<< Sil Khannaz >>




"Penghasilan muzik dan susunan lagu untuk album ini melibatkan kesemua anggota Sil Khannaz, semua orang puas hati. Selain dari itu, rakaman album ini dilakukan di studio yang sama di mana semua album Sil Khannaz sebelum ini dirakamkan. Kami beruntung kerana tahu mana selok belok, kelebihan dan kelemahan studio tersebut disamping tenaga engineer yang telah lama kami kenali. Album ini dirakamkan tanpa banyak masalah dan karenah".

Album ini dikatakan mengambil semula era Death Metal untuk Sil Khannaz terutamanya era 'Conception Of Madness', untuk mengembalikan satu bentuk spiritual dari album 'Conception Of Madness'(COM), adakah pengaruh yang sama seperti 'COM' digunakan untuk membentuk 'Bara Pawaka', tetapi pengaruh itu diinspirasikan dengan cara yang lebih matang atau keserasian dengan mengikut corak muzik Sil Khannaz yang moden? Apakah elemen yang diteruskan dalam 'Bara Pawaka'?, secara formalnya adakah ianya boleh dianngap kesinambungan muzik Sil Khannaz dulu dan sekarang?

"Kesimpulanya album ini bagi aku, adalah hasil gabungan dan sambungan landasan muzik Sil Khannaz dari dahulu hingga sekarang, sudah semestinya eksperimental dalam muzik masih diteruskan".

Pada pendapat saya, album ini bukan lanjutan dari 'Conception Of Madness' kerana ianya tidak terlalu ternikal dan seagresif album pertama. Ianya lebih kepada campuran muzik Sil Khannaz dari album pertama dan kedua dipermodenkan dengan kombinasi terkini muzik Sil Khannaz. Apa klasifikasi kamu sendiri tentang muzik 'Bara Pawaka'?

"Sebenarnya sudah menjadi tradisi muzik kami dimana kami cuba untuk menjadikan semua album kami berbeza diantara satu sama lain, kami tidak mahu setiap album kami mempunyai feel, sound dan olahan yang serupa sahaja. Seboleh-bolehya kami cuba untuk bereksperimen dengan pelbagai melodi, skill dan citarasa, paling penting adalah identiti dan ketulenan sound dalam penulisan lagu. Bagi aku, Sil Khannaz hanyalah Band Metal!! tak lebih dari itu".

Konsep 'balik ke akar umbi' adalah formula yang digunakan leh Sil Khannaz untuk 'Bara Pawaka', kebanyakkan kumpulan-kumpulan lama yang menggunakan konsep ini gagal mengembalikan saat-saat kemasyhuran mereka. Adakah konsep ini digunakan oleh Sil Khannaz sebagai srategi untuk mengumpulkan semula peminat-peminat atau sememangnya Sil Khannaz dedikasi terhadap akar umbinya iaitu Death Metal?

"Jika diteliti hasil penerbitan album ini, hanya boleh disimpulkan bahawa album ini mempunyai root diantara 'Conception Of Madness' dan 'Gerbang Kayangan'. Masih ada lagi elemen-elemen yang aneh dan asing (bukan elemen Death metal) dalam album ini sebagaimana yang ditonjolkan dalam 'Gerbang Kayangan' cuma kali ini menggunakan elemen tersebut dengan agak sederhana sahaja. Terserahlah pada kalian semua untuk menilai hasil album ini".

Kenapa hanya mengeluarkan album mini, bukankah sepatutnya album ketiga ini merupakan album penuh Sil Khannaz kerana album 'Gerbang Kayangan' telah lama dikeluarkan. Adakah kerana ahli-ahlinya yang sibuk dengan komitmen dan projek-projek lain membuatkan kamu semua tidak terlalu agresif dalam aktiviti Sil Khannaz?

"Memang benar! sebelum album ini dirakamkan, memang banyak masalah yang kami hadapi terutama apabila saudara Lan Bye(drummer) terpaksa berhijrah ke Melaka kerana Kerjayanya. Kesian jugak aku tengok dia yang terpaksa berulang-alik dari Melaka ke Kuala Lumpur setiap minggu. Kami hanya ada masa untuk bertemu dan berlatih dihujung minggu sahaja, berbanding dahulu kami banyak menghabiskan masa bersama0sama untuk pembikinan lagu dan sesi latihan. Semenjak itu kesemua anggota Sil Khannaz mula terlibat dengan projek band masing-masing dan ada yang bertindak sebagai pencipta lagu serta 'sessionist' untuk rakaman album artis lain. Sebagai contoh, Cd terlibat dengan Metalasia, Dark-E dengan Vociferation Eternity, Hashim bertindak dengan lebih berani apabila mengisi kekosongan posisi Bass kumpulan The Pilgrims dan aku pula menubuhkan Mesmerized. Mungkin ini ada rahmatnya kerana dapat lagi pengalaman yang menarik, dimana kami dapat mempelajari sesuatu yang amat berbeza ketika bersama Sil Khannaz".


Terang Jaie Jokhannaz menerangkan pergolakkan yang terjadi semasa proses rakaman album mini ini direalitikan.

