Bersempena dengan April Foll lalu,dunia muzik death metal di Malaysia mencatat sejarah yang paling berharga buat mat-mat metal khususnya, kerana sebelum ini belum ada lagi band underground terkenal dari Barat membuat show di negara kita.
Dengan hadirnya Napalm Death ke Malaysia pada hari itu,maka terciptalah rekod sebagai band Barat terkenal pertama dalam scene underground yang berjaya merempuh tembok halangan selama ini.Mungkin kuasa mutlak muzik death metal mereka membuatkan band ini berkunjung ke Malaysia sekaligus meleraikan dendam underground tempatan yang menanti selama ini (Ha!Siapa tahu)
Seperti yang diduga sambutan followers di negara ini terhadap mereka amat mamberansangkan,malah sungguh dahsyat sekali.Mat-mat metal yang terlebih dahulu menghidu kelibat Napalm Death di sana awal-awal lagi telah mambanjiri ruang Warp Discotheque.Mereka mananti dengan penuh excited,dan seboleh boleh tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan kehebatan band grind/death metal ini beraksi.
Sebagaimana yang digambarkan,suasana disekitar Warp begitu meriah sekali dengan pelbagai aktiviti yang dicipta sendiri.Salah satu contoh yang boleh dinyatakan disini ialah apabila terdapatnya sekumpulan mat-mat metal begitu bijak mencari sumber kewangan dengan menjual barangan seperti cap,CD,kaset,poster,buku biografi band underground dan banyak lagi.
 Mat-mat Metal tak lepaskan peluang 'bagging' dan ada yang bergambar!!
Mengikut perancangan,show tersebut sepatutnya bermula pada pukul 4 petang tetapi biasalah...macam-macam masaalah yang timbul sebelum berlangsungnya sesebuah gig atau show dan itulah yang berlaku pada petang itu.Bagaimanapun pihak penganjur bijak menyelesaikan segala-galanya,maka tertunailah hajat crowd untuk memuaskan nafsu jiwa masing-masing...
Ketika jarum jam menunjukan pukul 4.30 petang,bahang konsert telahpun terasa begitu hangat dan disemarakkan lagi apinya oleh Narsamun yang bertindak sebagai band pembuka tirai.Mereka mempersembahkan beberapa buah lagu yang mampu menjerat crowd malakukan head spin bersama mereka.Tidak ketinggalan juga yang melonjak kesana kemari bagai cacing kepanasan.
|