Berita-bil. 20/2004... 

Ilmu umpama air yang mengalir, tadahlah dengan hati yang ikhlas

-PENAFIAN-
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN SIKAP PENGENDALI WEB.

Paparan terbaik menggunakan Internet explorer 4.0 dan ke atas dengan resolusi
1024 X 768 px

Tiada Hakcipta Terpelihara
.Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai.

PeNdiDik 2000-2004© Pendidikmy@yahoo.com

 


DBP tolak `Infotainmen' cadang RTM guna `Inforia'

11 Ogos 2004 (Utusan Malaysia)
Oleh: MERAN ABU BAKAR

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak bersetuju Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) menggunakan perkataan `Infotainmen' dalam slogan baru kerana ia bukan berasal daripada bahasa Melayu dan mencadangkan digunakan `Infohibur' atau `Inforia'.

Ketua Bahagian Perkamusan DBP, Noresah Baharom berkata, RTM tidak pernah merujuk atau meminta sebarang pandangan daripada pihaknya berhubung perkara itu.

``Pihak DBP tidak bersetuju dengan penggunaan perkataan itu kerana ia merosakkan bahasa Melayu yang hangat dibincangkan supaya tidak menjadi bahasa rojak,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas langkah RTM menggunakan perkataan `infotainmen' di sebalik usaha penjenamaan rancangan-rancangan stesen itu.

Noresah berkata, slogan baru RTM, `Saluran Infotainmen Anda' menggunakan perkataan yang tidak tepat, malah jika dieja dan disebut dalam bahasa Melayu akan berbunyi sebagai `infotenmen' dan ia dilihat sebagai perkataan yang tidak mempunyai sebarang maksud.

Menurut Noresah, perkataan `infotainmen' itu adalah gabungan `information' atau maklumat, sementara `tainmen' adalah singkatan entertainment atau hiburan.

Selain itu, katanya, perkataan `infotainmen' tidak mengikut sistem pembentukan istilah bahasa Melayu.