"Janji merupakan faktor utama kenapa mini album ini dilancarkan, kalau nak ikutkan hati memanglah kami nak keluarkan album penuh pada tahun ini. aku dah tak tahan bila jumpa sahaja bebudak, depa mesti tanya "Oi bila album baru nak keluar?" Ha, sekarang album baru dah pun berada dipasaran, jangan tak beli pulak".

Album baru ini hanya menampilkan empat orang anggota sahaja tanpa mengetengahkan tulang belakang Sil Khannaz iaitu Cd Khanzab. Kenapakah kedudukan Cd sekarang hanyalah sebagai undangan untuk beberapa bahagian solo gitar sahaja, bolehkan kamu berikan penjelasan bagaimanakah posisi Cd sekarang di dalam Sil Khannaz?

"Beliau mungkin akan muncul dengan album solo yang bakal dikeluarkan oleh major label tempatan. Bagi peminat beliau, pastikan sokongan padu anda pad album beliau tu! Namun begitu beliau masih lagi akan beraksi dalam gig yang melibatkan Sil Khannaz jika tidak ada apa-apa program, sebagai contoh beliau akan beraksi di Singapura dan Bandung, Indonesia nanti. Beliau mungkin akan terlibat sepenuhnya untuk album Sil Khannaz akan datang".

Apakah maksud 'Bara Pawaka' dan apa kaitanya secara keseluruhanya dalam lirik-lirik 'Bara Pawaka'? adakah lirik Sil Khannaz masih lagi menceritakan kisah-kisah melayu kuno dan alam ghaib kemelayuan?

"Bara Pawaka bermaksud 'Bara Api', aku ada bikin dua buah lirik yang menggunakan bahasa melayu klasik, topiknya lebih kepada soal perjuangan, kepercayaan, janji-janji dan dendam dan takut mati".

Album 'Bara Pawaka' mengutarakan 5 buah lagu cover dari kumpulan-kumpulan yang banyak mempengaruhi dan membentuk Sil Khannaz semasa di awal penubuhannya. Kenapa agaknya tidak ada lagu dari 'Sarcofago' sedangkan kumpulan ini banyak mempengaruhi Sil Khannaz?

"mungkin pada masa akan datang kalau ada rezeki!".

Macam mana dengan Tour untuk album baru ini? selain gig yang akan dimainkan di Indonesia dan di Singapura, mungkinkah ada perancangan yang lebih besar dari Sil Khannaz?

"Buat masa ini kami ada menerima undangan untuk beraksi di Johor pada awal bulan julai, di Kuala Lumpur pada akhir bulan Julai. Aku juga sedang berusaha untuk mendapatkan tempat di Alor Setar dan banyak lagi tempat selain dari aturcara promosi media cetak dan media elektronik".

Bagaimana pula dengan label kamu 'Nebiula Production' nampaknya kurang produktif?

"Cakap pasal label pula, susah nak cakap.. sebab aku bagi pihak Nebiula Production sudah cukup tenat! kejatuhan ekonomi dua tahun lepas banyak memeritkan kami. Pihak yang mengedarkan barangan kami tidak dapat melangsaikan hutang mereka, sejak itu kami terpaksa bergerak dengan baki modal yang amat terhad dan terpaksa membayar hutang kami pada syarikat yang mengeluarkan kaset, CD dan pencetakkan serta pembahagian royalti artis yang tertunggak. Aku tak tau pula dengan label-label yang banyak duit, mungkin mereka boleh senyum saja".

Apa pesanan dan kata-kata akhir kamu mewakili Sil Khannaz?

"Akhir kata dari Sil Khannaz selamat membeli album kami, pastikan anda pasang dia punya volume kuat sikit baru terasa... satu lagi, pastikan anda warga 'Metal Melayu' support 'orang kita' punya label dan Artis.. Pastikan irama Metal hak orang kita!!!!!!".




Itulah pesanan 'orang lama' kita dalam industri muzik keras tempatan yang suatu masa dahulu menempuhi keperitan bersama-sama kumpulan veteran tempatan yang lain untuk memperjuangkan irama seperti ini dengan jujur dan dedikasi. Golongan-golongan lama pernah dikecam, dicaci malah direndah-rendahkan semangat perjuangan mereka oleh sesetengah media tempatan kerana membawakan muzik yang dikatakan 'gila' pada mereka, tapi hari ini mereka telah membuktikan bahawa Metal juga setanding dengan irama-irama yang ada!!!!!



Sil Khannaz ( discography )

'Conception Of Madness'

album 1993

'Pendita Gila'
album 1995

'Gerbang Kayangan'
album 1997

'Assassin Led By Blasphemy/Pendita Gila'
album koleksi Ep/Demo 1998

'Stronger Than Before'
album Live 1998

'Purnama 13'
album koleksi 1999

'Conception Of Madness'
album 're-released' 2000

'Bara Pawaka'
album 2000











logo metal gempur!!

©Hakcipta terpelihara
® 2001 metalgempur666.cjb.net