Menamakan Fail
Terdapat 2 jenis penamaan fail
- Menukar nama fail sahaja
Untuk menukar nama fail sahaja, yang anda perlu lakukan ialah dengan memilih
fail tersebut melalui Windows Explorer, kemudian anda klik menu
File->Rename.
- Menukar nama fail serta jenis fail tersebut.
Untuk menukar nama serta jenis fail, anda perlu menukar configurasi sistem
Windows95/98 anda supaya ia dalam mempamerkan jenis fail. Cara-caranya
diterangkan dalam topik akhiran. Selepas itu anda
klik menu File->Rename.
Jika anda menukar akhiran tersebut, Windows akan mengeluarkan kotak dialog
untuk memastikan anda tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya
dilakukan. Tekan 'Yes'. Jika anda mengubah dari jenis Teks ke jenis HTML,
ikon fail di dalam Windows Explorer tersebut akan berubah dari ikon teks ke
ikon fail html.

|