.ISU 30 |
|
Usaha kerajaan menyediakan rumah guru pada hari ini amat dibanggakan.Terdapat
banyak rumah guru yang disediakan di seluruh negara. Namun terdapat pelbagai
masalah dalam pengagihan rumah tersebut. Guru-guru telah diketepikan hak
mereka untuk menduduki rumah tersebut. Terdapat syarat-syarat menduduki
rumah guru tidak dipatuhi oleh pihak-pihak yang terlibat. Pihak Kementerian
Pendidikan perlu menghantar surat pekeliling dan syarat-syarat menduduki
rumah guru kepada seluruh sekolah di negara supaya semua guru dapat mengetahui
dengan lebih jelas tentang perkara tersebut.Timbul banyak rungutan mengenai
masalah menduduki rumah guru daripada kalangan guru sendiri.
Terdapat guru yang berkahwin sesama guru tidak dapat menduduki rumah tersebut. Sebaliknya kakitangan lain yang isterinya guru dapat menduduki rumah guru. Adakah perkara ini sebahagian daripada syarat ataupun mendahului kroni? Pihak Kemnetrian Pendidikan perlulah membuat kajian atau bancian mengenai penghuni yang menduduki rumah guru di mana salah satunya mengenai jawatan suami yang bukan guru. Terdapat sesetengah Pegawai Pendidikan Daerah tidak mengutamakan guru dalam pengagihan rumah guru. Mereka lebih mengutamakan kakitangan kerajaan yang lain. Tanggungjawab sesebuah keluarga adalah terletak di bahu kanan lelaki. Sekiranya kakitangan kerajaan yang mendapat elaun ITP melebihi apa yang diperolehi oleh guru atau suami bukan bukan guru yang mempunyai kemudahan kuaters, adalah tidak patut mereka diberi keistimewaan menduduki rumah guru kerana terdapat guru yang berhak tidak dapat menduduki rumah tersebut. Selain itu, apakah asas yang digunakan oleh pihak tertentu tidak dijelaskan kepada kaum guru. Jadi timbullah rungutan dan ketidakpuasan hati di kalangan guru sendiri. Terdapat juga di setengah tempat kakitangan bukan guru yang berjawatan sebagai pembantu tadbir atau peon menduduki rumah guru kelas 'F' manakala guru mendiami rumah kelas 'G'. Dimanakah asas kelayakan yang diutamakan oleh pihak tertentu ini. Kaum guru hari ini sering dianaktirikan oleh guru sendiri yang dulunya bergelar "GURU" tetapi kini bergelar "PEGAWAI". Inilah yang dikatakan kera di hutan disusukan,anak sendiri mati kelaparan.Sampai bila perkara ini akan berakhir... Oleh:
|