<< Tasyim >>




BAHAGIAN KEDUA



Semenjak kumpulan Lagsuir muncul mempamerkan imej kemelayuan, boleh dikatakan 80%kumpulan-kumpulan tempatan terhakis identitinya lantas tertimbus dengan pengaruh yang Langsuir perjuangkan. Ini termasuklah Tasyim! Lagu kamu 'Devour Your Soul' banyak dipengaruhi oleh Langsuir, apa pendapat kamu tentang mereka?

Kami tidak nafikan bahawa kami benar-benar menjiwai watak Tasyim dan segala apa yang kami hasilkan juga sedikit sebanyak mempunyai sentuhan yang hampir sama dengan Langsuir terutama dari segi konsep dan lirik tetapi Tasyim banyak dipengaruhi oleh Muzik Metal Sweden terutama dari segi gitar berbanding mereka. Dari segi lirik kami pula kami tidak akan membuat lirik tanpa berpandukan fakta, orang-orang berpengalaman dan dari buku-buku lama yang boleh didapati dari orang-orang tertentu dan ini bermakna Tasyim lebih mengutamakan mutu lirik berbanding muzik kerana jika lirik tidak bermutu pastinya muzik juga tidak bermutu kerana Tasyim datangnya dari lirik.

Penjejak lain yang menyamai langkah Langsuir adalah As Sahar, mereka telah berjaya mengabadikan konsep ini dalam muzik mereka. Bagaimana persamaan diantara Tasyim dengan As Sahar?

As Sahar banyak mengambil kisah dari Jawa dan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh orang-oarang melayu di semenajung tetapi Tasyim tidak banyak mengambil elemen-elemen seperti yang diambil oleh mereka kerana kami banyak mengambil kisah kepada apa yang terjadi kepada kami dan keturunan kami yang kami boleh turunkan kepada semua kerana jika kami yang semestinya dari Indonesia sudah tentu banyak kepada buku dan ianya banyak melanggari polisi Tasyim itu sendiri.

Perbandingan diantara Tasyim dan Langsuir?

Lirik Langsuir berkisarkan kepada ilmu batin, dongeng hantu, mitos, lagenda dan sebagainya yang boleh dikatakan sama dengan apa yang Tasyim bawa dan kami tidak menafikan bahawa Langsuir telah mempengaruhi Tasyim dari segi lirik dan muzik tetapi apa yang berbeza cuma arah kami. Kami mengkajinya kemudian menjadikannya sebagai elemen disetiap lagu kami.

Itu ketidaksamaan dari segi lirik, dari segi percaturan muzik pula bagaimana?

Dari segi muzik Langsuir bermain Death Metal tetapi lebih 'garau' daripada kami. Moodnya mungkin sama tetapi jika diteliti banyak perbezaannya kerana kami bermain lebih depresif dan banyak melodi berbanding Langsuir. Dapat dengar tak perbezaannya? cuba pasangkan lagu 'Descendant Ritual' dengan lagu 'My Oath For Thee' dari Langsuir. Lagu ini banyak dipengaruhi oleh langsuir dan 'mood'nya hampir sama jika didengar sambil lewa tetapi cuba amatinya dengan teliti, dapat dengar tak perbezaanya?



Farouk pemain gitar Tasyim



Ya dari sudut pencorakkan muzik dan tidak jika diteliti dari sudut penyusunan lagu. Perbezaan diantara As Sahar dengan Tasyim?

As Sahar memang tidak dapat dinafikan bahawa muzik mereka benar-benar bagus dan memenuhi ciri-ciri muzik 'Eastern' yang lebih kepada Indonesia atau Jawa dan kami nafikan jika terdapat sebarang persamaan dengan mereka kerana As Sahar lebih bagus daripada kami kerana kami pasti jika kami dapat menghasilkan bunyi dan tempo sebegitu rupa mungkin 2 atau 3 tahun akan datang.

Logo Tasyim berkonsepkan senjata keris dan lambang seperti ketuhanan Hindu dicantumkan. Apakah maksud atau konsep disebaliknya? Metal Gempur cuba membongkar rahsia disebalik logo mereka yang begitu simbolik.

Hmm... lambang ketuhanan Hindu? Bukan... ianya adalah lambang occult yang diambil daripada hasil karya simbol oleh Eliphas Levi.

Ia melambangkan apa sebenarnya?

