Kandungan yang terdapat dalam laman ini adalah untuk renungan kita bersama.
Semoga dapat diambil manfaat darinya.Di sini terdapat
Mutiara Kata, Hadis Pilihan , Tazkirah
Muhasabah Diri dan Mutala'ah



Mutiara Kata


  • Mutiara Kata

    • Tunaikan apa yang telah diwajibkan Tuhan ke atasmu,
      maka engkau akan menjadi orang yang paling hebat ibadahnya.

    • Jauhilah larangan-larangan Allah maka engkau akan menjadi
      orang yang paling zuhud,dan beramal dengan kelalaian
      lebih baik dari lalai dari beramal.

    • Terimalah dengan senang apa yang telah dibahagikan
      oleh Allah untukmu,maka engkau akan menjadi
      orang yang paling kaya.
  • naik ke atas!



    Hadis Pilihan



    1. Daripada Jabir r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda ,
      yang bermaksud:"Diletakkan neraca pada hari kiamat,
      lalu ditimbang amal-amal yang baik dan amal-amal yang jahat,
      maka sesiapa yang berat timbangan amal-amal jahatnya
      daripada amal-amal baiknya,masukklah ia ke neraka."


      Riwayat Abu Syaikh.


    2. Rasululah s.a.w bersabda,yang bermaksud:
      "Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang
      berterusan walaupun sedikit."

      Riwayat Bukhari Dan Muslim.



    Tazkirah



    Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Amr Al-Ash r.a yang bermaksud:
    "Ajarkanlah anak-anak kamu mengerjakan solat bila berusia 7 tahun.Apabila berusia 10 tahun,pukullah mereka jika enggan mengerjakannya dan asingkanlah tempat tidur mereka."



    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
    "Amal seseorang hamba yang pertama akan dihisab kelak ialah solat, maka jika solatnya rosak maka amal lainnya juga akan rosak."
    Riwayat Tabrani.

    naik ke atas!



    Muhasabah Diri



    SOLAT!

    1. Jiwa tak sihat bila....
      Bersolat hanya ketika orang yang disegani ada bersama.

    2. Jiwa tak sihat bila....
      Bersolat jemaah hanya untuk solat Jumaat dan Hari Raya sahaja.

    3. Jiwa tak sihat bila....
      Masuk waktu solat,sibuk bermain atau menonton tv.

    4. Jiwa tak sihat bila....
      Tak tau apa itu SOLAT!

      naik ke atas!



      Mutala'ah



      Kelebihan Beberapa Amalan Tambahan



      Surah Al-Ikhlas
      Menyamai satu pertiga Al-Quran ; dibaca 10 kali akan dibina sebuah istana di Syurga.



      Surah Al-Falaq
      Dibaca tiga kali untuk pelindung dari bencana dan perkara yang tidak diingini.



      Ayatul Kursi (Al-Baqarah:255)

      Pahalanya menyamai satu perempat Al-Quran ; dibaca setiap lepas solat akan dimasukkan ke Syurga,setiap huruf seribu keberkatan dan seribu rahmat.




      MainMenu

      Index Biodata Foto Hobi Maxis