbaru enlightenment yang stabil adalah v 0.16 manakala versi cvs adalah v 0.17. Untuk pengetahuan semua enlightenment v0.17 adalah window manager yang sebenar kerana versi sebelum ini masih bergantung kepada window manager yang lain. Siapa patut menyertainya Siapa sahaja yang merasakan bahawa dia patut tahu tentang LINUX. Bagaimana hierarki sistem LINUX? Apa yang berlaku semasa proses boot? Pendek kata projek ini terbuka kepada semua. Konsep ini saya panggil sebagai OPEN DISTRO. Konsep OPEN DISTRO dimana setiap seorang akan compile source code dan tidak bergantung kepada orang lain. Maksudnya kerja -kerja compiling adalah tidak melibatkan orang lain. Faedahnya setiap orang yang compile akan mendapat ilmu dan pengetahuan yang sama. Dalam erti kata lain saya hanya menyediakan garis panduan bagaimana untuk membina distro sendiri. Tiada tempoh untuk menyiapkan distro ini kerana ianya bergantung kepada diri sendiri. |
|||||||||
|
|||||||||