<< Tasyim >>






'Patah tumbuh hilang berganti', itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menganugerahkan kemunculan Tasyim. Jika pergerakkan Underground tempatan masih meratapi kehilangan Langsuir yang berpecah, Tasyim adalah penggantinya yang merapati jurang yang seperti terpisah. Tasyim boeh dianggap sebagai penjelmaan dari 'Langsuir' kerana persamaan konsep kemelayuan dan 'occult' dari timur yang diperjuangkannya. Selepas Langsuir diikuti oleh As Sahar, Tasyim adalah pewarisnya yang berjaya mengetengahkan konsep sebegini. Dark dan occult Death Metal menjadi pilihan Tasyim di dalam 'menyeterukan' muzik mereka dan ini dapat ditilik dari 'Rehearsal/demo' dan 'split tape' yang dihantar oleh Tasyim ke dalam pergerakkan underground tempatan, sebuah upacara interview telah 'dimenterai' oleh Metal Gempur bersama



Shaman @ Azli, orang ynag bertanggung jawab 'menyapa mentera' untuk keseluruhan konsep Tasyim dan Metal Gempur melangkah bersama-samanya untuk setiap rangkap interview, memasuki ke sebuah negara di dunia Tasyim. Mentera pertama Metal Gempur dilafazkan, maka bermulalah perjalanan kami ke alam ini........



<< Temubual Esklusif >>




  • Metalgempur
    (soalan)


  • Shaman
    (Tasyim)



  • BAHAGIAN PERTAMA



    Muzik kamu mempunyai simpulan yang sangat kukuh dengan bentuk penulisan lirik Tasyim seolah-olah membawa pendengar mengembara ke alam mistik melalui tunggangan muzik kamu. Berdasarkan pada ilham yang 'dijampikan' dalam lirik kamu, kamu seorang yang mempunyai pengaetahuan yang luas dalam dunia occultism. Apakah yang menarik minat kamu untuk mendalami dan mengkaji occultism/mysticism?

    Aku tidak berani mengaku bahawa aku mempunyai pengetahuan yang luas mengenai occultism kerana dunia occult itu adalah sangat luas dan mendalam. Bahkan isu agama juga boleh dikatakan occultism, peringkat-peringkat yang tertinggi dalam occultism pun aku masih mengkaji sehingga bila pun tak tahulah.

    Adakah keturunan kamu mempunyai hubungkait yang kuat dalam hal occultism, selain kamu yang merealisasikan sebagai muzik Tasyim?

    Aku memang dilahirkan di dalam keturunan yang banyak mengandungi unsur-unsur occultism dan keturunan aku juga mempunyai peringkat-peringkat yang tertinggi di dalam occlutism sehingga langsung tidak boleh dipercayai secara logikal dan akal fikiran. Aku dibesarkan dengan kepercayaan karut dan segala adat resam dari keturunan aku yang terdahulu, aku adalah orang Minangkabau di seberang laut iaitu Indonesia, orang panggil keturunan aku Puak Pandan. Keturunan aku adalah yang terdahulu menganut agama Islam, mereka juga mempunyai beberapa peringkat tertinggi dalam Islam. Mereka juga mempunyai adat resam yang kuat sehinggakan aku sendiri tidak dapat mengikutinya, aku juga mempunyai beberapa orang tua yang boleh dipanggil datuk yang menjadi pawang , bomoh, ulamak, ustaz dan sebagainya. Aku dibesarkan oleh mereka dan mereka juga banyak mengajar aku bagaimana untuk mengasah akal fikiran menjadi tajam dan berguna mengenai occultism. Aku juga pernah belajar beberapa peringkat ilmu mistik iaitu ilmu batin daripada mereka tetapi tidaklah begitu tinggi cuma sekadar belajar dan mengambil tahu.

    Adakah kecenderungan minat kamu sendiri mendorong kamu mengkaji ilmu occultism dan bukan disebabkan oleh Tasyim?

    Minat tu datang bukan kerana aku main muzik dalam Tasyim atau aku mula berjinak-jinak dalam underground, tetapi sejak kecil lagi kerana aku sudah mula berjinak dengan 'alam ghaib' sejak umur aku 3 tahun lagi dan aku pernah menemui beberapa peristiwa yang tidak kurang istimewanya. Semuanya berdasarkan latar belakang aku yang banyak mempengaruhi aku untuk mengkaji lebih lanjut mengenainya tetapi aku masih berpegang kuat pada agama Islam kerana aku percaya kita dihidupkan oleh Allah SWT, begitu juga alam sekitar kita.

    Setiap lagu-lagu Tasyim mempunyai arah dan falsafah tersendiri, apa yang kamu cuba terapkan ke dalam muzik Tasyim selain sentuhan magikal lirik kamu yang nampak hidup?

    Tasyim boleh dinilaikan melalui lirik kerana kami mengubah lagu kami daripada lirik, barulah kepada muzik dan tempo lagu tersebut. Setiap satu lagu mempunyai falsafahnya, kami mengubah sesuatu arah muzik tersebut supaya lebih tersusun dan teratur dengan mementingkan muzik daripada lirik.



