Anda juga perlu
tahu jenis-jenis pengunjung yang bakal melawat
laman anda nanti. Perkara-perkara yang anda perlu
ambil kira.
- Browser HTML pengunjung
Terdapat
berpuluh-puluh browser HTML di dunia ini,
dan tidak semestinya hanya Internet
Explorer, Nescape Navigator dan Mosaic.
Selain dari itu browser-browser ini tidak
serupa antara satu sama lain. Corak
paparan laman anda mungkin tidak serupa
jika menggunakan browser-browser
berlainan. Terdapat juga browser-browser
yang menawarkan fungsi-fungsi khas yang
besar kemungkinan tidak akan disokong
oleh browser lain. Anda harus peka dengan
keadaan sebegini.
 |
Terdapat
sesetengah laman yang memaksa
pengunjung berubah kepada browser
Internet Explorer hanya untuk
melihat laman tersebut. Ini sudah
pasti menyinggung perasaan mereka
dan sudah pasti mereka tidak akan
ke laman anda lagi. |
- Saiz Skrin pengunjung
Anda
juga harus peka dengan keadaan ini, tidak
semestinya semua orang menggunakan sistem
komputer yang sama dengan komputer anda
di rumah. Saiz skrin juga berbeza.
Terdapat saiz skrin 1024x768, 800x600,
640x480. Ada orang berpendapat baik
membuat laman web berdasarkan saiz skrin
640x480. Ada juga yang berpendapat baik
gunakan 800x600. Ia bergantung kepada
kehendak anda sendiri.
 |
Ada
juga pereka laman web membuat 3
versi laman untuk tapak web
mereka. Mereka menggunakan
JAVAApplet yang boleh
mengenalpasti saiz skrin yang
digunakan pengunjung dan
seterusnya membawa pengunjung ke
laman yang sesuai. |
- Bahasa
Terdapat
juga keadaan dimana anda mahu membuat 2
versi bahasa. Bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris. Ini juga bertujuan supaya anda
tidak kehilangan pengunjung yang tidak
tahu berbahasa Malaysia.
- Kelajuan Talian
ni sangat penting kerana jika anda mahu
laman anda dilihat oleh kebanyakan orang,
anda haruslah mengambilkira saiz fail
laman anda supaya ianya munasabah.
Jika anda sudah
tahu jenis pengunjung anda, maka jika anda mahu
semua jenis pengunjung pergi ke laman anda, maka
anda haruslah menulis kod-kod html yang terima
oleh kesemua browser HTML yang ada di pasaran.
Jika anda merasakan perlunya kod-kod istimewa
untuk sesetengah browser, maka anda boleh
mengenalpasti browser HTML dengan menggunakan
JAVAScript dan membawa pengunjung ke laman yang
sesuai.
|