Ianya melambangkan sejuk dan panas, ini semestinya menampilkan Tasyim bahawa Tasyim tidak hanya berkonsepkan ilmu hitam dan perkara-perkara yang ghaib, bahkan juga kepada kebaikkan seperti semangat kepahlawanan Melayu dan ilmu-ilmu yang digunakan bagi tujuan peperangan seperti ilmu batin. Keris yang palaing banyak melambangkan semangat kepahlawanan Melayu dan juga sebabnya kenapa kami mengisi simbol di dalam logo kami walaupun kadangkala kami rasa ianya tidak begitu sesuai tetapi disebabkan konsep kami yang banyak mengenai semangat kepahlawanan Melayu dan lebih spesifik sebagai orang Melayu jadi kami letakkan simbol keris itu di logo Tasyim.

Apabila mendengar sebuah lagu terbaru kamu 'The Blessing Of Teluk Tongkang' daripada split/demo kamu, dapat dibuat rumusan bahawa liriknya mengandungi sebuah kisah unik. Apa sebenarnya yang cuba diceritakan dalam lirik tersebut? Apakah yang tersurat dan di abadikan dalam lagu tersebut?

Lagu ini mencerikakan kisah yang berlaku di Telok Tongkang yang menjadi salah sebuah lagenda di Kuantan ini, Tempat ini mempunyai pelbagai rahsia tersirat sehinggakan berbagai-bagai orang yang telah mengalaminya. Tiada seorang pun yang dapat melawannya kerana itulah Telok Tongkang mengikut beberapa orang mengatakan bahawa tempat itu dihuni oleh orang Bunian dan ada juga yang menyatakan jenis makhluk yang menghuni di situ kesemuanya perempuan. Setiap malam mereka membuat pesta seperti memuja semangat bulan yang banyak menerangi kawasan di sekitar Telok Tongkang.

Separuh daripada anggota Tasyim adalah dari kumpulan Visitant dan Nagileum. Bagi mengelakkan kekeliruan siapakah mereka sebenarnya?

Khairul bermain untuk Nagileum dan Tasyim, Farouk bermain bagi Visitant, Larkh-Nart dan Tasyim, Shaman bermain untuk Nagileum, Larkh-Nart dan Tasyim. Kami di sini tidak begitu ramai yang pandai bermain muzik tetapi kami rasa seperti satu keluarga dan jika ada kawan yang memerlukan sumbangan dari segi kewangan , tenaga dan ilmu kami akan cuba membantu.

Adakah mereka bermain secara tetap atau sekadar pemain undangan?

Mahu dikatakan tetap atau undangan kami sendiri dapat nilaikan tetapi apa yang pasti Tasyim adalah Khairul, Farouk dan shaman. Pemuzik undangan bagi bass adalah Rashdan dari Nagileum atau Sham dari Visitant.

Bagaimana dengan 'split tape' kamu bersama Visitant yang dikeluarkan oleh Permatha Pathah Records, bagaimana sambutannya!

Sambutannya menggalakkan, ia dikeluarkan dalam edisi terhad oleh Permatha Parthah Records. Dapatkannya melalui East Gothic Production, Permatha Parthah Records atau Kaprikornus Distribution. 'Split tape tersebut tidak dijual di kedai-kedai kaset, hanya melalui pos sahaja. Setiap pembelian percuma sekeping pelekat dan poster.

Ada ura-ura yang mengatakan Tasyim akan turut sama mempersembahkan sebuah lagu untuk penghormatan Sil Khannaz, lagu apa yang diramalkan akan 'dilayari' oleh Tasyim?

Berkemungkinan kami akan membawakan salah satu lagu dalam album 'Pendita Gila', kami lebih menyukai lagu-lagu dalam album pertama mereka tetapi kumpulan lain sudah membuat pilihan.





Shaman pemain drum Tasyim




Metal Gempur mempersetujui keputusan Tasyim untuk mengelolakan salah satu lagu dari album 'Pendita Gila' Sil Khannaz kerana album tersebut sememangnya mempunyai unsur-unsur occultism dari timur dimana sedikit penyamaan dengan konsep kemelayuan yang di bawakan oleh Tasyim.

Shaman mengakhiri 'peperangan batin' ini dengan menewaskan Metal Gempur melalui ucapan penghargaan beliau kepada sesiapa yang pernah memberikan sokongan kepadanya lebih-lebih lagi label beliau 'East Gothic Productions' (akan menukar nama kepada Eastern Grandeur Productions)

Terbitan dan edaran untuk 'split tape' Tasyim/Visitant boleh dihubungi alamat :

Permatha Pathah Records,
No. 8, Lorong Rahim Kajai 3,
Taman Tun Dr. Ismail,
Kuala Lumpur.

Alamat Tasyim ialah :
Khairul
A 3152 Lorong Kubang Buaya 85,
25250 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.








logo metal gempur!!

©Hakcipta terpelihara
® 2001 metalgempur666.cjb.net