Bahagian-IV

Imej dalam HTML - IV


 
Penyelesaian untuk pengguna Microsoft Frontpage
Untuk pengguna Microsoft Frontpage anda boleh melakukan kesilapan di bawah secara tidak sengaja. Untuk mendapatkan tetingkap Image Properties ini anda boleh klik butang kanan tetikus pada imej tersebut dan kemudian pilih menu Image Properties. Tetingkap di bawah akan keluar. Jika anda menukar imej dengan menggunakan Butang Browse dan memilih imej tersebut, besar kemungkinan imej anda akan dirujuk dengan nama fail imej di dalam cakera keras komputer anda. Lihat gambarajah di bawah. Cara ini tidak betul.

Sebagai penyelesaiannya, anda padam kesemua perkataan sebelum nama imej. Tinggalkan nama imejnya sahaja. Dan pastikan juga kesemua huruf adalah huruf kecil.


Oleh kerana anda telah merujuk imej dengan nama fail yang bermula dengan huruf kecil, maka pastikan anda memilih checkbox "change filename to lower case" di laman "File Manager Geocities" ketika memuat-naikkan fail-fail imej anda.


left btn right btn