.
Ilmu umpama air yang mengalir, tadahlah dengan hati yang ikhlas |
| -PENAFIAN-
PANDANGAN
DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN SIKAP PENGENDALI
WEB.
Paparan
terbaik menggunakan Internet explorer 4.0 dan ke atas dengan
resolusi
1024 X 768 px
Tiada Hakcipta Terpelihara
.Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat
didalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai.
© PeNdiDik Pendidikmy@yahoo.com
|
|

Bil. 02/2005
Wanita monopoli jawatan
Pengetua Cemerlang Jusa C
06/01/05[Berita
Harian]
Oleh
Ahmad Zabidi Hitam
KUMPULAN pertama lima pengetua,
semuanya wanita yang dilantik sebagai Pengetua Cemerlang
pada Gred Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) C menerima
watikah pelantikan daripada Menteri Pelajaran, Datuk
Hishammuddin Hussein, di Pusat konvensyen Putrajaya,
kelmarin.
Mereka ialah Pengetua Kolej Tunku Khursiah, Seremban,
Rokiah Alias, 55; Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Agama Haji Mohd Said, Seremban, Khuzaimah Sulaiman,
53; Pengetua SMK Putrajaya, Che Manis Ismail, 53;
Pengetua SM Seri Puteri, Cyberjaya, Tengku Azuan Tengku
Mohamed, 53 dan Pengarah Maktab Perguruan Sandakan,
Sabah, Mary Yap Kain Ching, 53.
Kelima-lima pengetua dan pengarah itu dilantik sebagai
Pengetua Cemerlang Gred DG54 pada 16 April 2002.
Penyampaian watikah pelantikan kepada pengetua terbabit
sempena majlis perutusan tahun baru oleh Hishammuddin.
Selain itu, seramai 28 pengetua juga dilantik sebagai
Guru Cemerlang Gred DG54.
Rokiah dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan
yang berkelulusan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera,
memulakan perkhidmatannya dalam pendidikan mulai 1
April 1974, manakala Khuzaimah juga dari Kuala Pilih
dengan kelulusan Ijazah sarjana Muda Pengajian Islam,
mulai 1 Julai 1976.
Che Manis yang berasal dari Alor Star dan berkelulusan
Ijazah Sarjana Muda Sastera pula berkhidmat mulai
1 Ogos 1975, Tengku Azuan juga berkelulusan Ijazah
Sarjana Muda Sastera dari Kelantan, mulai 1 April
1976, sementara Mary Yap berasal dari Kota Kinabalu
berkelulusan Ijazah Sarjana (M ED TESOL), mulai 3
April 1975.
Ketika ditemui Berita Harian semalam, Che Manis yang
tidak pernah bermimpi menerima penghormatan tertinggi
kerajaan itu sejak menceburi bidang perguruan menyifatkan
ia sebagai tanggungjawab dan cabaran yang perlu dilaksanakan.
Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Pengetua Kanan
Kebangsaan berkata, penganugerahan itu juga adalah
sejarah bagi warga pendidik dan menjadi motivasi kepada
pengetua lain membuktikan keupayaan pengurusan masing-masing
dalam menjadikan sekolah cemerlang, gemilang dan terbilang.
“Kecemerlangan saya bermula di SMK Seafield, Petaling
Jaya. Daripada `sekolah pasang siap’ menjadi antara
10 sekolah terbaik di Selangor. Siapa yang tak kenal
dengan SMK Seafield dan disiplin pelajarnya. Bagaimanapun,
dengan kerjasama semua pihak, masalah itu dapat diatasi
dan sekolah itu disegani hingga sekarang.
“Saya percaya penganugerahan ini juga untuk guru lain
yang bertungkus-lumus mendidik pelajar sehingga berjaya,”
katanya.
Beliau memulakan kerjayanya di Sekolah Aminudin Baki,
Kuala Lumpur, kemudian ditukarkan ke beberapa sekolah
di Lembah Klang termasuk SMK Abdul Samad, Petaling
Jaya dan SMK Taman Datuk Harun, sebelum dilantik sebagai
Pengetua SMK Taman Medan, SMK Kelana Jaya dan SMK
Puchong Batu 14.
Sementara itu, Tengku Azuan berkata, beliau akan menggunakan
pengalamannya selama ini untuk membantu sekolah lain.
Sambil menyifatkan jawatan tertinggi itu tidak akan
diperoleh tanpa sokongan pelbagai pihak, khususnya
guru lain dan ibu bapa, beliau berkata: “Tanpa sokongan
mereka saya tidak akan berjaya seperti sekarang.”
|
|