'Bara Pawaka' boleh diandaikan seperti sebuah konsep baru untuk Sil Khannaz selepas album kedua 'Gerbang Kayangan', Sil Khannaz sendiri gagal mencari arahnya sendiri. Adakah sesuatu konsep telah digunakan untuk menyajakan album ini?
"Tiada konsep tertentu yang digunakan sebagai resepi untuk menjayakan album ini, konsep, susunan muzik dan cara penyampaian kami untuk album ini boleh dikatakan sebagai lanjutan gabungan daripada album-album terdahulu. Mungkin kami ada mengolah dan mengembangkan cara susunan muzik kami kearah yang lebih menekankan melodik dan kelajuan permainan muzik."
Apakah kekuatan album ini jika dibandingkan dengan album terdahulu?
"Kekuatan utama 'Bara Pawaka' adalah semangat kerjasama semua anggota Sil Khannaz yang bertungkus lumus untuk menghasilkan susunan muzik dan melodi berbanding sebelum ini di mana penciptaan lagu dan susunan muzik lebih banyak dikawal oleh Cd Khanzab".
 Album Stronger Than Before ( 1999 )
'Bara Pawaka' lebih kepada gabungan elemen-elemen muzik terdahulu dan kini, apakah perbezaan album 'Conception of Madness' dan 'Gerbang Kayangan' jika dikaji dari tahap pencapaiannya. Adakah 'Gerbang Kayangan' dilihat sebagai suatu kegagalan?
"Setiap album yang pernah kami hasilkan mempunyai pengolahan serta pendekatan yang berbeza, misalnya 'Conception Of Madness' lebih kearah teknikal sementara 'Gerbang Kayangan' lebih menekankanj eksperimental dak melodik Metal. Album 'Gerbang Kayangan' sebenarnya amat berjaya kerana telah menapilkan keaslian susuncara irama tanpa dipengaruhi oleh sebarang trend semasa. Dari segi penjualan sehingga kini album 'Gerbang Kayangan' telah mencapai ke tahap yang tertinggi berbanding dengan album-album kami yang lain".
Kegagalan yang dimaksudkan ialah dari segi penilaian tahap ketulenan, 'Gerbang Kayangan' yang tidak dapat menandingi kehebatan album pertama kerana 'Conception of Madness' merupakan sebuah karya Death Metal mendepani zaman jika dibandingkan dengan album-album kumpulan tempatan yang lain pada masa itu. Album mini 'Pendita Gila' (1995) pula mempunyai pengaruh Metal '80an yang ketara walaupun muziknya masih agresif dan teknikal. 'Gerbang Kayangan' (1997) boleh dianggap sebagai bahgian kedua 'Pendita Gila' atau lanjutan dari album mini tersebut tetapi pengaruh muzik metal dilebarkan lagi dari primitif ke moden Metal. 'Tempias' dari tema progressif hanya bersesuian dengan stail eksperimentasi muzik Sil Khannaz untuk ketika itu yang menggabungkan muzik Metal dari Heavy ke Thrash sehingga Black/Death Metal dengan sedikit elemen prograsif! Pada penilaian kamu, dari aspek apakah kamu boleh nilaikan ianya adalah yang tebaik dari 'Bara Pawaka', maksudnya di sini aspek tersebut tidak ada dalam album-album sebelum ini.
|