Bahagian-V

Jalinan dalam HTML - I


 
Jalinan
Jalinan memainkan peranan penting dalam pembinaan hompej, dengan menggunakan jalinan, pengunjung hompej boleh bergerak dari satu laman ke satu laman yang lain dengan mudah. Anda boleh menjadikan imej, perkataan/ayat atau combo box sebagai jalinan. Anda juga boleh membuatkkan jalinan itu melompat ke mana-mana lokasi di dalam dokumen html atau ke satu lokasi di laman html yang lain. Tag yang diperlukan untuk jalinan ialah tag <a>.


Cara penggunaan jalinan
Tag yang diperlukan untuk mengaktifkan sesuatu gambar, perkataan atau ayat sebagi jalinan ialah tag <a>. Tag ini diberi nama sauh(atau dalam bahasa Inggerisnya, Anchor). Tag ini mempunyai pengakhiran </a>. Tag sauh ini tidak akan berfungsi jika anda tidak menyertakan sifat href pada tag tersebut. Sebagai contoh,
-mula----------------------------------
<html>
       <head>
                   <title> Laman Peribadi saya </title>
       </head>
       <body bgcolor="#FFFFFF">
                   <a href="html1.htm">Jika anda klik di sini, anda akan melompat ke fail html1.htm</a> 
       </body>
</html>
-tamat----------------------------------

Simpan fail ini sebagai fail html8.htm. Jika anda melihat fail ini dengan browser html anda, anda akan lihat ayat tersebut diwarnakan serta digariskan. Dan jika anda klik pada ayat tersebut fail html1.htm pula akan dipaparkan. Fail html1.htm ini pula hendaklah berada di dalam direktori yang sama degan fail html8.htm. Ini adalah caranya anda melompat ke laman-laman yang lain yang berada di dalam tapak web anda sendiri. Nilai untuk sifat href merujuk kepada URL (Uniform Resource Locator) atau namafail anda.

Perhatikan juga bahawa saya menulis nama fail dengan menggunakan huruf kecil. Sebabnya ialah kerana sistem komputer yang digunakan oleh Geocities (Sistem Unix) membezakan antara huruf besar dan huruf kecil. Oleh itu saya nasihatkan, rujuk fail anda dengan menggunakan huruf kecil. Dan ketika proses muat naik, anda tandakan checkbox "convert filename to lower case" semasa berada di laman File Manager Geocities. Penggunaan huruf kecil pada nama fail akan dapat mengelakkan kekeliruan apabila berlaku sebarang masalah nanti. Lihat contoh.


Saya hendak membuat jalinan ke laman anda.
Lihat contoh di bawah.
-mula----------------------------------
<html>
       <head>
                   <title> Laman Peribadi saya </title>
       </head>
       <body bgcolor="#FFFFFF">
                   <a href="http://www.oocities.org/SiliconValley/Vista/2459/tutorial/htmlidx.htm">Ke tutorial html</a> 
       </body>
</html>
-tamat----------------------------------

Simpan fail ini sebagai fail html9.htm.


Saya cuma mahu satu perkataan sahaja dijadikan jalinan.
Anda buat begini
-mula----------------------------------
<html>
       <head>
                   <title> Laman Peribadi saya </title>
       </head>
       <body bgcolor="#FFFFFF">
                   Jika anda klik di sini, anda akan melompat ke fail <a href="html1.htm">html1.htm</a> 
       </body>
</html>
-tamat----------------------------------

left btn right btn