|
Tapak Web |
Sebelum anda
memulakan tutorial ini, ada baiknya anda memiliki
tapak web dahulu. Tapak web ini anda boleh
perolehi daripada ISP (Internet Service
Provider,seperti TMnet, Jaring) anda dengan
bayaran beberapa ringgit setahun, ataupun anda
boleh milikinya secara percuma daripada hos-hos
tapak web seperti Geocities, Tripod,
Xoom. Mereka memberi anda beberapa
megabait ruang cakera keras untuk laman web anda.
Walaubagaimana pun saya mencadangkan anda memilih
tapak web di Geocities. Ini kerana hos ini
mempunyai banyak sumber-sumber serta
program-program menarik yang dikhaskan untuk
ahli-ahlinya. Untuk mencari tapak web di
Geocities, sila pergi ke laman ini. Ia akan menerangkan
secara mendalam tentang bagaimana hendak mencari
tapak web di Geocities.
|
Mengapa perlunya tapak
web ini? |
Tapak web ini
perlu kerana ia membolehkan orang lain melihat
laman web anda. Ia sebenarnya satu ruangan cakera
keras di Komputer Pelayan hos tapak web. Komputer
Pelayan ini akan beroperasi selama 24 jam
membolehkan orang lain melihat laman web anda
bila-bila yang mereka mahu. Kos operasi seperti
kuasa elektik dan talian telefon ditanggung
sendiri oleh syarikat hos tapak web. |
Proses muat-naik |
Proses ini adalah
proses memindahkan fail-fail html anda daripada
cakera keras komputer anda ke cakera keras
Komputer Pelayan hos tapak web (Geocities). Ianya
dilakukan dengan perisian khas (perisian ftp,
File Transfer Protocol) seperti WS_FTP
dan CuteFtp. Anda boleh
mendapatkan perisian-perisian ini dari www.download.com. Untuk penerangan
menggunakan perisian ftp, anda bolehlah klik di sini. Salah satu lagi cara ialah dengan
menggunakan Geocities FileManager. Ini adalah cara yang
mudah tetapi melambatkan. Jika anda mempunyai
fail-fail yang banyak, sebagai contoh, 200 fail,
penggunaan perisian ftp lebih
menjimatkan masa anda.
Sistem operasi
pada Komputer Pelayan tidak semestinya sama
dengan apa yang anda gunakan di rumah. Pada
kebiasaanya hos tapak web menggunakan Sistem
Unix, ini kerana di Komputer Pelayan
terdapat ribuan lagi tapak web orang lain, dan
sistem ini mengelakkan adanya berlaku
pencerobohan oleh orang-orang yang tidak
bertanggungjawab. Anda sudah pasti tidak mahu
orang lain mengubah kandungan tapak web anda.
|
Proses muat-turun |
Proses ini
dilakukan oleh pengunjung yang melihat laman web
anda. Apa yang berlaku ialah fail-fail html
diambil daripada Komputer Pelayan hos tapak web
dan disimpan ke dalam komputer pengunjung dan web
browser pengunjung itu pula akan memaparkan isi
kandungan fail html yang telahpun berada di dalam
cakera keras komputer mereka. Proses ini bergantung
kepada kelajuan talian serta jenis modem yang
digunakan. Modem terdapat dalam beberapa jenis,
14400 bps, 28800 bps, 33600 bps, 56600 bps dan
115200 bps. Nilai ini dalam dalam bentuk bits per
second. Jika anda mahu tahu nilai ini dalam
bentuk masa, anda bolehlah menggunakan formula
ini. masa=nilai kelajuan modem / 8192.
 |
Perhatikan
masa muat-turun di bawah, bayangkanlah
berapa lama pengunjung harus menunggu
untuk melihat laman anda jika saiz fail
itu lebih 100Kb. Ini termasuk
gambar-gambar yang anda letakkan di dalam
laman anda. Disamping itu komputer
pengunjung tidak semestinya mencapai
kelajuan diatas. Bergantung kepada trafik
Internet, selalunya lagi lambat. |
|
Jenis modem (bit
per second) |
Kbyte per second |
Anggaran masa
muat turun untuk fail bersaiz 30kb |
14400bps |
1.75
|
17.1 saat |
28800bps |
3.51 |
8.5 saat |
36600bps |
4.46 |
6.6 saat |
56600bps |
7.20 |
4.1
saat |
|