|
Lakaran Rekabentuk Laman |
Sini kita akan
membincangkan tentang apa yang boleh dilakukan
dalam fail HTML. Perhatian, bahawa kita masih
dalam proses reka bentuk. Laman ini akan
menerangkan fungsi-fungsi yang boleh dilakukan
pada laman anda.
Paparan Fail
HTML adalah dalam bentuk memanjang (tidak seperti
Microsoft Word yang membahagikan kepada mukasurat
1, 2 dan seterusnya). Panjang laman anda tidak
dihadkan tetapi seelok-eloknya janganlah terlalu
panjang, ini akan menyusahkan pengunjung melihat
laman anda. Didalam laman ini anda boleh letakkan
teks dan gambar yang anda kehendaki. |
Teks |
Anda boleh
meletakkan teks dimana-mana di dalam laman anda.
Terdapat 7 saiz teks dan berbagai jenis fon yang
boleh anda gunakan. Teks yang anda gunakan boleh
juga diwarnakan mengikut warna-warna yang anda
kehendaki. Anda juga boleh membuat senarai
didalam laman anda. Senarai berfungsi supaya
laman anda nampak kemas. Selain dari itu anda
boleh juga menulis teks anda dalam bentuk
perenggan. |
Imej |
Imej boleh
diletakkan dimana-mana dalam laman anda. Tetapi
cuma terhad kepada kiri, kanan dan tengah laman
anda. Untuk meletakkan imej dikawasan yang selain
dari yang disebutkan, jadual digunakan. |
Jadual |
Jadual digunakan
untuk mempersembahkan maklumat anda dalam bentuk
teratur. Selain dari itu jadual juga digunakan
untuk imej-imej anda ditempat yang tidak boleh
dicapai dengan cara yang biasa. Selain dari itu
jadual juga boleh digunakan untuk menyediakan
ruang kosong pada laman anda. Terdapat ruang
kosong disebelah kiri teks ini, ianya dilakukan
dengan menggunakan jadual. |
Bingkai |
Bingkai boleh
digunakan supaya pengunjung boleh bergerak dari
laman ke laman dengan mudah. Anda boleh
menggunakan format-format bingkai-bingkai yang
disediakan di topik bingkai. |
|