Berita-bil. 02/2004... 

Ilmu umpama air yang mengalir, tadahlah dengan hati yang ikhlas

 Pendidik
 Cakap-cakap
Berita
Cermin Diri
Daripada Pembaca
Koleksi Tinta
Mutiara Kata
Buku Pelawat
Jalinan




Harap maaf...masih dalam pembinaan

-PENAFIAN-
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN SIKAP PENGENDALI WEB.

Paparan terbaik menggunakan Internet explorer 4.0 dan ke atas dengan resolusi
1024 X 768 px

Tiada Hakcipta Terpelihara
.Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai.

PeNdiDik 2000-2004© Pendidikmy@yahoo.com

 



Bahasa Inggeris: Galak kanak-kanak bermula di rumah

29/01/2004 [Portal Pendidikan Utusan]

IBU bapa sebagai pendidik utama boleh membantu anak-anak fasih menguasai bahasa Inggeris dengan menggalakkan mereka bertutur dan membaca buku yang ditulis dalam bahasa itu di rumah, setiap hari.
Pensyarah di Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datin Dr. Rohaty Mohd. Majzub berkata, ibu bapa juga boleh dengan suka rela menjadi `pembaca' buku bersiri atau membantu kanak-kanak menjalankan projek drama sosial di tadika.
Beliau berkata, kanak-kanak boleh diajar menggunakan kecerdasan masing-masing sebagai modal untuk belajar.
Antaranya, menurut Rohaty ialah logik Matematik, bahasa, ruang, muzik antara peribadi serta kecerdikan semula jadi.
Semua itu katanya, boleh memperkayakan proses belajar kanak-kanak di tadika.
Menurutnya, ibu bapa dan guru pula perlu memberi penekanan yang mendalam terhadap kepentingan bahasa Inggeris di kalangan anak-anak.
Katanya, sebagai pendidik, mereka perlu sedar bahawa menguasai bahasa Inggeris akan memberi kelebihan kognitif dan sosial yang kemudiannya akan meningkatkan potensi dan masa depan anak-anak.
``Memang diakui ibu bapa berasa bimbang terhadap status bahasa ibunda. Dalam hal ini, kita perlu sedar bahawa menguasai tiga bahasa akan memberi kelebihan kepada anak-anak.
``Misalnya, menguasai bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin,'' katanya dalam kertas kerja bertajuk Teaching English at Preschool: Some Insights di Putrajaya, baru-baru ini.
Kertas kerja itu dibentangkan pada Seminar Kebangsaan Mengenai Pengajaran Bahasa Inggeris 2004 yang dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan UKM dengan kerjasama Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
Pada masa kini, lebih satu juta murid prasekolah berusia di antara tiga hingga lima tahun terdapat di Malaysia.
Daripada jumlah itu, kira-kira 850,000 adalah murid berusia enam tahun dan akan memasuki sekolah rendah.
Kira-kira 63 peratus murid prasekolah mengikuti kelas di tadika swasta manakala baki di tadika awam.
Memandangkan hari ini, kerajaan begitu memberi penekanan kepada kepentingan bahasa Inggeris dalam pendidikan maka adalah perlu, guru prasekolah dan sekolah rendah mempunyai pengetahuan mengenai perkembangan bahasa kedua.
Kertas kerja Rohaty turut menjelaskan bahawa pengamal pengajaran bahasa Inggeris perlu menyusun strategi pengajaran.
Berikut adalah saranan yang boleh dijadikan panduan oleh guru prasekolah dan ibu bapa di rumah.
Menurut Rohaty, selain asas panduan yang diterangkan tadi, asas lain ialah guru perlu mengenal pasti murid yang pelbagai tahap keyakinan mereka mengikuti pembelajaran bahasa Inggeris di kelas.
Katanya, terdapat ramai kanak-kanak yang memiliki keyakinan yang berbeza yang dibawa dari rumah.
``Terdapat ibu bapa menggunakan bahasa Inggeris di rumah dan terdapat juga rumah yang tidak mempunyai sumber yang boleh memperkayakan bahasa Inggeris anak-anak,''katanya.
Katanya, perpustakaan mini yang menyimpan buku dan sastera bahasa Inggeris biasanya hanya terdapat di rumah keluarga profesional dan berada.
Tambahnya, asas lain ialah ibu bapa perlu faham bahawa kanak-kanak cepat belajar menerusi interaksi dengan persekitaran.
Oleh itu, katanya, strategi yang pelbagai boleh digunakan untuk menjadikan proses belajar lebih menarik dan bermakna.
``Guru pula perlu menggunakan struktur yang ringkas dan kerap mengulang perkara yang sama ketika mengajar,'' katanya.
Beliau juga berkata, persekitaran pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris yang kondusif bergantung kepada kualiti interaksi di dalam kelas.
Menurutnya, kanak-kanak sepatutnya dibenarkan bercakap, menulis dan terlibat dalam drama sosial.
Katanya, mereka boleh dibantu membuat buku cerita atau menulis cerita pendek.
``Belajar bahasa Inggeris seharusnya dipenuhi dengan aktiviti menarik dengan persekitaran tempat belajar mempunyai pusat bahasa yang mempamerkan bahan-bahan bacaan dan mengajar yang menarik seperti anak patung,'' ujarnya.
Rohaty turut mencadangkan dalam kertas kerjanya supaya kanak-kanak diberi peluang untuk melakukan kesilapan.
Ini kerana katanya kanak-kanak cepat belajar daripada kesilapan yang merupakan sebahagian daripada proses belajar bahasa yang biasa.
Tambahnya, toleransi dalam melakukan kesilapan boleh membantu kanak-kanak belajar peraturan bahasa.
Beliau turut menjelaskan bahawa guru pula perlu memantau piawaian belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL) dalam menilai pemerolehan bahasa kedua kanak-kanak.
Menurutnya, piawaian itu boleh digunakan sebagai sokongan kepada alat untuk memperbaiki kualiti pendidikan kanak-kanak.
Sementara itu, beliau turut berkata, guru digalakkan mengajar bahasa Inggeris menggunakan kaedah Developmentally Appropriate Practices (DAP).
DAP katanya meliputi beberapa kriteria antaranya pengiktirafan perbezaan individu dalam proses belajar, menyediakan aktiviti yang sesuai dengan usia dan memberi peluang kepada kanak-kanak membina pengetahuan menerusi interaksi.
``Bahan yang digunakan mestilah komprehensif kepada kanak-kanak sekali gus memenuhi keperluan pembangunan, kognitif, sosial dan budaya mereka.
``Dalam kelas DAP, proses pembelajaran dilakukan secara tidak rasmi dan kanak-kanak didedahkan dengan aktiviti yang pelbagai,'' katanya.
Beliau membuat kesimpulan bahawa pengetahuan lebih daripada satu bahasa akan memberi kelebihan kepada kanak-kanak di negara berbilang kaum seperti Malaysia.