<< Rator >>

Permulaan dekad baru 1990 Rator masih rancak dan aktif dalam pergerakkan Underground tempatan, disebalik keaktifan mereka... Rator sering dilanda masalah peribadi yang tidak pernah kesudahan. Akhirnya pada lewat tahun 1990 Rator berpecah meninggalkan satu takuk sejarah Underground di Malaysiasampai bila-bila. Dua orang anggota Rator iaitu Shah Jahan dan Roslee Hassan , selepas pepecahan membina haluan sendiri melalui karier masing-masing. Shah Jahan telah mendapat sebuah pekerjaan dalam bidang lukisan, kulit album 'Nebiras' (As The Sky Turns Black) adalah hasil karya Shah Jahan pada tahun 1993. Roslee Hassan Pula cuba untuk kembali ke dalam bidang muzik melalui projek solo yang dirancangkan oleh beliau sendiri tetapi terkandas begitu sahaja....

Rator hidup kembali pada tahun 1993 setelah lama terdampar di pinggiran arena Underground tempatan, ditubuhkan semula oleh Shah Jahan (bass/vokal), Roslee Hassan (drum) dan Ogy (gitar). Kedatangan semula mereka diraikan, mereka beraksi di dalam sebuah gig di tahun 1993 bersama-sama Langsuir, Social Infection, Inhuman, Parasite dan Modar!! Dengan penubuhan semula Rator, sebuah label Underground tempatan (Dark Journey Records) bercadang untuk menandatangani kontarak dengan Rator untuk mengeluarkan album pertama mereka. Malangnya di penghujung 1993 Rator buat kali kedua menjerut kariernya! mereka berpecah dan gig mereka bersama Inhuman, Langsuir, Sosial Infection, Parasite dan Modar adalah gig yang terakhir buat Rator. Rator terus berkubur selamanya tetapi nisannya tertulis lagenda mereka sendiri di dalam muzik Metal Tempatan. Mereka terlebih dahulu mengganas dipersada muzik Underground tanahair sebelum F.T.G, Silent Death, Sil Khannaz, Braindead, Infectious Maggots, Pilgrims dan lain-lain lagi malah mereka merupakan kumpulan irama berat terawal di Malaysia yang mencipta lagu sendiri di era '80an selain Blackfire, P.R.O.V (kumpulan dari Terengganu yang mengeluarkan Demo pada tahun 1989) dan Slapdeath..

Antara tulang belakang Rator!!
Shah Jahan, Lee Space dan Roslee Hassan.

Di ketika Rator sedang aktif, nasib yang sama menghukum mereka sepertimana yang di alami oleh kumpulan veteran Thrash Metal tanahair yang lain, mereka dikritik kerana perbezaan naluri muzik yang mereka bawakan dengan kebiasaan lagu-lagu Slow Rock!! Sekumpulan awan yang datangnya dari barat dahulu telah menitiskan pengaruh dari kumpulan-kumpulan Thrash Metal disana dan ianya membasahi naluri peminat serta pemuzik Metal tanahair, salah satu tempiasnya adalah 'Rator!!' Titisan pengaruh yang pada mulanya di tahun '80an hanya merupakan lopak-lopak kecil bagi pemuzik-pemuzik Thrash Metal pada masa itu. Sekarang ini sudah menjadi kolam yang amat luas dan dalam pengarunya serta pengikut muziknya. Jika kita menyelami semula era kebangkitan muzik keras tanahair, Rator tidak boleh disempadankan dari era kecemerlangan muzik berat yang semakin dalam pengaruhnya pada hari ini.

Di waktu ini golongan peminat-peminat yang ada sekarang hanya menyaksikan kumpulan-kumpulan Rock mainstream tempatan yang melayari populariti tanpa asal periksa, apabila kamu menyelami ke dasar muzik irama keras, barulah kamu akan mengetahui siapakah sebenarnya yang sebenar-benarnya menerokainya. Itulah 'Rator' mutiara yang cuba diambil oleh 'Metal Gempur' untuk dipertontonkan kegemerlapan, kecantikan dan keagungannya!! Penghormatan buat 'RATOR' perintis irama berat, pelopor arena Underground, pejuang muzik ekstrim dan maharaja Metal Malaysia!!!!



Hanya mereka berdua yang meneruskan perjuangan!!

Lagenda pejuang irama Thrash Metal dan pelopor pergerakkan
muzik Undeground tanahair...RATOR!!!









logo metal gempur!!

©Hakcipta terpelihara
® 2001 metalgempur666.cjb.net