|
||
|
|
MOTTO KML | ||||||||||||
"KARISMA MADANI |
![]() |
![]() |
Penyelidikan |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|||||
LUHUR" |
|
|
|
|
HIGHLIGHTS
|
PenyelidikanPERKAITAN ANTARA KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) DENGAN PURATA GRED TERKUMPUL (PNGK) PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI LABUAN OLEH: Abd.Rashid Mohd Ali Kolej Matrikulasi Labuan Sinopsis: Program matrikulasi kini semakin penting dan diminati ramai pelajar kerana untuk memasukinya memerlukan keputusan SPM yang cemerlang. Program ini juga membawa bersama harapan tinggi masyarakat untuk melihat seramai mungkin pelajar Bumiputra menceburi bidang sains dan teknologi serta bidang sastera ikhtisas. Dalam pada itu, program ini juga tidak telepas dari menerima penilaian masyarakat. Kerapkali keluar di dada akhbar yang mempersoalkan mutu program ini. Pelbagai persoalan timbul, antaranya, adakah program ini mampu membantu pelajar meneruskan kecemerlangan SPM mereka. Ramai juga yang ingin tahu sama ada terdapat perkaitan antara kecemerlangan peringkat SPM dengan kecemerlangan di peringkat matrikulasi. Adalah sukar mencari jawapan persoalan-persoalan ini tanpa membuat kajian lanjut. Bertolak dari sinilah, maka dirasakan kajian yang dijalankan ini sangat penting dan bermakna kepada pelbagai pihak bagi mengatur perancangan dan strategi dalam meneruskan kecemerlangan. Semoga hasil dapatan kajian ini menjadi titik-tolak kepada kajian lanjut dalam setiap semester. PENGURUSAN BERKUALITI KE ARAH PENDIDIKAN BERKUALITI – KAJIAN KES DI KOLEJ MATRIKULASI LABUANPENGURUSAN BERKUALITI KE ARAH PENDIDIKAN BERKUALITI – KAJIAN KES DI KOLEJ MATRIKULASI LABUAN OLEH: Abd.Rashid Mohd Ali Kolej Matrikulasi Labuan Sinopsis: Kualiti telah menjadi satu faktor penting di dalam organisasi. Pengurusan organisasi masa kini menumpukan perhatian kepada pengurusan berkualiti di mana seluruh aktiviti organisasi perlu memberi tumpuan pada kualiti dan kepuasan pelanggan berdasarkan pelbagai kaedah, teknik dan latihan. Kualiti juga telah menjadi satu standard global di mana dunia kini mengarah kepada penggunaan standard kualiti yang sama. Ternyata banyak pihak telah lama menyedari kepentingan kualiti dan mendapat faedah daripadanya. Walaupun sektor pendidikan merupakan sektor perkhidmatan, pengurusan berkualiti masih boleh diterapkan di beberapa bahagian terutamanya bahagian Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) yang meliputi pengurusan bilik darjah dan pelajar. Berdasarkan hakikat inil, maka kajian berkaitan pengurusan berkualiti dalam organisasi Kolej Matrikulasi ini dibuat dengan harapan kesannya akan menjurus kepada kewujudan pendidikan berkualiti asalkan ada kesungguhan dan komitmen semua pihak. Adalah diharapkan kajian ini akan mencetus kesedaran kepntingan pengurusan berkualiti ke arah mencapai kesempurnaan organisasi.
