KEDAYAN
ditubuhkan pada tahun 1993, bagi menggantikan SEDAYA (nama persatuan Kedayan
sebelumnya)
yang telah dimansuhkan oleh Pendaftar Pertubuhan pada tahun 1991 tiga hari
selepas mengadakan Perhimpunan Agungnya di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.
Kemunculan KEDAYAN adalah
merupakan usaha lanjutan sekumpulan anak-anak Kedayan yang prihatin dan
bercita-cita besar untuk melihat orang Kedayan mempunyai persatuan, dan
memainkan peranan didalam persatuan.
Struktur pengurusan KEDAYAN
berbeza dari yang dahulu, selain dari mempunyai jawatankuasa induk ianya
mempunyai cawangan. Tujuan utama kenapa organisasi ini diperkenalkan ialah untuk
memperolehi pengelibatan yang lebih menyeluruh dari seluruh kawasan di mana
masyarakat Kedayan berada.
Tetapi setelah tujuh tahun
adalah diamati bahawa carta organisasi sebegini membuatkan pengurusan KEDAYAN banyak
mengalami kerumitan terutama bagi menguruskan pendaftaran persatuan secara
keseluruhannya.
Maju mundur persatuan
seperti ini banyak bergantung
kepada penglibatan cawangan-cawangan. Terdapat juga segelintir cawangan yang telah lulus
pendaftarannya tidak begitu ‘responsive’ untuk menggiat usahakan cawangan
masing-masing.
Dalam keadaan begini AJK
induk hanya boleh memberi khidmat
nasihat agar jangan sampai cawangan ini dimansuhkan oleh pendaftar pertubuhan.
Masyarakat Kedayan
menyambut baik kehadiran KEDAYAN, sambutan dari kebanyakan cawangan tidak
kurang hebatnya dengan ‘ready’ wajit, punjung dan kalupis.
Walaupun dengan sumber yang
serba kekurangan ahli-ahli Jawatan Kuasa KEDAYAN telah dapat melawat ke semua
cawangan yang telah berdaftar dan memiliki
sijil.
Ketika ini sebanyak 22
cawangan ditubuhkan di daerah Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu dan Papar. Banyak
lagi permintaan dari kampung-kampung Kedayan yang belum sempat di tunaikan oleh
AJK induk. Diharap dengan rasminya pembentukan KEDAYAN ini ianya
akan memberi ransangan yang berterusan kepada kita.
Mengikut kajian
bangsa Kedayan tidak terserlah, sejarah mengenai Kedayan baik dari peringkat
negeri apatah lagi negera memang tiada mengetengahkan bangsa Kedayan.
Namun demikian kewujudan
Kedayan bermula dan seiring dengan kelahiran tamadun Brunei. Melihat kepada
kehadiran Kerajaan Brunei yang telah berusia lebih dari 500 tahun, kesimpulan
awal kita ialah bangsa Kedayan ini telah juga berusia sedemikian .-
lihat
artikel akan datang
|