Bahagian-VI

Pemformatan Teks - II

Penggunaan Senarai
Senarai merupakan salah satu cara yang kemas untuk menyusun infomasi di dalam hompej anda. Untuk membuat senarai seperti di bawah
• Bahasa Pengaturcaraan Logo
• Bahasa Pengaturcaraan Basic
• Bahasa Pengaturcaraan C
• Bahasa Pengaturcaraan C++
• Bahasa Pengaturcaraan JAVA

Untuk melakukan seperti di atas anda boleh menggunakan tag

; dan tag

. Perhatian!, kedua-dua tag ini berkerjasama untuk menjalankan fungsi seperti di atas. Contoh kod yang diperlukan untuk membuat senarai seperti di atas.

Bahasa Pengaturcaraan Logo

Bahasa Pengaturcaraan Basic

Bahasa Pengaturcaraan C

Bahasa Pengaturcaraan C++

Bahasa Pengaturcaraan JAVA

Anda juga boleh menggantikan titik-titik itu dengan nombor, seperti di bawah. Anda hanya perlu menggantikan tag
dengan tag

1. Bahasa Pengaturcaraan Logo
2. Bahasa Pengaturcaraan Basic
3. Bahasa Pengaturcaraan C
4. Bahasa Pengaturcaraan C++
5. Bahasa Pengaturcaraan JAVA

Kod yang sama diubahsuai.

Bahasa Pengaturcaraan Logo

Bahasa Pengaturcaraan Basic

Bahasa Pengaturcaraan C

Bahasa Pengaturcaraan C++

Bahasa Pengaturcaraan JAVA

Jika anda mahu menghilangkan titik-titik atau nombor seperti di bawah.

Bahasa Pengaturcaraan Logo
Bahasa Pengaturcaraan Basic
Bahasa Pengaturcaraan C
Bahasa Pengaturcaraan C++
Bahasa Pengaturcaraan JAVA

Kod yang diubahsuai untuk kali kedua, kali ini tag
digunakan untuk menggantikan tag
dan tag
digantikan dengan tag

Bahasa Pengaturcaraan Logo

Bahasa Pengaturcaraan Basic

Bahasa Pengaturcaraan C

Bahasa Pengaturcaraan C++

Bahasa Pengaturcaraan JAVA

Senang bukan. disamping itu anda juga boleh meletakkan senarai di dalam senarai. Sebagai contoh,

• Bahasa Pengaturcaraan Logo
• Senang
• Mudah
• Untuk Permulaan
• Bahasa Pengaturcaraan Basic
• Bahasa Pengaturcaraan C
• Bahasa Pengaturcaraan C++
• Bahasa Pengaturcaraan JAVA

Bahasa Pengaturcaraan Logo

Senang

Mudah

Untuk Permulaan

Bahasa Pengaturcaraan Basic

Bahasa Pengaturcaraan C

Bahasa Pengaturcaraan C++

Bahasa Pengaturcaraan JAVA

left btn right btn