Bahagian-III

Asas Bahasa HTML - II


 
Mewarnakan latar belakang
Untuk mewarnakan latarbelakang, penambahan sifat bgcolor perlu dikenakan kepada tag body. Lihat contoh di bawah.
-mula----------------------------------
<html>
       <head>
                   <title> Laman Peribadi saya </title>
       </head>
       <body bgcolor="#FFFFFF">
                   <b>Ini adalah</b> laman <i>pertama</i> saya.
       </body>
</html>
-tamat----------------------------------

Simpan fail ini dengan nama html5.htm. Penambahan sifat-sifat seperti ini amat biasa dilakukan pada tag html. Jika fail ini dilihat dengan menggunakan browser html, anda akan dapati bahawa warna latarbelakang akan diwarnakan dengan warna putih. Nilai yang diberikan kepada sifat bgcolor iaitu #FFFFFF menentukan nilai untuk warna putih. Nilai ini adalah dalam bentuk sistem nombor perenambelasan. Untuk penjelasan lanjut mengenai nilai ini anda bolehlah merujuk ke topik warna.


Mewarnakan teks
Untuk mewarnakan teksnya pula, penambahan sifat text perlu dikenakan kepada tag body. Lihat contoh di bawah.
-mula----------------------------------
<html>
       <head>
                   <title> Laman Peribadi saya </title>
       </head>
       <body bgcolor="#FFFFFF" text="#FF0000">
                   <b>Ini adalah</b> laman <i>pertama</i> saya.
       </body>
</html>
-tamat----------------------------------

Simpan fail ini dengan nama html6.htm. Jika fail ini dilihat dengan menggunakan browser html, anda akan dapati teks di dalam laman itu akan diwarnakan dengan warna merah.


Latarbelakang bergambar
Selain daripada mewarnakan latar belakang dengan cuma satu warna, anda juga boleh menjadikan latarbelakangnya bergambar. Gambar tersebut akan di ulang supaya memenuhi keseluruhan ruang latar belakang. Fail imej anda iaitu imej.gif harus berada di dalam direktori yang sama dengan fail html anda.
-mula----------------------------------
<html>
       <head>
                   <title> Laman Peribadi saya </title>
       </head>
       <body text="#FF0000" background="imej.gif">
                   <b>Ini adalah</b> laman <i>pertama</i> saya.
       </body>
</html>
-tamat----------------------------------

Pemilihan warna latar belakang amat penting dalam rekaan laman html. Seharusnya anda tidak memilih warna yang terlalu gelap, kerana ia akan menjadikan perkataan menjadi sukar untuk dibaca. Kecualilah jika anda menukar warna teks menjadi warna terang. Pilih warna yang sesuai untuk laman anda.


left btn right btn