Bahagian-IV

Imej dalam HTML - II


 
Bagaimana cara untuk meletakkan imej di dalam laman saya?
Untuk meletakkan imej, tag img digunakan berserta sifat src di dalamnya. Tag ini tidak akan berfungsi jika tidak sifat src tidak disertakan sekali.
-mula----------------------------------
<html>
       <head>
                   <title> Laman Peribadi saya </title>
       </head>
       <body bgcolor="#FFFFFF" text="#000000">
                   <img src="img1.gif">
       </body>
</html>
-tamat----------------------------------

Simpan fail ini dengan nama html7.htm. Jika anda lihat nilai yang diberikan untuk sifat src, ia adalah nama fail imej yang hendak dipaparkan. Fail imej ini haruslah berada di dalam direktori/folder homepage yang anda telah buat berserta dengan fail html7.htm. Ini perlu kerana browser html anda akan membuat anggapan bahawa fail imej ini berada di direktori yang sama dengan fail html7.htm.

Jika anda hendak memindahkan fail html7.htm ke Komputer Pelayan hos tapak web atau pun kemana-mana direktori di komputer anda. Anda perlu memindahkan sekali fail imej tersebut.

Tag img ini tidak mempunyai penutup tag </img>. Tag ini adalah salah satu tag yang tidak mempunyai penutup tag. Disamping itu anda boleh perhatikan bahawa nama fail untuk fail imej ini saya namakan menggunakan huruf kecil. Ini kerana kebanyakan sistem Komputer Pelayan hos web membezakan nama fail antara huruf besar dan huruf kecil. Kita akan membincang dengan lebih lanjut lagi tentang perkara ini dalam laman seterusnya.


Sifat Height dan Width
Height dan width ialah sifat untuk menerangkan kepada browser berapa tinggi dan lebar saiz imej itu. Sifat ini digunakan jika anda mahukan saiz imej itu lain daripada yang telah ditetapkan oleh fail imej. Nilai ini adalah dalam bentuk piksel atau peratusan. Jika anda meletakkan nilai peratusan maka saiz imej tersebut akan dibesarkan atau dikecilkan mengikut peratusan dari saiz imej sebenar. Sama juga dengan nilai piksel, imej anda akan dikecilkan atau dibesarkan mengikut nilai piksel.
--------------------------------------------------
<img src="imej1.gif" width=468 height=60>
--------------------------------------------------
atau pun
--------------------------------------------------
<img src="imej1.gif" width=90% height=90%>
--------------------------------------------------


Sifat Alt
Sifat ini akan memaparkan paparan alternatif untuk imej anda jika pengguna mematikan fungsi Autoload Image. Paparan ini adalah dalam bentuk teks.
---------------------------------------------------
<img src="imej1.gif" width=468 height=60 alt="gambar untuk menu">
---------------------------------------------------

Sebagai contoh,
gambar untuk menu


Penjajaran Imej
Penjajaran imej ialah untuk menetapkan posisi imej anda ke kiri, kanan atau tengah. Ia dilakukan dengan menggunakan sifat align.
---------------------------------------------------
<img src="imej1.gif" align=right>
---------------------------------------------------

terdapat 8 nilai yang boleh diberikan kepada sifat align.

  • left
  • right
  • top
  • bottom
  • textop
  • middle
  • absmiddle
  • baseline
  • absbottom

Anda bolehlah membuat eksperimen ke atas nilai-nilai di atas.


Sempadan lutsinar
Sifat vspace dan hspace digunakan sebagai sempadan lutsinar. Nilai untuk lebar sempadan melintang(vspace) dan menegak(hspace) adalah dalam bentuk piksel.
------------------------------------------------------------------
<img src="imej.gif" vspace=20 hspace=20>
-----------------------------------------------------------------------

Imej ini menggunakan sifat
hspace=20 dan vspace=20


left btn right btn