    Split Tape Tasyim/Visitant



    Muzik apa yang kamu jadikan rujukan atau yang kamu dengari untuk mendapatkan keatmosreraan Tasyim?

    Kami mengutamakan muzik tradisional melayu tetapi disebabkan kami kurang berpengalaman untuk mengubah lagu berbentuk muzik tadisional melayu, semuanya tidak terlaksana. Ianya memerlukan masa yang lama dan kalau boleh kami mahu mengubah muzik metal tetapi berhalakan tradisional seperti M. Nasir kemudian digubah menjadi Metal kerana M. Nasir boleh dikatakan pengubah muzik yang kami hormati.

    Bagaimanakah falsafah yang terkandung di dalam muzik Tasyim dapat dihayati?

    Falsafah muzik Tasyim hanyalah bagi orang yang menghayati irama dan keasyikan tempo sesuatu muzik tersebut dan jika nak lebih teliti hanya boleh dibuat apabila mendengar muzik Tasyim sambil membaca lirik sekali.

    Oleh itu muzik Tasyim adalah berdasarkan Metal dan gabungan apa?

    Muzik Tasyim adalah berdasarkan Metal dan kami masukkan elemen-elemen yang disebutkan tadi bagi menguatkan lagi muzik Metal kami dan menjadikannya lebih kepada diri kami yang sebenar dan bukannya mitos atau sekadar untuk duit!

    Seperti yang dimaklumkan muzik Tasyim adalah berdasarkan kepercayaan melayu lama merujuk kepada kepercayaan melayu lama, cerita-cerita kuno, mitos, sihir, dan semangat orang melayu. Kenapa tidak dimasukkan asas muzik melayu seperti Gamelan, Rebab, Gong atau Gendang untuk mewujudkan atmosfera muzik melayu?

    Seperti yang telah disebutkan tadi, kami menghasilkan sesuatu lagu itu berdasarkan lirik dan jika lirik tersebut mengandungi alat-alat muzik tradisional yang kebiasaannya dimainkan bagi sesuatu tujuan, maka kami mungkinakan mengisinya jika kami benar-benar mahir bermain alat-alat tersebut. Jikan kami menghasilkan lirik tentang Ulek Mayang, Mayang Sari, Puteri Bongsu, Kuda Kepang dan sebagainya, Tasyim akan mengisi alat-alat berkenaan bagi menghasilkan lagu yang benar-benar reality dan sebenar-benarnya berlaku.

    Setakat ini apakah kemajuan atau perancangan untuk menjadikannya kenyataan?

    Buat masa ini semua pemuzik Tasyim masih belum benar-benar mahir untuk bermain alat tersebut jadi kami tidak membuat sebarang lirik yang mempunyai asas kemelayuan tetapi hanya seketika. Sementara kami masih lagi cetek dalam muzik tradisional ini tetapi ketahuilah, kami sanggup membayar pemuzik berpengalaman yang boleh memainkan muzik tersebut tetapi yang menjadi masalahnya apabila bermain secara langsung!

    Dapatkah kita bayangkan bagaimana sekiranya ia betul-betul menjadi kenyataan? hanya masa dan kemampuan mereka yang akan mengadilinya. Dalam satu penjelasan Tasyim dikatakan mempunyai fahaman occult dari segi nama, konsep, lahiriah dan zahiriah. Mungkin pembaca Metal Gempur kurang faham dengan penjelasan ini, bolehkah kamu tolong hilangkan kekaburan yang mungkin timbul?

    Jika daripada nama Tasyim sendiri memang betul kerana Tasyim datang daripada zaman Nabi Musa dan zaman tersebut terlahir begitu banyak ahli sihir dan juga penggelar tuhan seperti Firaun. Begitu banyak sihir telah dihasilkan pada zaman tersebut dan telah diperturunkan sehingga hari ini. Dari segi konsep itulah Tasyim, kami menghasilkan Tasyim kerana orang Melayu banyak percaya kepada tuhan dan agama Islam dari zaman dahulu lagi. Islam mengajar umatnya supaya mengetahui kisah Nabi-nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad S.A.W

    Itu dari segi nama dan konsep, bagaiman pula Tasyim dikatakan berkait rapat dari segi lahiriah dan zahiriah?

    Dari segi lahiriah kami menghasilkan lagu yang banyak mengenai orang Melayu dari segi kepercayaan, semangat, mitos, ilmu batin dan salah silah Orang Melayu. Dari segi lahiriah ialah 3 orang pemuzik yang kuat mempercayai segala apa yang telah diperturunkan oleh nenek moyang mereka selain ianya tidak melanggar apa yang kami anuti tetepi kami masih kuat berpegang kepada semangat Melayu itu sendiri. Adakah jawapan ini benar-benar menjawap apa yang telah dipersoalkan?

    Tentu! jawapan kamu ringkas tetapi struktur butirnya sangat konkrit!










    logo metal gempur!!

    ©Hakcipta terpelihara
    ® 2001 metalgempur666.cjb.net