|
Pemformatan Teks |
Terdapat banyak
cara untuk memformatkan teks. Pemformatan teks
ini seperti bold, italic,
subscript, superscript yang biasa anda lakukan dengan
menggunakan Microsoft Word atau Word Perfect
boleh juga dilakukan dalam dokumen html cuma
caranya berbeza. Pada bahagian bawah laman ini
terdapat jalinan ke satu laman contoh yang
mengandungi kesemua cara formatan teks yang akan
diterangkan. Jika anda biasa menggunakan Microsoft
Word atau Word Perfect maka masalah
tidak timbul untuk menggunakan formatan teks
seperti di bawah. |
Corak Paparan Teks |
Untuk memaparkan
sifat bold, italic atau superscript pada laman
html, tag-tag digunakan. Cuba lihat contoh-contoh
di bawah.
<b>....</b> |
Teks yang terkandung antara
tag disebelah akan diboldkan |
<blink>....</blink> |
Menjadikan perkatan itu
berkelip-kelip. Perhatian!, jika anda
mengelipkan keseluruhan ayat, maka ayat
itu susah hendak dibaca!. Disamping itu,
tag blink ini disokong oleh Netscape
Navigator sahaja. |
<i>....</i> |
Teks ini akan disendengkan. |
<sub>....</sub> |
Teks di dalam lingkungan ini
akan disubsciptkan. |
<sup>....</sup> |
Teks di dalam lingkungan ini
akan disupersciptkan. |
<u>....</u> |
Teks ini akan digariskan. |
<cite>....</cite>
<code>....</code>
<em>....</em>
<kbd>....</kbd>
<samp>....</samp>
<strong>....</strong>
<var>....</var>
<big>....<big>
<small>....</small>
<tt>....</tt>
|
Kesemua tag-tag ini
mempunyai sifat pencorakannya yang
tersendiri. Anda bolehlah melihat contoh
yang disediakan untuk membezakan
sifat-sifatnya. |
|
Contoh |
Klik di sini untuk melihat contoh
formatan di atas. |
Fon Teks |
Jika anda tahu
menggunakan Microsoft Word, anda pasti telah
berjaya menggunakan fon-fon yang berlainan pada
dokumen Word anda. HTML juga boleh menggunakan
fon yang berlainan. Caranya ialah dengan
penggunaan tag <font>...</font>.
Tag font ini tidak akan berfungsi tanpa
penggunaan sifat face. -----------------------------------------------------------------------
<font face="Arial, Times New Roman, Lucida Sans">
perkataan ini telah ditetapkan fon nya</font>
-----------------------------------------------------------------------
Jika anda
perhatikan, terdapat 3 nilai untuk sifat face.
Ini bermaksud, jika komputer pengunjung itu tidak
mempunyai fon Arial, maka browser pengunjung akan
mencari fon Times New Roman, jika tiada maka
Lucida Sans akan menjadi penggantinya. Kalau
ketiga-tiga jenis fon itu tidak ada, maka browser
akan menggantinya dengan apa yang patut. Tidak
ada had untuk bilangan fon yang boleh diletakkan.
Jika anda tidak meletakkan sifat face maka fon
yang digunakan ditetapkan oleh configurasi
komputer pengunjung.
|
Warna Teks |
Untuk menjadikan
teks berwarna, sifat color dikenakan
kepada tag <font>. Terdapat 256
warna yang boleh digunakan untuk mewarnakan
perkataan. Lihat contoh di bawah. -----------------------------------------------------------------------
<font color="#FF0000">ayat ini berwarna merah</font>
-----------------------------------------------------------------------
Jika anda tidak
faham dengan nilai yang diberikan kepada sifat
color, sila rujuk topik warna.
|
Saiz Teks |
Untuk menjadikan
saiz teks lebih besar atau lebih kecil dari
biasa. Anda boleh menggunakan sifat size
pada tag font. Contoh, -----------------------------------------------------------------------
<font size=4>ayat ini bersaiz 4</font>
-----------------------------------------------------------------------
Terdapat 1 hingga
7 nilai saiz yang boleh digunakan untuk sifat size
ini dan nilai 1 merujuk kepada saiz yang
paling kecil.
|
Bagaimana hendak
memulakan ayat pada baris baru? |
Untuk memulakan
ayat pada baris baru, anda bolehlah menggunakan
tag <br>. Jika anda meletakkan tag
ini, ia seumpama menekan butang Enter pada
Microsoft Word. Contoh. -----------------------------------------------------------------------
baris pertama<br>Ayat ini akan bermula pada baris berikutnya.
-----------------------------------------------------------------------
|
Bagaimana hendak
mengenengahkan ayat? |
Untuk
mengenengahkan ayat, anda perlu menggunakan tag <center>...</center>.
Tag center ini berfungsi untuk mengenengahkan apa
saja yang berada di dalamnya, seperti imej,
jadual, teks dan berbagai lagi. Contoh. -----------------------------------------------------------------------
<center>ayat ini berada di tengah</center>
-----------------------------------------------------------------------
Untuk menjajarkan
teks ke kiri atau ke kanan, sila rujuk topik
perenggan.
|
Bagaimana hendak
memaparkan huruf istimewa? |
Huruf istimewa
ialah huruf-huruf yang tidak ada pada papan
kekunci(keyboard) komputer anda. Untuk memaparkan
huruf istimewa anda perlu menggunakan cara lain.
Huruf-huruf seperti © harus ditaip dengan
menggunakan © dan browser pengunjung
akan menterjemahkan perkataan © kepada
©. Di bawah merupakan jalinan kepada senarai
simbol yang boleh digunakan.
Senarai huruf istimewa |
|