Sebagai permulaan
kita akan membincangkan kod-kod asas html. Di
bawah ini merupakan kod-kod html yang paling
ringkas.-mula----------------------------------
<html>
<head></head>
<body>
Ini adalah laman pertama saya.
</body>
</html>
-tamat----------------------------------
Kod-kod html
terdiri daripada tag-tag. Setiap yang terkandung
dalam huruf '<' dan '>' dinamakan tag.
Dalam contoh di atas anda telah diperkenalkan
dengan tag.
- <html>
dan </html>
- <head>
dan </head>
- <body>
dan </body>
Permulaan tag
diletakkan dengan <namatag>
dan penutup tag diletakkankan dengan </namatag>.
Perhatikan tanda '/' yang berada
di depan nama penutup tag. Tag-tag ini perlu
wujud kerana ia menunjukkan bahawa dokumen itu
adalah dokumen html dan boleh dibaca oleh browser
HTML anda. Untuk menggunakan contoh di atas.
Sekarang,
- Buat pilihan
pada kod-kod di atas dan tekan CTRL-C
(Copy).
- Buka Windows
Notepad anda.
- Aktifkan
tetingkap Notepad anda, tekan Ctrl-V
(Paste).
- Simpan fail
itu dengan nama html1.htm di dalam
direktori/folder homepage yang
anda telah buat. Jika anda pengguna
Windows 95 / Windows 98. Ada beberapa langkah tambahan yang patut anda
lakukan semasa menamakan fail html1.htm.
- Buka Windows
Explorer. Dwi-klik pada fail html1.htm.
Tag-tag ini tidak
akan dipaparkan oleh browser html anda,
sebaliknya ia diterjemahkan oleh html browser
anda. Sekiranya anda ada membuat sebarang
perubahan dengan isi kandungan fail html di dalam
tetingkap notepad, dan pada ketika itu browser
html anda telah aktif dengan fail html anda
dipaparkan. Anda bolehlah menekan butang Refresh
untuk melihat perubahan yang terkini. Lihat contoh.
|