Bahagian-VIII

Bingkai di laman HTML - II


 
Penerangan untuk fail index.htm
----------------------------------------
<html>
<head></head>
<frameset cols="10%,90%">
        <frame src="menu.htm" name="ruanganmenu">
        <frame src="isi1.htm" name="ruanganisi">
</frameset>
</html>
----------------------------------------
nota: simpan fail ini sebagai index.htm

Jika kita lihat fail index.htm di atas. Ia merupakan fail yang berfungsi untuk membahagikan skrin kepada 2 bahagian. Bahagian pertama, yang mempunyai saiz 10% dari saiz skrin, dan dinamakan bahagian tersebut ruanganmenu (anda boleh menamakan bahagian ini selain dari ruanganmenu, bergantung kepada citarasa anda). Bahagian kedua pula mempunyai saiz 90% dari saiz skrin dan dinamakan ruanganisi.


Mana tag body?
Jika kita perhatikan kod di atas, selepas sahaja tag <head> terdapat tag <frame>. Tag <body> tidak diperlukan di dalam fail index.htm ini, kerana index.htm tidak akan memaparkan apa-apa. Ia cuma digunakan untuk menetapkan pembahagian, paparan dilakukan dengan meletakkan fail-fail html lain di ruangannya.


Bagaimana untuk membahagikan laman?
Pembahagian laman dilakukan dengan mengggunakan tag frameset. Selepas sahaja tag frameset, ia disusuli dengan sifat cols dan ia mempunyai 2 nilai iaitu 10% dan 90%. Oleh kerana terdapat 2 nilai sifat cols ini, ia bermaksud untuk bahagikan 2 ruang mengikut lajur dimana saiz lajur itu adalah 10% dan 90%. Terdapat berbagai cara lagi untuk membahagikan laman mengikut baris dan lajur. Ia akan dibincangkan kemudian.


Ruangan telah ditetapkan, apa lagi yang harus dilakukan?
Selepas tag ini terdapat tag-tag frame, yang berfungsi untuk menentukan nama serta sifat ruangan-ruangan tersebut. Tag frame yang pertama adalah untuk ruangan bersaiz 10% (kerana nilai 10% berada di posisi depan) dan tag frame yang kedua adalah untuk ruangan bersaiz 90%. Ruangan-ruangan ini dinamakan ( dengan menggunakan sifat name ) untuk memudahkan kita menukar isinya kelak. Buat pertama kali ruangan tersebut akan diisi dengan fail html yang telah ditentukan melalui sifat src. Kelak jika kita mahu mengubah isi kandungan ruangan tersebut, ianya boleh dilakukan dan akan dibincangkan di laman seterusnya.

left btn right btn