<< Rator >>


deram kumpulan Thrash Metal 'Exorcist'!! tetapi malangnya pagi yang amat panas mereka tempuhi hujan dipertengahannya apabila tidak lama selepas itu Lee Space pula memutuskan untuk meninggalkan Rator. Roslee Hassan selaku gitaris pada ketika itu mula mengotakan keputusannya untuk mengambil posisi sebagai pemain drum. Oleh itu Rator ditunjangi oleh Shah Jahan (bass/vokalis) dan Roslee Hassan (gitar/drum). Ketibaan 1989 Rator semakin mengganas dengan aktiviti mereka, mula bermain gig di merata tempat dengan rancaknya. Gig pertama mereka ialah di Galactica Club bersama-sama Blackfire, Necrofist (sekarang Nebiras) dan beberapa kumpulan Thrash Metal yang lain. Bermula dengan titik permulaan ini Rator semakin giat bermain gig seperti expo Taman Dato' Harun, Fun Fair di Serdang dan kelab-kelab seperti Metallica Lounge, Paradise Club, Semua House Rock Roller serta termasuklah pertandingan-pertandingan lagu Slow Rock yang sengaja dimasukki.

Pertandingan tersebut mempertandingkan kumpulan-kumpulan yang memainkan lagu-lagu cinta sahaja, lagu-lagu yang diwajibkan untuk pertandingan tersebut ialah lagu-lagu daripada Wings, Search dan May. Ini amat bertentangan sama sekali dengan imej dan muzik yang Rator mainkan! Rator langsung tidak membawakan lagu-lagu seperti yang diwajibkan sebaliknya menghuru-harakan kemurnian majlis tersebut dengan membawakan lagu-lagu Thrash Metal yang mereka 'gilai' seperti Slayer, Sarcofago, Sodom dan bermacam lagi. 'Pencabulan kejam' yang mereka lakukan telah mengakibatkan semua yang hadir terperanjat dengan persembahan, imej dan muzik yang Rator bawakan!

Rator tidak sekali-kali membawakan lagu-lagu cinta seperti yang di syaratkan kerana inilah diantara usaha mereka untuk mempopulasikan irama Thrash Metal , di mana pada ketika itu industri muzik Rock tanahair sedang tenat dengan lagu yang meleleh-leleh. Dari satu pertandingan ke satu pertandingan mereka cerobohi malah pernah mereka dihalau di dalam sebuah pertandingan juara Slow Rock sebelum sempat mereka membingitkan keadaan. Ini disebabkan imej dan muzik mereka, peminat dan penggiat muzik Rock pada masa itu tidak dapat menerima bentuk muzik yang Rator bawakan malah Rator pernah dicemuh tetapi itu semua bukan penghalang bagi mereka. Setiap gig yang dimainkan oleh Rator akan menggunakan khidmat Lee Space untuk membanting lagu-lagu yang dibawakan. Di era '80an Rator pernah beraksi bersama-sama lagenda Underground seperti F.T.G, Nemesis, Blackfire, Silent Death, Punisher, Hijrah, Braindead, Picagari, Slapdeath, Necrofist dan beberapa perintis lain.

Wajah brutal lagi ganas Roslee!!!
Roslee Hashim
(gitar/drum)


Harga kehadiran Rator dipuncak irama berat tempatan berbayar apabila Rator menggegarkan seluruh dunia seni Malaysia apabila mereka mengambil keputusan untuk merakamkan Demo pertama yang bertajuk 'Evil Symphony' di tahun 1989, dirakamkan di studio Hellion, Medan Mara. Empat lagu bersimfonikan kekejaman dirakamkan 'Antichrist War' 'Death Metal warrior', 'Spel From Fire' dan 'On Sin' yang di lagukan berbentuk irama Brutal Death Metal, atau lebih dikenal sebagai 'Old School Death Metal!!' Simfoni mereka dipengaruhi Sodom, Sarcofago, Venom, Bathory, Slayer dan Celtic frost! Imej pula dimenangi dengan pengaruh spikes, muka diconteng, rantai dan jaket kulit menjejaki imej Sarcofago serta penampilan lama Venom, Sodom, Celtic Frost serta kumpulan lagenda Brazil seperti Sarcofago, Multilator, Sxetrash dan Vulcano amat ketara! Dengan kelahiran demo ini Rator menggugat muzik Metal tanahair yang suatu ketika dahulu dihimpuni dengan lagu-lagu Slow Rock. 'Evil Symphony' juga seakan-akan pembakar semangat kepada kumpulan-kumpulan Underground yang wujud ketika itu dan telah berjangkitkan pejuang-pejuang veteran untuk meniru jejak langkah Rator dengan menghasilkan Demo sendiri seperti Sil Khannaz, Hijrah, Braindead dan lain-lain.

Demo mereka dirakamkan dengan line-up Shah Jahan (bass/vokal), Roslee Hassan (drum/gitar) yang bermain drum untuk beberapa lagu.. mereka dibantu oleh Mie F.T.G iaitu orang yang bertangung jawab menerbitkan demo ini. Ia dirakamkan dalam keadaan tergesa-gesa dan mereka tidak sempat berlatih dengan secukupnya. Sound untuk demo ini kurang bermutu tetapi ini bukan batu penghalang buat mereka malah menjadi batu loncatan untuk Rator disanjungi di seluruh dunia. Ulasan , temuramah dan cerita mengenai Rator tersiar dalam majalah-majalah primitif Underground yang terkenal seperti Master Of Brutality (Holland), Morbid (Sweden), Multilation (Jepun), Slimy Scum (Sweden), Multilador (Mexico), Slayer (Norway), Obscure Epitaph (Norway) dan banyak lagi.

Selain itu Rator banyak menyertai album kompilasi kaset seluruh dunia dan bermula dengan gerakkan ini banyak media-media barat membuka kelopak mata mereka terhadap Malaysia. Persamaan diantara Abhorer dangan Rator juga tidak dapat disangkal lagi!! Jika Abhorer adalah jawapan bagi pergerakkan Underground di Singapura, Rator pula adalah jawapan untuk Malaysia!!!. Cengkaman Rator diperkukuhkan lagi dengan adanya pengikut-pengikut mereka yang tersendiri, mereka mengelarkan diri 'Army Of Fans!'... mereka sangat agresif dan ditakuti oleh peminat-peminat lagu Slow Rock kerana penampilan mereka seperti juga Rator, mengenakan warna hitam dimuka, rambut yang bergerbangan dan memakai baju-baju yang tertera nama Rator!!! Mereka memberikan sokongan yang tiada berbahagi kepada Rator, dan ketika itu juga segala aktiviti dan urusan surat-menyurat diuruskan oleh Abd. Aziz, editor majalah 'Vortex From The East' Zine dan juga merupakan bekas vokalis untuk kumpulan Death Metal 'Necrofist'.









logo metal gempur!!

©Hakcipta terpelihara
® 2001 metalgempur666.cjb.net