Memahami keperluan pelajar
21/10/2003
[Portal Pendidikan Utusan]
APABILA kita
hendak mempengaruhi seseorang supaya mahu mengubah pemikiran
dan sikapnya, kita perlu terlebih dahulu meneka apa keperluan
orang itu. Adakah dia berasa tidak selamat? Adakah dia perlukan
estim? Adakah dia sedang cuba mencapai hasrat menjadi dirinya
yang sebenar?
Keperluan
mereka adalah faktor yang dapat mendorong mereka terpengaruh
dengan kita.
Cuba kita gunakan beberapa
peringkat keperluannya.
Apabila kita cuba menggunakan
keperluan untuk keselamatan tetapi nampaknya dia tidak terpengaruh,
cuba pula menggunakan keperluan estim kepadanya.
Cuba teka apa keperluan orang
itu pada saat kita sedang cuba mempengaruhinya.
Kita akan lebih berjaya mendorong
dia mengubah pemikiran dan sikapnya.
Pada waktu yang sama kita
juga dapat membantu dia memenuhi keperluan jiwanya.
Keperluan tidak ketara yang
pertama ialah keperluan ingin tahu bahawa diri kita masih
dihargai. Para pelajar inginkan penghargaan.
Pelajar ingin tahu adakah
orang di sekelilingnya masih memerlukannya dan menghargai
kehadirannya dalam kehidupan kita.
Ada kajian mendapati ramai
orang cuba meyakinkan diri mereka bahawa mereka dihargai
dengan cara memiliki sebanyak-banyak harta material.
Keperluan pelajar yang kedua
ialah keinginan untuk memuaskan ego mereka.
Ada pelajar yang ingin dibelai
seolah-olah mereka ini betul-betul orang yang istimewa.
Sesiapa yang pandai membelai
ego kita, mudah dapat mempengaruhi kita.
Selain faktor keperluan diri
tadi, teori dorongan sikap juga penting untuk mempengaruhi
pelajar.
Teori dorongan sikap dikembangkan
oleh pakar psikologi di Universiti Yale, Amerika yang diketuai
oleh Carl Hovland.
Teori ini mengatakan tingkah-laku
manusia dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor
yang besar peranannya ialah sikap.
Teori Hovland mengatakan
kita akan menukar sikap kita apabila kita diberi dorongan
yang secukupnya untuk mengubah sikap kita itu.
Ertinya, kita perlu diberi
dorongan untuk mahu menerima alasan atau maklumat yang dapat
mengubah sikap kita.
Ada lima faktor yang menentukan
sama aa kita mahu menukar sikap kita atau tidak.
1. MENDENGAR
Selagi kita tidak mahu mendengar
maklumat yang diberikan kepada kita, kita tidak mahu menukar
sikap kita. Jadi, kita perlu mahir menggunakan teknik bercakap
yang menimbulkan minat pelajar untuk mahu mendengar dan
seronok mendengar cakap kita.
2. MEMAHAMI
Cuba menggunakan teknik bercakap
yang mudah difahami oleh pelajar.
Jangan hanya pandai merendah-rendahkan
moral pelajar, atau memarahi mereka dengan menunjukkan salah
mereka satu demi satu.
3. MENERIMA
Cuba elakkan kata-kata yang
membolehkan pelajar itu menolak terus mesej yang hendak
kita sampaikan.
4. MENGINGAT
Kita mengulangi dan sentiasa
menekankan pesan atau maklumat yang kita hendak pelajar
ingat. Gunakan alat bantuan mengajar atau contoh-contoh
gambar yang menakutkan. Misalnya, memanggil pegawai penjara
untuk menunjukkan demonstrasi merotan.
5. MELAKUKAN
Kita akan menukar tingkah-laku
kita apabila tingkah-laku kita itu selaras dengan apa yang
kita fahami dan terima. Kalau kita faham lain, tetapi ingat
lain, nanti lain pula tingkah-laku kita.
Istilah dogmatik mula-mula
dikemukakan oleh Rokeach pada 1960. Beliau menyebut istilah
dogmatik serupa maknanya dengan istilah sikap tertutup.
Kajian pakar psikologi mendapati dogmatisme adalah ciri
personaliti yang meresapi banyak aspek pada tingkah-laku
individu yang menghidapinya. Orang yang dogmatik memiliki
ciri-ciri berikut:
a. Mereka mempunyai sifat
negatif terhadap sifat-sifat semula jadi manusia. Umpamanya,
sentiasa curiga terhadap niat baik orang lain.
b. Mereka yakin hanya pemimpin
dan pakar sahaja yang layak diberi kuasa dan dibenarkan
membuat keputusan bagi pihak orang lain.
c. Mereka yakin dalam dunia
ini hanya ada satu kebenaran dan hanya ada satu cara sahaja
cara yang betul untuk melakukan apa sahaja.
Pada tahun 1958, seorang
ahli psikologi yang terkenal, Prof. McClelland memperkenalkan
sejenis personaliti yang mempunyai ciri ``kehendak untuk
berjaya.''
Antara ciri tersebut adalah
seperti berikut:
1. Mereka sengaja mencari
tugas yang banyak memberi cabaran.
2. Mereka mahu diberikan
tanggungjawab yang menghendaki supaya mereka membuat keputusan.
3. Mereka mahu supaya tugas
yang mereka jalankan diberi penilaian demi mencapai kemajuan.
4. Mereka akan melaksanakan
tugas mereka dengan lebih baik lagi apabila tugas itu penuh
dengan tanggungjawab , mengandungi kepelbagaian, diberi
penilaian, dan mereka diberi kebebasan. Sebaliknya, individu
yang bukan berjaya tidak menunjukkan hasil yang lebih baik
apabila mereka diberi tugas yang memiliki ciri-ciri seperti
itu.
5. Individu berjaya cenderung
menjadi usahawan.
6. Mereka memiliki dorongan
yang kuat untuk memajukan diri mereka dengan daya usaha
sendiri.