<< Thrash Metal >>

album Napalm Death!! album Carcass!! album Godflesh!! album Enslaved!! album Dark Throne!!




Dari ledakan Thrash Metal ini telah lahirlah banyak kumpulan ungul.Misalnya di German,kebangkitan Thrash Metal disana digilai ramai dan negara German adalah salah satu negara terpenting didalam sejarah Thrash Metal kerana banyak melahirkan kumpulan-kumpulan baru dan kemudianya menjadi idola di seluruh dunia.Penerimaan muzik sebegini bukanlah satu kesukaran kerana sebelum penjajahan muzik metal,German terlebih dahulu dikenali dengan scene metalnya.Bermula dari zaman Rock N Roll di german dengan kumpulan seperti Jane dan Tangerine Dreams.Selepas itu kumpulan Scorpions menggegarkan dunia pada tahun 70'an.Kemudian diawal 80'an kumpulan Accept mengganas diikuti dengan Warrant,Living Death,Sinner,Warlock,Grave Diger dan mereka dikenali sebagai German Heavy Metal kerana mereka mempunyai style yang tersebdiri.Germen juga melahirkan kumpulan speed dan Thrash Metal yang dikenang dan diminati sehingga hari ini.

Mereka di gelar Thrash Metal German,selain sodom,Destruction dan Kreator banyak lagi kumpulan Thrash Metal yang bagus Di German tetapi mereka tidak mendapat perhatian seperti yang mereka sepatutnya perolehi.Nama-nama seperti Necronomicon,Tankard,Assassin,Mekong Delta,Deathrow,Darkness,exumer,Vendetta,Protector,Holy Moses,Backwater,Blind Guardian,Minatour,Antichrist,exeruiation dan banyak lagi dimana mereka semua berpecah,hanya yang masih meneruskan sisa perjuangan adalah Kreator,Sodom,Destruction,Tankard dan Blind Guardian.Kebanyakan dari mereka smua hanya tinggalkenangan sahaja tetapi sumbangan mereka terlalu besar.kumpulan speed Metal di German cukup diminati,Germanic Speed Meral adalah Helloween,Running Wild,Scanner,Angel Dust,Iron Angel dan Tyran.

Sesungguhnya era 80'an adalah zaman kegemilangan German.pada era 80'an kumpulan dari German dan Amerikalah yang melahirkan banyak kumpulan unik,original,dan kelainan dari apa yang sedia ada.Selain di German,di Kanada juga terdapat banyak kumpulan yang unggul tetapi kerana kurangnya promosi mereka kurang dikenali di luar negara.Peminat Thrash Metal di kanada kurang memberikan sokongan dan kebanyakkan gigs yang dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan underground tempatan disana kurang mendapat sambutan.Media masa disana juga kurang memberikan perhatian kepada kumpulan tempatan malah merendah-rendahkan mereka.Kebanyakkan kumpulan dari Kanada sangat berbakat cuma tak ramai orang yang tahu tentang mereka.Kumpulan yang tidak boleh dipertikaikan keunggulanya,disatu ketika dahulu menerajui arena Thrash Metal disana.

Apabila kumpulan lagenda power metal Exciter keluar dengan album pertamanya,'Heavy Metal Maniac' pada tahun 1981,diikuti dengan Anvil 'Hard N Heavy,1981 serta stuf-stuf awal dari Raven dan Pile Driver menyemarakkan lagi situasi Metal.Voivod 'war And Pain'adalah pembukaan disana bila mereka mengeluarkan album dibawah Metal Blade record.Kehebatan kumpulan Razor,Sacrifice,Infernal Majesty,Slaughter,Exorcist,Agression,DBC,SoothSayer,Malhavoc dan nama-nama yang kurang popular seperti Beyond Possession,Convict,Detente,Dissection,Malicous Intent dan Sword.

Kumpulan dari daerahn Toronto adalah kumpulan terbaik.Kumpulan Sacrifice,Razor,Infernal Majesty,Slaughter,Voivod dan tidak ketinggalan juga Anvil,Exiter,Raven dan Pile Driver mempunyai reputasi yang besar manakala SoothSayer,Malhavoc,dan Aggeession cukup terkenal dalam underground scene ketika itu.Negara berjiran dengan German juga tidak ketinggalandirasuki muzik Thrash Metal.Di perancis kumpulan Morsure adalah pembukaan untuk Extreme Metalscene disana melalui album pertama mereka pada tahun 1985'Acceleration Process' album speed metal pertama disana dan dikira labum paling laju di Perancis dimana sebelum ini hanya demam Heavy Metal yang menghangatkan suasana.Aggressor adalah kumpulan underground Thrash Metal yang pertama di Perancis yang mengeluarkan demo pada tahun 1986 bertajuk 'the mercyless onslaught'diikuti debgan demo-demo dari LoudBlast,Mercyless dan Deathpower Nomed.

