CONTOH-CONTOH
kes yang melibatkan pengurus sekolah yang dibentangkan
Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah, Zulqarnain
Hassan dalam kertas kerja bertajuk Jenayah Rasuah - Salah
Guna Kuasa dan Penyelewengan Dalam Pengurusan Sekolah
pada Seminar Kepengetuaan Kebangsaan Ke-3 di Institut
Pengetua Universiti Malaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.
1.
Contoh Kes Suapan
Contoh kes:
Guru Jasmani
menerima wang daripada kontraktor kerana kontraktor didorong
bahawa beliau boleh meluluskan pembelian alat sukan.
Contoh kes:
Pengetua sekeluarga
menerima tiket kapal terbang secara percuma untuk melancung
ke luar negeri dari syarikat buku yang menjual buku di
sekolah berkenaan.
Contoh kes:
Pengetua menerima
wang bulanan untuk dirinya daripada pengusaha kantin asrama
sekolah kerana telah berusaha mendapatkan tender untuknya.
Contoh kes:
Pengurus sekolah
meminta kontraktor membaiki rumahnya secara percuma kerana
beliau telah menganugerahkan kontrak kepada kontraktor
berkenaan.
Contoh kes:
Anak pengurus
sekolah telah diberikan pekerjaan sebagai kerani di pejabat
kontraktor sebagai balasan kerana mendapat kontrak.
2.
Contoh penggunaan dokumen palsu untuk mengelirukan majikan
Contoh kes:
Pengurus sekolah
membuat tuntutan perjalanan kepada pihak atasan kononnya
perjalanan dibuat daripada tempat A ke C, tetapi sebenarnya
perjalanan adalah daripada A ke B.
Contoh kes:
Pengetua berpakat
dengan kontraktor menuntut kos baik pulih perabot sekolah
dengan menggunakan resit/invois tetapi kerja baik pulih
tidak dijalankan sebaliknya kerja lain dibuat.
Contoh kes:
Pengetua meluluskan
bayaran kepada kontraktor membekal makanan untuk pelajar-pelajar
asrama sekolahnya dalam keadaan beliau tahu bahawa tuntutan
adalah tidak betul iaitu 100 orang pelajar diberi makanan
tetapi tuntutan daripada kontraktor ialah 200 orang pelajar
yang diberikan makanan.
3.
Contoh kes pengurus sekolah yang mengambil kesempatan
daripada kedudukannya/jawatannya untuk kepentingan peribadi
atau saudaranya
Contoh kes:
Seseorang
Pengurus sekolah mengeluarkan pesanan tempatan kepada
syarikat abangnya untuk mendapat bekalan kertas, kapur,pasu
bunga dan peralatan sukan sekolah.
Contoh kes:
Pengurus sekolah
membeli bekalan minyak pelincir bagi kegunaan bas sekolah
daripada syarikat milik suami/isterinya.
Contoh kes:
Pengurus sekolah
membeli peralatan peti sejuk dan televisyen bagi kegunaan
bilik guru sekolah dengan mengeluarkan pesanan tempatan
kepada syarikat elektrik milik isteri/suaminya.
Contoh kes:
Pengetua memberikan
tender mengusahakan kantin sekolah kepada pengusaha kantin
yang ada hubungan persaudaraan iaitu adik ipar.
4.
Contoh kes pecah amanah
Contoh kes:
Pengurus sekolah
memberikan wang bantuan kerajaan kepada pelajar berada,
dan bukannya pelajar miskin seperti yang dikehendaki oleh
peraturan.
Contoh kes:
Pengurus sekolah
dikehendaki membayar sejumlah wang kepada Perbendaharaan
tetapi bayaran tidak dibuat kepada Perbendaharaan sebaliknya
dimasukkan ke dalam akaun sendiri maka beliau telah melakukan
pecah amanah.