Thrash Metal? Apa itu Thrash Metal? Bilakah wujudnya definasi sebenar muzik Thrash Metal yang suatu ketika dahulu menggegarkan era lapan puluhan?! Thrash Metal pada awal zaman kegemilangannya banyak melahirkan kumpulan-kumpulan yang cukup berpotensi dan sehingga kehari ini masih lagi menjadi idola kepada kumpulan-kumpulan baru yang berunsur Agresif. Bilakah asal usul muzik Thrash Metal berakar umbi? Siapakah yang memonopoli, genre muzik dan memperjuangkan muzik sebegini sehingga ia menjadi genre muzik dan tradisi dalam muzik Metal? Benarkah Thrash Metal satu generasi baru selepas revolusi Muzik Heavy Metal??
 Venom (pengasas Extreme Metal)
Sememangnya tidak dapat dinafikan muzik mempunyai rangkain kaitan diantara satu sama lain.Apa yang dikatakan Metal dan dari manakah berasasnya muzik ini? Genre Metal secara amnya, diasaskan dari Heavy Metal. Tapi dari manakah pula wujudnya Heavy Metal? Heavy Metal datangnya dari satu tajuk lagu, "Heavy Metal Thunder". Heavy Metal berpunca dari Rock 'N' Roll dimana ianya diolah dalam bentuk yang lebih keras lagi. Ia mula berakar umbi pada tahun '50an' selepas irama Blues mula hilang taringnya, kemuadian muzik Metal dikenali sebagai irama "Headbangging".
Rock 'N' Roll mula berpecah kepada dua, satu kearah pembentukkan Heavy Metal dan satu lagi kearah muzik Punk disekitar tahun 60an. Punk adalah satu bentuk muzik keras dari Rock dan HardRock, salah satu pengasasnya adalah kumpulan "The Ramones". The Ramones memainkan muzik Rock N Roll secara agresif, dan selepas itu orang mula mengganggap The Ramones sebagi band Punk pertama tetapi pada dasarnya mereka melanjutkan dan mengeraskan muzik Rock N Roll.
Pada Tahun "60an" mula lahirlah album-album Heavy Metal terawal dari kumpulan-kumpulan seperti Blue Cheer, Led Zeppelin, Deep Purple, dan tentunya Black Sabbath!, Black Sabbath adalah bapa kepada segala muzik Heavy Metal pada hari ini. Pada Januari 1970 mereka keluar dengan album pertama dan terjual lebih 5000 unit pada hari pertama dilancarkan (pehhhh!!) dan menduduki carta di Britain ditempat ke-8.
 Morbid Angel
Pada awal '70an' maka bermulalah zaman kegemilangan Heavy Metal!!, dengan munculnya perintis-perintis muzik Rock/Heavy Metal. Dalam pada kekecohan tersebut muncul pula kumpulan
|
|
seperti Deep purple, Uriah Heep, Scorpions dan banyak lagi nama-nama tidak dapat disebutkan disini, secara tak langsung maka bermulalah lembaran baru dalam genre Heavy Metal/HardRock. Dipertengahan '70an' keadaan bertambah hangat apabila kumpulan-kumpulan seperti Judas Priest, MotorHead.... etc mula mewarnai persada Heavy Metal. Tetapi tidak lama selepas itu muncul pula genre "Glam Rock" akibat kemurungan Heavy Metal. Glam Rock mudah diterima kerana konsepnya yang agak slow dan lebih lembut jika dibandingkan dengan Heavy Metal.
Keadaan tersebut berlarutan sehingga tahun 1980!, Muzik Glam Rock, Heavy Metal tetap menjadi pilihan disamping bersaing dengan irama Punk yang semakin memuncak. Muzik ini semuanya datang dari akar umbi yang sama, kerana itu muzik Raw Punk dikatakan mempunyai persamaan dengan Heavy Metal. Muzik Raw Punk asalnya dari Amerika dan telah dipopularkan di Britain. Bermulanya 1980, apabila Punk telah reda sedikit dari kejutannya, bermulalah satu letusan baru dalam arena Heavy Metal!! Kumpulan-kumpulan baru muncul menerajui kumpulan-kumpulan yang telah sedia ada dan menuju kepada pembentukkan "generasi kedua Heavy Metal".
Di Britain pada awal '80an' pergolakkan berlaku dalam arena muzik Heavy Metal dengan kehadiran kumpulan-kumpulan yang cukup berbakat besar seperti Iron Maiden, Diamond Head, Angel Witch seta puluhan lagi dan tidak ketinggalan "Venom"! Kumpulan baru ini digelar "The New Wave Of British Heavy Metal". Diketika itu kumpulan-kumpulan yang popular sekitar awal '80an' adalah seperti Judas priest, Saxon, Iron Maiden, Motorhead, dan Angel Witch. Kumpulan -kumpulan seperti Saxon, Judas Priest, Iron Maiden dan Black Sabbath dikutuk serta dikecam kerana mempunyai lirik yang berunsur pemujaaan.
 Motorhead (menjadi idola metal hari ini)
yang sungguh memeranjatkan dari segi imej, muzik dan lirik mereka. Kumpulan ini adalah "Venom". Venom muncul melalui album pertama pada tahun 1981 bertajuk "Welcome To Hell". Kemunculan Venom tidak dapat dibendung, pengaruhnya tidak dapat disekat dan kewibawaan mereka didalam Muzik Metal tidak dapat disanggah!. Album 'Welcome To Hell' adalah campuran daripada muzik Metal dan Punk. Venom telah memulakan segala-galanya apa yang dipanggil "Extreme Metal" pada hari ini, semuanya bermula daripada mereka.
Album 'Welcome To Hell' sebenarnya adalah bersifat "Experimental" dan setahun selepas album pertama, Venom terus mengganas dengan album kedua berjudul "Black Metal". Album ini adalah antara album terbaik dan terlaris didunia. Melalui album ini juga, telah membuka destinasi baru dalam era metal dan berlaku perubahan iaitu metal telah dikategorikan kepada beberapa kategori seperti Black, Speed, Power, Doom dan pada tahun 1983 meletuslah irama baru iaitu "THRASH METAL".
|