Ini disusuli dengan kemunculan Blind Tribe diatas stage beberapa ketika kemudian.Berbekalkan konsep experimental music,band tempatan baru ini juga mampu mengejutkan crowd dengan aksi yang tersendiri.Namun masih awal untuk menonjolkan keekstriman diri kerana masing-masing mengumpulkan semangat dan tenaga untuk berhadapan dengan Napalm Death.Ahh!!Entah kenapa masa dirasakan begitu perlahan berlalu,penampilan local band bagaikan tidak berupaya meredakan bara yang terpendam.Mujurlah gelagat crowd berjaya menarik perhatian apabila dilihat bijak mengawal diri tampa menyusahkan orang lain biarpun nampak keterlaluan,seolah olah mampu mencetuskan huru-hara.Apapun,bagi mereka suasana tersebut sudah manjadi kebiasaan yang pastinya,tidak meninggalkan apa apa kesan.
 Barney selaku vokalis Napalm Death ternyata masih 'power'!!
Setamatnya persembahan dari Blind Tribe,kedengaran Napalm crowd melaung-laungkan nama band itu.Pada masa yang sama,krew yang terlibat sibuk mengatur peralatan di atas pentas agat line-up Napalm Death dapat beraksi dengan lebih selesa.Saat yang diimpikan menjadi nyata,lagu 'Take The Poison' diutuskan sebagai salam perkenalan dari Napalm Death.Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata bagaimana suasana dikala itu,hanya jeritan dan sorakan ganas crowd sahaja yang kedengaran menguasai dunia Warp Discotheque...
"Bukanya apa brader,lima belas tahun menanti raja death metal ni datang,jadi peluang depan mata,takkan gua nak lepaskan aje..banginglah,apalagi!!"ujar peminat-peminat metal dalam nada puas.Keasyikan melayan kepala diteruskan lagi disamping alunan lagu On The List,menjadikan semua yang hadir bagai hilang punca.Tambahan pula sebanyak 6 buah lagu dimainkan secara 'non stop vision' dan selepas itu barulah big gig tersebut direhatkan seketika.Kesempatan itu digunakan oleh vokalis Napalm Death untuk berucap sepatah dua kata.Menurut Barney,bandnya amat berbesar hati kerana diundang kesini dan sungguh gembira dengan support crowd brutal Malaysia yang sporting dan dan berdisiplin.Malah sambutan inilah yang paling menarik buat mereka berbanding di beberapa buah negara asia lain.
Untuk makluman mat-mat metal seluruh negara,konsert ini merupakan siri tour 'Enemy In Music Business'yang membawa mereka ke beberapa buah negara asian.Difahamkan selepas Malaysia Napalam death akan beraksi di Hong Kong dan Vietnam...Siapa yang tak puas tengok kedahsyatan mereka bolehlah kesana...! Rupa-rupanya Napalm Death telah lama menanti peluang mengadakan gig di negara ini,tapi disebabkan terlalu banyak aspek menjadi penghalang,impian itu dipendamkan sahaja,justeru itulah,sebagai menandakan kepuasan yang tidak terhingga,mereka melepaskan geram dengan live yang benar-benar berhantu.
Bercerita tenteng pengalaman gig mereka pula,Napalm Death barkata "Semasa beraksi di Tokyo, Jepun,peminat hanya duduk dikerusi dan memberi tepukan setiap kali lagu yang dinyayikan tamat,sedangkan pada waktu itu kami bermain live dengan penuh bertenaga diatas pentas!Fikirkanlah betapa kelakarnya...".berbalik kepada konsert,Napalm Death meneruskan persembahan dengan memainkan lagu 'SUFFER THE CHILDREN,CONSTITUTIONAL HEALTH, dan CLEANS IN PURE membuatkan crowd semakin ligat dan sukar dibendung lagi. Selepas lebih kurang dua jam konsert berkenan berlangsung,metal crowd seakan tidak mahu berganjak dari hadapan stage.Jelas mereka belum puas walaupun 18 buah lagu telah disajikan seperti 'World Keeps Cant Play,Plent,Wont Arent Challenge Hate,Vermin,politication,Breed To Brass,Volume At Neglect,Necessaty Evil,Scum,The Kill,Deceiver dan Your Suffer.
 Mitch dan Shane pun tidak ketinggalan layan 'bangging' atas stage..
Mungkin Napalm Death memahami kehendak naluri pengikutnya lantas menghadiahkan beberapa buah lagi lagu tanda berakhirnya konsert pada petang itu,antaranya Mass Appeal,Reed Keeling,Nazi Punk dan Siege Of Powder.Kebanyakan lagu yang mereka persembahkan merupakan lagu-lagu popular yang dipetik dari album HARMONY CORRUPTION,SCUM,FROM ENSLAVEMENT TO OBLITERATION,UTOPIA BANISHED,dan album terbaru mereka ENEMY IN MISIC BUSINESS.
Memetik kata-kata terakhir Napalm Death yang dianggotai oleh Barney (vokal),Mick (drum),Jesse (gitar),Mitch (gitar) dan Shane(bass),barney selaku wakil teman-temannya berkata,"Thank a lot to all our Malaysian fans,you are very fantastic supporters.This come from bottom of my heart and i am glad to perform in Malaysia.Hopefully we can come back here soon.Thanks,i love you all.."
Selepas show tersebut mereka sempat meluangkan masa untuk bersalaman dengan peminat-peminat yang berada dihadapan pentas.Nampak kepuasan diraut wajah anggota Napalm Death sendiri,juga mat-mat metal yang balik dari konsert tersebut "how about you ? Puas ke kalau sekadar dapat baca artikel ni je....!!
|