Newspaper..............Online............. UTUSAN.COM.MY........THE STAR..........NEWSTRAITS TIMES.....METRO.........BERIYA HARIAN............... | |
---|---|
E-News CLaire.com |
|
Search
UPSR pencapaisan murid naik 0.5 peratus.... Ajai &Nurul ambil anak angkat....
|
Latest news..... |
Ajai & Nurul cadang ambil anak angkat![]() Malah, permata sulung mereka, Ayu Nazirah yang kini berusia tujuh tahun pun turut mengimpikan kehadiran seorang adik sebagai teman bersenda dan bermanja. Lima tahun mereka menunggu, keputusannya masih menghampakan. Walaupun kedua-duanya disahkan sihat oleh pakar tetapi rezeki masih belum menyebelahi pasangan penyanyi lagu Keliru itu. “Kami redha dengan ketentuan Allah SWT dan mungkin ada rahmat di sebaliknya. Jadi, kami bercadang untuk mengambil anak angkat sebagai kawan Ayu. “Sudah banyak kali kami mendengar keluhan Ayu yang bosan di rumah. Kasihan pula melihat Ayu. Keinginan tetap keinginan dan cara terbaik adalah mengambil anak angkat untuk membesarkan lagi keluarga. “Jadi kami sekarang sedang mengintai keluarga tidak berkemampuan yang ingin menyerahkan anak mereka sebagai anak angkat. Syaratnya, ia perlulah menggunakan saluran yang betul bagi memastikan tiada masalah di belakang hari,” akui Nurul ketika ditemui di Studio Bintang Popular, barubaru ini. Ajai mahupun Nurul tidak menolak kemungkinan kesibukan tugas sebagai komposer dan penyanyi menjadi antara faktor kenapa mereka belum dikurniakan cahaya mata. Nurul pula yang semakin rancak menjadi penulis lirik bagaimanapun mengakui tidak mengamalkan perancang keluarga. Sambil merenung wajah isterinya, Ajai berkata, “Saya memang teringin ramai anak tapi belum tercapai. Jadi untuk tidak mengusutkan fikiran apabila Ayu atau orang lain bertanya, saya dan Nurul sepakat mahu mengambil anak angkat. “Anak angkat pun anak juga, insya-Allah kami tidak akan membezakan kasih sayang semasa mereka. Saya ingin membesarkan anak-anak saya nanti dalam penuh kasih sayang dan didikan yang sempurna seperti mana ibu bapa berikan kepada saya selama ini. “Saya yakin bertambahnya cahaya mata, ia akan lebih memberi rezeki kepada sesebuah rumah tangga. Sesibuk mana sekali pun, saya tetap akan mengutamakan keluarga. Menceritakan perancangan album, Nurul berkata, mereka berdua akan muncul dengan sebuah album kompilasi yang menampilkan lagu duet popular, selain memuatkan tiga lagu duet terbaru yang dijangka berada di pasaran tahun depan. Buat masa ini pasangan ideal itu masih sibuk menguruskan syarikat mereka sendiri, Wake The Baby Sdn Bhd yang ditubuhkan baru-baru ini. Selain menjadi komposer, Ajai juga ingin mengembangkan bakat sebagai seorang pengarah klip video artis tempatan. ![]() Info Ajai:
|