Home



About
 
RoyPlanet
Members
Galeri
Links
Forum
Guestbook

Artikel
 
News
Life
Love
Student

Muzik
 
Mp3
Lirik
Klip Video

Teknologi
 
Komputer
Mobile

Tutorial
 
Photoshop
Illustrator
Flash
Dreamweaver

Download
 
Software
Games
Wallpaper

Link To Us
 
RoyPlanet






+ Student

Siswa Mangsa Cinta Siber


PUCHONG: Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) berusia 19 tahun dirogol bergilir-gilir sekumpulan remaja dipercayai terpedaya dengan hubungan `cinta internet’ sejak sebulan lalu.

Mangsa didakwa kerap memasuki laman sembang sebelum setuju untuk keluar bersama seorang daripada remaja berkenaan pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Datuk Ghazali Mohd Amin, berkata siasatan awal mendapati penuntut berkenaan bekerja sambilan di Shah Alam sementara menanti cuti semester tamat.

Menurutnya, mangsa turut berhubung dengan lelaki itu melalui telefon.

“Difahamkan lelaki berkenaan menggunakan nama samaran sebelum mengatur temu janji pertama dengan mangsa pada 4 Mei lalu.

“Dia dikatakan menjemput mangsa yang baru pulang dari tempat kerja pada jam 10.30 malam dan dibawa menunggang motosikal. Mangsa diajak menjamu selera di Shah Alam sebelum dibawa ke rumah lelaki itu di Puchong,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu menggunakan taktik dengan mendakwa mahu membawa mangsa pulang ke rumah untuk memperkenalkan kepada ibunya.

“Setiba di pekarangan rumah, lelaki berkenaan cuba mengajak mangsa masuk ke dalam rumah tetapi mangsa yang mengesyaki sesuatu segera menolak.

“Tiba-tiba seorang lelaki tidak dikenali muncul dari rumah dan menarik tangan mangsa masuk ke dalam,” katanya.

Menurutnya, mangsa mendapati terdapat empat hingga lima lelaki berkumpul di ruang tamu rumah berkenaan.

“Dua daripada lelaki terbabit mengheret mangsa masuk ke dalam sebuah bilik kosong di tingkat dua rumah teres berkenaan.

“Mangsa dirogol secara bergilir-gilir kumpulan remaja berkenaan yang berusia antara 17 hingga 25 tahun,” katanya.

Ghazali berkata, tindakan remaja berkenaan disifatkan seperti ‘binatang’ kerana mereka turut menyeksa mangsa melalui pelbagai cara keji semata-mata untuk memuaskan nafsu mereka.

“Lebih menyedihkan apabila mangsa tidak hanya diperkosa malah turut dirompak apabila wang tunai RM10 dan telefon bimbit miliknya turut dilarikan.

“Mangsa tidak dapat mengingati berapa lama dia diperkosa dan dikurung dalam bilik berkenaan sehinggalah dia diselamatkan seorang lelaki,” katanya.

Menurutnya, mangsa mendengar suara seorang lelaki memarahi kumpulan lelaki yang memperkosanya.

“Dia (mangsa) terdengar pertengkaran di luar pintu bilik tempat dia dikurung. Lelaki itu dikatakan memarahi kumpulan perogol kerana melakukan perbuatan itu di rumah berkenaan.

“Lelaki itu menyuruh mangsa mandi dan memakai pakaiannya sebelum dihantar pulang,” katanya.

Ghazali berkata, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Puchong pada jam 5 pagi, Rabu lalu sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menjalani pemeriksaan.

Berikutan itu, polis memberkas tujuh lelaki pada jam 10 malam, pada hari sama dan ditahan reman reman hingga Khamis depan.

“Berikutan tangkapan pertama itu, polis memberkas tiga lagi lelaki hari ini (semalam) yang dipercayai turut terbabit dengan kejadian itu. Mereka juga ditahan reman sehingga Khamis depan.

“Semua lelaki yang ditahan itu didapati bekerja kilang dan ada antaranya menganggur,” katanya.

Siasatan awal polis mendapati, rumah dijadikan lokasi memperkosa mangsa milik keluarga seorang rakan kumpulan perogol itu.

“Ketika kejadian pemilik rumah dikatakan pergi bercuti dan meninggalkan rumah itu untuk diawasi oleh anak lelakinya.

“Anak lelaki pemilik rumah berkenaan adalah individu yang bertanggungjawab menyelamatkan mangsa daripada terus diperkosa. Dia bagaimanapun tidak terbabit dengan kejadian itu,” katanya.

:: Artikel diambil dari Web Harian Metro di http://hmetro.com.my/


Komen

Kepada semua peminat IRC "internet relay chat" nie berhati hati laa. Jangan sampai nasi dah jadi bubur baru nak off suis. isk isk isk. Sedih aku bace berita nie. Stim pun ade gak sket. kui kui kui. Sampai 10 org balun die. Mmg kes naya. Kene pau 10 ringgit wat beli durex ke aper. Tapi perempuan pun satu, pikir laa takkan laa nak jumpe mak pukul 11 mlm. Tak tido ke org tua tu. Atau mak bapak si perogol ni mmg kaki rewang, kaki botol dan kaki disko dangdut. Apekejadahnya, mudah sgt ikut laki naik moto. Dah mat motor lak disalahkan. Isk, tah laa aku nak cakap ape lagi. Bayang la kalau pregnant! 10 laki mane satu nak jadi bapak? Geli aku...

Tapi bukan semua chatterz camtu. Pandai pandai laa nak idop yerk. Kecian, baru 19 dah dpt pengalaman besar cam nie.

Pada guy semua, kontrol2 laa sket. Kalau nak, mintak ler bebaik, jgn paksa lak! kui kui kui. Kalau semua kene rogol, kiteorg yg baik nie nak kawin ngan sape? haa... jawab2 ... baik la konon...heheh...

<<Previous






Planet Chat
 
Powered by TagBoard Message Board
Nama

Email/Web

Mesej(senyum)


Best Link
 

http://www.jiwang.org

http://www.sifoo.com

http://www.tokeikedai.net.my


 

Copyright © 2004 RoyPlanet Inc.
Powered By Roy