Melangkah diambng 90'an Thrash metal masih lagi bertapak manakala death Metal semakin diminati.Dengan adanya kumpulan-kumpulan berpotensi seperti Deicide,Cancer,Incubus,Morbit Angel dan banyak lagi.trend terbaru ini ,Death metal telah sedikit sebanyak mengalih perhatian pendengar-pendengar Thrash Metal keirama Death Metal.Kumpulan lagenda Thrash Metal juga banyak yang berpecah dan ada juga kumpulan Thrash Metal turut mengikuti aliran baru ini.Kumopulan death Metal yang baru mendapat perhatian dari media masa dan inilah antara penyebab yang mengakibatkan populariti Thrash Metal luntur.Tetapi sumbangan kumpulan Thrash Metal kepada kumpulan Death metal sangat besar.Ada kumpulan yang cuba menghidupkan sprit Thrash Metal tetapi gagal.Kumpulan Slayer Metallica,Venom tetap berdiri teguh sehingga kini dan semakin diminati.
Muzik Thrash Metal dianggap mati apabila trend Death Metal menguasai sepenuhnya.Dari tahun 90 hingga 93 Death Metal digilai dan seterusnya menjadi satu muzik yang membosankan bila setiap hari kumpulan Death Metal mengeluarkan Style yang sama dalam corak permainan mereka.Selepas tahun 93 Thrash metal telah dilupakan terus,yang satu waktu dulu seperti wabak.Salah saui faktor yang menyebabkannya ialah apabila muzik Black metal bertukar menjadi trend baru menggantikan Death Metal.Treand baru ini lebih buruk lagi dan ianya sungguh memalukan dan sekaligus menghilangkan spirit Black Metal yang sebenarnya.Ada dahulunya bermain Death Metal serta merta menukarkan imej kepada Black metal.Tetapi setelah agak sekian lama kumpulan seperti Venom Bathory dan Hellhammer tidak mendapat publisiti,dengan muzik Black Metal yang sepert idilahirkan semula menjulang kembali nama-nama yang satu ketika dahulu agak tenggelam.
Venom Bathory dan banyak lagi disanjung semula,penggunaan spikes,leather,corps paint kembali popular.Ada kumpulan Black Metal yang membesar dizaman Black Metal mengutuk Thrash Metal lama dan memandang rendah terhadap meeka.Spirit muzik Thrash dan old scool metal kembali lagi dan cuba dibawa olek kumpulan seperti Nifelheim,Gehennah,Terror Squad dan banyak lagi.Mereka cuba mengembalikan zaman Thrash Metal ditengah-tengah kepesatan demam Gothic dan Black Metal tetapi ianya tidak mendapat perhatian.Diantara penghujung 97 muzik Thrash Metal mula mendapat perhatian semula di ketika trend Black Metal menjadi terlalu membosankan dengan penghasilan produk yang tidak bernilai.Keadaan ini memaksa sebilangan kumpulan-kumpulan kembali kezaman emas Metal diera 80'an.Banyak kumpulan yang membuat lagu cover dari kumpulan lama.Faktor lain yang mengembalikan semula zaman kegemilangan Thrash Metal ialah album penghormatan seperti untuk Venom,Slayer Sepultura dan banyak lagi adalah sememangnya sesuatu yang diperlukan untuk mengingati perjuangan dan jasa mereka.Kesukaan peminat untuk mendapatkan album 80'an juga menyebabkan album dari kumpulan Thrash Metal diulang cetak semula dalam bentuk cakera padat.
Malcolm Dome penulis muzik metal telah menerbitkan satu buku bertajuk 'The book Of Thrash' yang menceritakan tentang sejarah Thrash Metal.Ianya diterbitkan untuk memperingati jasa kumpulan Thrash Metal.Kembalinya zaman kegemilangan Thrash Metal ini juga disebabkan ada sebilangan pemuzik Black Metal yang matang menyanjung kumpulan lama 80'an disebabkan ada diantara mereka yang membesar dizaman tersebut.Sekarang ini mereka terpaksa bersaing semula dengan kumpulan Thrash Metal dan ianya terus mendapat tempat sehingga kehari ini.Sebenarnya muzik Thrash Metal ini tiaklah seburuk yang disangkakan.Benarkah muzik ini perosak?Kalau kita tanya pada majalah hiburan tempatan ,tentulah mereka berkata muzik Thrash Metal perosak Akhlah,perosak minda remaja muzik syaitan,tapi benarkah itu.Saya ada terbaca satu ketikla dahulu dalam satu artikel yang menghuraikan muzik Thrash Metal seperti satu ledakan bom,ianya seperti drum ditendang,bunyi gitar yang berkarat dan suara bagai dipaksa keluar.
Kebanyakakan wartawan tempatan tidak mengetahui tentng Thrash Metal lebih mendalam dan mereka cuba menulis tentang perkara yang mereka tahu.Ingatlah metal tidak boleh disamakan dengan pop,jazz,rap dan lain-lain.Metal adalah metal,sememangnya ianya ada terselit perkara negatif tetapi peminat dinegara ini tahu batasanya.Mungkin kerana muzik seperti pop,jazz ini lebih komersil maka segala-gala yang buruk mengenai muzik ini ditutup tetapi muzik Thrash Metal dibidas semahunya.Ramai orang tidak tahu bahawa muzik punk juga mengutarakan unsur positif dalam muzik meeka.Tetapi genre muzik Thrash terpahat didalam sejarah Heavy Metal,muzikmetal terus diminati dan ianya tidak akan mati.Dinegara kita pun rock dan metal masih tidak mati dan semakin diminati,kesinambungannya penting dan disinilah garis penyambungnya.
|