Kumpulan Thrash metal di German kerap kali membuat tour di Perancis dalam festival yang dianjurkan.Ini tidak kurang hebatnya di Brazil dengan keunikanVulcano,Sepultura,Sarcofago,R.D.P sextrash,Mutilator,Mayhem,Warhate,Chakal dan Holocausto.Mereka muncuk dengan bermacam style seprti Thrash Metal yang digabungkan dengan core/Thrash Metal diterima di seluruh dunia bukan sahaja dibarat malah di timur.Apa-apa yang menjadi kegilaan dan trend di eropah pastinya akan sampai di Amerika dan menjadi popular sepertimana di Eropah.Dinegara Timur,Autralia contohnya terdapat pengikut yang tersendiri di Sydney,Melbourne dan beberapa empat lain.Muzik Thrash Metal secara rasminya diterima di australia pada tahun 1985.

Kumpulan lagenda dari sana adalah seperti SlaughterLord,Mortal Sin,Sadist dan massive Appendage.Hanya Mortal Sin dan Hobb's Angel Of Death yang berjaya mengecap populariti diluar Australia.Kebanyakan kumpulan underground disana hanya popular diempat mwereka sendiri sebelum berpecah.Teapi jangan lupa AC/DC datangnya dari Australia.Dinegara-negara timur yang lain seperti Asia,muzik Thrash Metal sudah sampai di Israel,Turkey dan Jepun.Di Jepun muzik Thrash Metal telah menguasai sejak Genre Thrash Metal terbentuk lagi.Dengan adanya latar belakang Heavy Metal yang kuat seperti yang dibawa oleh Loudness,Kamikaze,Doom dan lain-lain lagi,penerimaan muzik seperti ini bukanlah satu kejutan.Kumpulan underground dari Jepun pada tahun 1984 sudah mula mengeluarkan edmo-demo seperti Jesus,Belladonna dan tradisi diteruskan oleh kumpulan Sacrifice,Casbah,Ghoul,Necrophile,Sabbat dan Messiah Death.Diasia tenggara ,Malaysia dan Singapura adalah scene pembukaan. Walaupun ada khabar-khabar angin bahawa pada tahun 80'an sudah ada pengikut-pengikut Thrash Metal di Indonesia,Thailand,Filifina,Brunei dan Hong-Kong tetapi hanya masih samar-samar.

Di MAlaysia muzik Thrash Metal sampai sekitar 1983 dan 84 dimana ada pengikut-pengikut yang tersendiri seperti di Kuala Lumpur, Kelantan,dan Perak melalui rakan-rakan yang belajar diseberang laut,teapi bilanganya sangat kecil.Perintis-perintis dan kumpulan awal Thrash Metal seperti BlackFire merupakan kumpulan dedath metal pertama di malaysia,Punisher,Nemesis,rator,WaitDeath,Assault,Petrol,Slap Death,PROV,Btrayer,Otto,picagari dan banyak lagi yang timbul ditengah-tengah kepesatan irama rock dan Heavy Metal.Selepas konsert Thrash Metal yang pertama di Stadium Negara pada tahun 1988 bertambah banyaklah jumlah kumpulan-kumpulan Thrash Metal ditubuhkan.Di Singapura,keadaan disan lebih 'advance'berbanding Malaysia dan mereka disana adalah pembukaan untukscene asia Tenggara.Kumpulan disana terlebih dahuku mengeluarkan demo-demo yang berintipatikan death metal.kumpulan-kumpulan veteran seperti Nuctemeron,Opposition Party,Fatal Fate,Dread,Crucifactor,Transgressor,Astaroth,Abhorer,Stulkas,Sexfago,malevolence,Infidel dan Abhorer adalah dua band yang cukup masyur,menaikan nama Singapura dimata asaingmelalui demo sebelum mereka.Demo-demo yang dihasilkan oleh kumpulan underground di Singapura tidak mendapat perhatian yang meluas.Sedangkan merekalah perintis untuk underground disana pada tahun 80'an.Cuma Nuctemeron dan Abhorer yang begitu menonjol dikala itu.Di Filifina muzik punk lebih menonjoldan diminati jika hendak dibandingkan dengan muzik metal.









logo metal gempur!!

©Hakcipta terpelihara
® 2001 metalgempur666.cjb.net