|
Apa itu HTML? |
HTML ialah
singkatan dari Hyper Text Markup
Language. HTML merupakan bahasa (kod-kod)
yang digunakan untuk membuat laman web. HTML
bukanlah bahasa pengaturcaraan seperti C, C++
atau Pascal, ia lebih kepada bahasa yang
menetapkan corak paparan dokumen. Jika anda
menggunakan Internet Explorer
atau Netscape Navigator anda
boleh melihat kod-kod laman ini dengan mengklik
butang kanan tetikus anda dan pilih menu View
Source.
|
Bagaimana menulis Bahasa
HTML? |
Bahasa HTML ini
ditulis dengan menggunakan teks editor seperti
Windows Notepad, Ms-Edit, dan fail di simpan
menggunakan sambungan .htm ataupun .html. Browser
HTML seperti Internet Explorer atau Netscape
Navigator pula akan menterjemahkan kod-kod html
dan membuat paparan seperti apa yang telah
dikodkan. Anda
juga boleh membuat laman web dengan menggunakan
HTML Editor seperti Netscape Composer, Ms-Word 97
ataupun Microsoft FrontPage. Walaubagaimanapun,
terdapat kelebihan serta kekurangan jika anda
menggunakan HTML Editor yang disebutkan.
|
Perlukan saya menyambung
ke Internet ketika membuat hompej? |
Anda tidak perlu
menyambung ke Internet ketika membuat hompej.
Anda hanya perlu menyediakan fail-fail html dan
simpan dalam direktori komputer anda dengan
menggunakan Microsoft FrontPage, Netscape
Composer ataupun Windows Notepad (perlu belajar
bahasa HTML). Apabila selesai, anda sambung ke
Internet anda muat-naikkan fail-fail tersebut ke
Internet (komputer pelayan hos tapak web). |
Apa yang perlu saya
tahu? |
Selain daripada
Internet Explorer dan Netscape Navigator,
terdapat banyak lagi browser HTML yang boleh
digunakan untuk menjelajah Internet. Oleh kerana
browser HTML ini dicipta oleh syarikat-syarikat
yang berlainan, penterjemahan bahasa HTML oleh
setiap web browser adalah berbeza antara satu
sama lain. Sebagai contoh, paparan sesuatu laman
web melalui Netscape Navigator tidak sama dengan
paparan melalui Internet Explorer.
Walaubagaimanapun dalam tutorial ini anda akan
diajar menggunakan fungsi-fungsi global yang
boleh digunakan oleh mana-mana browser HTML.
Walau bagaimanapun, untuk membuat laman yang elok
terdapat keadaan di mana anda perlu mengetahui
samaada fungsi tersebut disokong oleh sesuatu web
browser atau tidak. |
Apa yang perlu saya ada? |
Untuk mengikuti
tutorial ini, anda hanya memerlukan teks editor
seperti Windows Notepad dan browser HTML seperti
Internet Explorer. Perlu diingatkan disini bahawa
Microsoft Word dan WordPad bukanlah teks editor
yang asli, beberapa penambahan yang tidak
kelihatan telah dilakukan kepada fail jenis doc
dan wri.
 |
Seelok-eloknya
anda mempunyai 3 browser HTML. Internet
Explorer 3, Internet Explorer 4 dan
Netscape Navigator 4. Ini bertujuan
supaya anda dapat mencuba laman ujian
anda pada 3 browser yang berlainan. |
|
Mengapa saya perlu
belajar HTML? |
Walaupun pada
zaman yang canggih ini terdapat banyak Editor
HTML WSYWIG seperti Microsoft FrontPage, Netscape
Composer dan Microsoft Word 97, adakalanya
terdapat beberapa keadaan yang tidak boleh
dielakkan berlaku. Masalah-masalah yang kerap
berlaku seperti imej tidak kelihatan, jalinan
yang mengarah ke arah lain dan beberapa masalah
lagi akan dilakukan oleh HTML Editor anda
sendiri. Kadangkala masalah ini berlaku setelah
anda memuat-naikkan laman-laman anda ke Internet.
Jadi, untuk
menyelesaikan masalah-masalah ini, anda
memerlukan sedikit sebanyak pengetahuan mengenai
bahasa HTML. Apa yang dilakukan sebenarnya oleh
Microsoft FrontPage atau Netscape Composer ialah
menuliskan kod-kod HTML untuk anda. Coraknya sama
jika anda menulisnya kod secara terus dengan
menggunakan Windows Notepad.
Disamping itu ada
juga HTML Editor yang tidak optimum, ia menulis
kod-kod yang tidak perlu secara berlebihan dan
memungkinkan fail HTML anda menjadi terlalu
besar, mengambil masa yang lama untuk di
muat-turunkan.
Anda juga boleh
bergerak selangkah jauh ke hadapan daripada orang
lain. Ini kerana, apabila syarikat-syarikat
seperti Microsoft atau Netscape mengeluarkan
browser HTML yang baru. Tidak ada HTML Editor
yang dibekalkan bersama, yang dibekalkan hanyalah
kod-kod html terbaru dan jika anda tidak tahu
menggunakan kod-kod HTML ini maka anda pasti akan
ketinggalan dan terpaksa menunggu HTML Editor
versi terbaru.
|
|