MOTTO KML                     

    "KARISMA  MADANI 

 

      Journal

  Penyelidikan

       Tesis

 Bahan P & P

 

 LUHUR"


 

 

 

 

 

      HIGHLIGHTS

 

 

Journal

 


 

PERSEPSI GURU PELATIH YANG SEDANG MENJALANI PRAKTIKUM TERHADAP KANAK-KANAK BERMASALAH DAN BERKEPERLUAN KHAS DI DALAM KELAS MEREKA: KAJIAN DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH DAERAH BINTULU.

OLEH:

En. Abd.  Rashid Mohd. Ali

Kolej Matrikulasi Labuan

 

En. Kassim Hj. Jaafar

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

 

Sinopsis:

 

Guru-guru pelatih maktab perguruan dimestikan menjalani sesi  latihan amali atau praktikum di sekolah sebelum layak bergelar guru terlatih. Semasa berpraktikum, mereka akan berdepan dengan berbagai ragam pelajar sama ada cerdik, sederhana, lembab atau yang berkeperluan khas  seperti cacat penglihatan, cacat pendengaran dan bermasalah dalam pertuturan.  Sebagai guru pelatih, tentu berbagai persoalan muncul dalam diri mereka berkaitan alam pendidikan apabila berhadapan pelajar yang berbagai ini. Justru itu, kajian ini cuba mencari jawapan kepada beberapa persoalan utama iaitu apakah persepsi guru pelatih terhadap kanak-kanak ini, bagaimana persediaan dan penerimaan guru pelatih terhadap pelajar ini, sejauh manakah keupayaan guru pelatih mengaplikasikan teori pedagogi yang dipelajari dan apakah guru pelatih telah bersedia melaksanakan program Pendidikan Inklusif. Kajian ini cuba melihat persepsi dari empat aspek iaitu terhadap diri pelajar yang bermasalah dan berkeperluan khas  itu, terhadap penglibatan pelajar ini dalam pengurusan kelas, terhadap penyediaan Alat Bantu Mengajar dan juga persepsi terhadap strategi pengajaran dan pembelajaran.    Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru-guru pelatih yang dikaji adalah pada tahap memuaskan tetapi belum cukup bersedia dan mempunyai keupayaan rendah untuk mengaplikasikan teori pedagogi yang dipelajari. Penekanan kepada latihan berterusan mampu menjadikan guru pelatih ini muncul sebagai guru cemerlang dan berketrampilan dalam pelbagai bidang.

      


 

KOLEJ - KOLEJ

     

     Melaka

     Negeri Sembilan

     Pulau Pinang

     Perlis

JABATAN

     

     Kokurikulum

     Sains

     Matematik

     Perakaunan

UNIT - UNIT

     

     Akademik

     Peperiksaan

     Penyelidikan

     Kaunseling

     H.E. Pelajar

PAUTAN

     

     e-Pendidikan

     e-Perpustakaan

     e-Journal

     e-Akhbar

     e-Perkhidmatan

 

   

KESESUAIAN STRATEGI PENGAJARAN PELBAGAI KEBOLEHAN DALAM SUBJEK SAINS BAGI PELAJAR LAMBAT DALAM PEMBELAJARAN 

(SLOW LEARNERS)

 

OLEH:

En. Abd.  Rashid Mohd. Ali

Kolej Matrikulasi Labuan

 

Sinopsis:

 

Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan dengan jelas bentuk insan yang ingin dilahirkan oleh sistem pendidikan negara  di masa akan datang. Bagi menyumbang ke arah pembinaan insan seperti yang diharapkan itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah memberi penekanan kepada kesepaduan di antara penerokaan ilmu, penguasaan kemahiran dan pemupukan nilai-nilai murni.  Guru yang cekap dan berkesan ialah guru yang pandai  menyesuaikan strategi pengajarannya  mengikut situasi kelas dan pelajar. Oleh itu guru perlu cekap membuat tafsiran persekitaran dan latar belakang pelajar terutamnya pelajar bermasalah dalam pembelajaran  sebelum membuat perancangan pelajaran. Harus juga diingat, pengajaran dan pembelajaran subjek sains sangat  menekankan penerokaan ilmu disamping menguasai  kemahiran saintifik seperti kemahiran memerhati,  berkomunikasi dan membuat eksperimen. Artikel ini cuba  memperkenalkan  satu strategi yang difikirkan sesuai untuk mengajar kelas  yang mengandungi  ramai pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran ( ‘slow learners’ ) khasnya  dalam subjek sains iaitu  Pengajaran Pelbagai Kebolehan (Mixed-Ability Teaching). Dalam menggunakan strategi ini berbagai persediaan perlu dibuat dan melibatkan sokongan pelbagai pihak untuk menjayakannya. Namun begitu, strategi ini bukanlah strategi yang terbaik. Kelemahan tetap ada dan di sini letaknya kebijaksanaan guru mengatasinya.  Walau apa pun, strategi ini harus dicuba untuk memastikan pelajar meminati pelajaran sains yang semakin penting di alaf  baru .


 | Berita KML | Bahan P&P | Informasi Umum | Direktori | Soalan Lazim |

| Uji Minda | Peta Laman |


webmaster