|
Perihal Imej |
Penggunaan imej
merupakan salah satu cara untuk mencantikkan
hompej anda dan ianya merupakan elemen terpenting
dalam penyediaan hompej. Terdapat dua jenis fail
imej yang dibolehkan penggunaannya dalam hompej
anda.
- Format JPEG
atau JPG
- Format GIF
Fail-fail imej
jenis ini adalah jenis yang telah dimampatkan,
iaitu saiznya telah dikecil dengan cara
pemampatan yang telah ditetapkan. Fail jenis ini
digunakan kerana ia boleh digunakan pada
mana-mana sistem, sama ada Windows, Unix/Linux
atau Macintosh.
Sebagai
pengetahuan, Internet Explorer boleh menyokong
paparan imej jenis BMP atau PNG. Tetapi format
jenis ini tidak disokong oleh Netscape atau pun
Mosaic.
|
Format JPG dan JPEG |
Format JPG ialah
format dimana pemampatannya akan meninggalkan
penelitian sesuatu imej. Imej yang telah
dimampatkan dengan menggunakan cara pemampatan
ini akan kelihatan kabur sedikit (tidak kelihatan
pada mata kasar). Kesan kabur ini adalah kekal.
Penggunaan format JPG adalah baik untuk imej
gambar foto. Jika anda menggunakan imej yang
kebanyakannya berdasarkan garisan, adalah baik
jika anda menggunakan format GIF. |
Format GIF |
Format GIF ada
dalam 2 jenis, iaitu GIF87 dan GIF89a. Corak
pemampatan GIF87 dan GIF89a adalah sama, cuma
GIF89a membolehkan pengguna membuat latarbelakang
lutsinar. Terdapat juga jenis animated GIF yang
membolehkan anda membuat animasi pada halaman
hompej anda. Animated GIF ini sama dengan jenis
GIF89a atau GIF87 tetapi, dalam fail ini
terkandung beberapa lapisan gambar, dan HTML
browser pengunjung akan mempamerkan lapisan ini
satu demi satu untuk menunjukkan animasi
(seumpama filem). Contoh-contoh perisian khas
yang digunakan untuk membuat animated gif seperti
Gif Animator dan Animagic. Anda boleh mencari
perisian-perisian ini di www.download.com. Format gif ini juga terdiri
dari jenis Interlaced dan NonInterlaced.
Jenis Interlaced ialah format dimana
gambar yang akan dipaparkan secara kabur dan
kemudiannya penelitian akan dilakukan keatas
gambar tersebut. Jenis Non-Interlaced pula
ialah dimana gambar itu akan dipaparkan secara
barisan iaitu dari atas ke bawah.
|
Contoh Format Gif
Interlaced dan NonInterlaced |

Format Interlaced

Format Non-Interlaced
|
Contoh Format Gif
lutsinar |
Untuk imej
berformatkan jenis GIF, anda boleh membuatkan
warna latarbelakang imej tersebut lutsinar. Lihat
contoh di bawah. Imej asal. Selepas dilutsinarkan
latarbelakang.
Untuk membuat
kesan lutsinar ini, anda perlukan perisian
seperti Webimage (boleh didapati di www.download.com)
ataupun Microsoft Photo Editor. Malangnya
format JPG/JPEG tidak menyokong fungsi sebegini.
|
Pemilihan format yang
sesuai |
Dalam pemilihan
format imej, anda haruslah menggunakan format
imej yang sesuai untuk imej anda. Format GIF
sesuai untuk imej yang berdasarkan garisan
(gambarajah). Manakala format JPEG sesuai
untuk imej yang berdasarkan foto. Jika
menggunakan format yang tidak sesuai, besar
kemungkinan saiz fail anda menjadi semakin besar
dan tidak mencapai fungsi sebenarnya iaitu untuk
mengecilkan saiz fail imej. 
sesuai untuk format GIF

sesuai untuk format JPG/JPEG
|
|