KE ARAH KECEMERLANGAN KML : - SATU ANALISIS SWOT OLEH: Abd.Rashid Mohd Ali Kolej Matrikulasi Labuan Sinopsis: Konsep ‘Kaizen’ adalah satu konsep yang membawa maksud sentiasa memajukan diri. Ianya telah lama diamalkan oleh rakyat Jepun sehingga muncul sebagai sebuah negara maju yang patut dicontohi. Organisasi juga patut mengamalkan konsep ini dengan matlamat utama untuk memperbaiki dan memperkemaskan lagi struktur dan jentera organisasi. Atas semangat dan dasar inilah maka kajian analisis SWOT ini dibuat. Tanpa ada niat untuk menuding jari dalam mencari kesalahan mana-mana pihak, kajian analisis ini lebih kepada latihan ilmiah dalam mencetus pemikiran dan tindakan yang menjurus kepada peningkatan profesionalisma dalam perkhidmatan. Adalah diharapkan kajian ini menjadi titik tolak kepada pelbagai pihak untuk menyumbangkan idea dalam mencari kesempurnaan organisasi. CIRI-CIRI PENGAJARAN BERKESAN PENSYARAH SAINS MAKTAB PERGURUAN SAINS BINTULU OLEH: Abd.Rashid Mohd Ali Kolej Matrikulasi Labuan Sinopsis: Berbagai kajian telah dibuat berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang menjadi amalan dalam sistem pendidikan negara. Salah satu kajian yang kerap dilakukan adalah mengkaji keberkesanan pengajaran pensyarah dari sudut pandangan pelajar. Kajian yang dijalankan di Barat berhubung dengan penilaian pelajar terhadap pengajaran berkesan pensyarah mendapati para pelajar sendiri menghadapi masalah dalam membentuk persetujuan umum tentang penghuraian dan konsepsi yang boleh diterima oleh semua pihak tentang ciri-ciri pengajaran berkesan pensyarah. Ketidakjelasan pencirian tersebut berlaku di semua peringkat pendidikan. Walaubagaimanapun ini bukan menjadi alasan untuk tidak menjalankan kajian berkaitan pengajaran berkesan kerana hasil dari pertimbangan dan persepsi pelajar sangat signifikan dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Kepentingan kajian ini semakin menonjol dalam bidang berkaitan pendidikan guru seperti di maktab-maktab perguruan. Menyedari hakikat inilah maka kajian berkenaan ciri-ciri pengajaran berkesan pensyarah sains di Maktab Perguruan Sains Bintulu, Sarawak, menurut persepsi guru pelatih , telah dijalankan dengan menetapkan senarai lima belas ciri-ciri yang boleh digolongkan sebagai ciri-ciri pengajaran berkesan seseorang pensyarah TAHAP KESEDARAN GURU – GURU PELATIH MAKTAB PERGURUAN SAINS BINTULU TERHADAP SAINS DAN TEKNOLOGI OLEH: Abd.Rashid Mohd Ali Kolej Matrikulasi Labuan Sinopsis: Ramai orang tahu menyebut sains dan teknologi tetapi tidak ramai yang betul-betul faham dan menghayatinya. Maklumat yang mereka perolehi dari pelbagai sumber media mungkin berbentuk umum dan yang ada kaitan dengan diri mereka sahaja. Jarang kita temui sesi perbincangan khusus membincang sains dan teknologi di kalangan orang awam. Secara tidak langsung ini menggambarkan tahap kesedaran rakyat terbanyak negara ini terhadap sains dan teknologi. Keadaan ini menular ke alam persekolahan di mana peratusan pelajar yang mengambil jurusan sains semakin berkurangan. Fenomena ini berterusan ke peringkat maktab perguruan dan ianya semakin membimbangkan. Bakal-bakal guru yang akan mendidik generasi akan datang merupakan satu golongan yang perlu diketahui tahap kesedaran terhadap sains dan teknologi. Tinggi atau rendah tahap kesedaran mereka akan mencorakkan generasi akan datang dalam bidang sains dan teknologi. Lantaran itu, penyelidikan yang dijalankan ini dirasakan perlu dan relevan dengan keadaan semasa. Penguasaan bidang sains dan teknologi adalah prasyarat paling utama bagi membina negara Malaysia yang maju dan kuat dari segi ekonomi dalam usaha menjamin survival negara dalam arena persaingan global di alaf baru. |
||
![]() |
|||
Negeri Sembilan Pulau Pinang Perlis |
|||
![]() |
|||
Perakaunan |
|||
![]() |
|||
Kaunseling H.E. Pelajar |
|||
|
|||
![]() |
|||
|
|||
|
|||
|
|||
| Berita KML | Bahan P&P | Informasi Umum | Direktori | Soalan Lazim | | Uji Minda | Peta Laman | |
|||
|
|||