MEREKA
MENGHINA HUKUM ALLAH
'Hukum
rejam kepada penzina adalah primitif'. (Mahathir: 3/3/94)
'Apabila
hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada
pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini
sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna
sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Mahathir: 14/7/92)
'Bagaimana
kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana
mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah
tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang
mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'. (Mahathir: 2/5/92)
'Saya
akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan
melaksanakan hukum hudud'. (Mahathir: 1994)
'Sukar
dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus
peratus Islam'. (Mahathir:14/8/94)
'Hudud
tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasiq'.
(Mahathir:3 Mac, Nilam Puri).
'Negara
akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'. (Najib:
20/4/93)
'Apa
erti negara Islam jika mundur'. (Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99)
'Setelah
mengkaji dengan teliti 600,000 hadis, Bukhari hanya menerima 7,000.
Muslim pula mengkaji 300,000 hadis dan hanya menerima 4,000 hadis. Ada
hadis yang diterima oleh Bukhari, tetapi tidak disahkan oleh Muslim,
murid kepada Bukhari. Tetapi yang tidak diterima oleh Muslim, pihaknya
menjelaskan bahawa mungkin ada yang sahih. Tetapi tentulah banyak
daripada baki 296,000 yang ditolak adalah tidak sahih dan mungkin ada
hadis yang diterima sebagai sahih, tetapi mungkin tidak sahih. Jika kita
tidak lupa bahawa Bukhari, Muslim, Tirmizi dan tokoh-tokoh Islam lain
yang mengkaji hadis 200 tahun selepas wafat Nabi Muhammad SAW adalah
manusia biasa dan segala kelemahan manusia, dan mereka bukan Nabi,
tentulah kita tidak harus memecah-belahkan umat Islam daripada Ahli
Sunnah hanya kerana tafsiran dan dakwaan kesahihan atau tidaknya
hadith-hadith yang dikaji oleh pengkaji hadis ini.' (Dr.Mahathir Mohamad,
24 Nov.1995, PWTC, ucapan bertajuk 'Jangan Lupa Daratan')
NeXt>>>
|