Bahagian-IX

Jadual di dalam HTML - IV


 
Sifat untuk <table>
Sifat yang anda boleh gunakan untuk memformatkan jadual anda.
  • cellspacing
    Jarak antara sel
  • cellpadding
    Jarak sempadan dengan isi sel
  • border
    Saiz sempadan.
  • bgcolor
    Nilai untuk bgcolor ialah warna latarbelakang untuk jadual yang berkenaan. Sila lihat topik warna untuk mengetahui nilai-nilai yang diberikan kepada sifat ini.
  • align
    digunakan untuk meletakkan jadual anda ketengah, kekiri atau kekanan. Nilai yang diberikan ialah
    center, right atau left.
  • width
    digunakan untuk menetapkan lebar jadual. Anda boleh gunakan nilai dalam bentuk piksel atau bentuk peratusan.
  • height
    digunakan untuk menetapkan tinggi jadual. Anda boleh gunakan nilai dalam bentuk piksel atau bentuk peratusan. Sifat ini hanya disokong oleh Internet Explorer.
Sifat untuk <tr>
Sifat yang anda boleh gunakan untuk memformatkan baris anda adalah seperti di bawah.
  • align
    Pemasukan sifat align ialah untuk memformatkan data-data(imej atau teks) di dalam baris anda. Anda boleh meletakkannya ke kiri, ke tengah atau ke kanan sel berdasarkan nilai-nilai yang akan diberikan kepada sifat ini. Nilai-nilai yang diberikan ialah nilai
    left, center, atau right.
  • valign
    Sifat valign mempunyai tugas yang sama seperti sifat align cuma ia akan memformatkan data untuk corak formatan ke atas, ke tengah dan ke bawah. Nilai yang diberikan ialah
    middle, top atau bottom.
  • bgcolor
    Nilai untuk bgcolor ialah warna latarbelakang untuk sel yang berkenaan. Sila lihat topik warna untuk mengetahui nilai-nilai yang diberikan kepada sifat ini.


Sifat untuk <td>
Sifat yang anda boleh gunakan untuk memformatkan lajur anda adalah seperti di bawah.
  • bgcolor
    bgcolor ialah warna latarbelakang untuk sel yang berkenaan. Sila lihat topik warna untuk mengetahui nilai-nilai yang diberikan kepada sifat ini.
  • align
    Pemasukan sifat align ialah untuk memformatkan data-data di dalam sel anda. Anda boleh meletakkannya ke kiri, ke tengah atau ke kanan sel berdasarkan nilai-nilai yang akan diberikan kepada sifat ini. . Nilai-nilai yang diberikan ialah nilai
    left, center, atau right.
  • valign
    Sifat valign mempunyai tugas yang sama seperti sifat align cuma ia akan memformatkan data untuk corak formatan ke atas, ke tengah dan ke bawah. Nilai yang diberikan ialah
    middle, top atau bottom.
  • width
    digunakan untuk menetapkan lebar sel. Anda boleh gunakan nilai dalam bentuk piksel atau bentuk peratusan.

Perhatian : jika anda telah menetapkan sifat align atau valign pada tag <tr>, maka dengan penggunakan sifat align atau valign pada tag <td> akan menghapuskan corak performatan pada tag <tr>.


Jadual di dalam jadual
Untuk membuat jadual di dalam jadual, ianya mudah. Caranya, diantara tag <td>...</td> anda letakkan tag table di dalamnya.
 
Data di dalam jadual B
Data didalam jadual B
   

Kod yang diperlukan untuk mereka bentuk jadual di atas

-----------------------------------
<table border=1>
    <tr>
         <td>&nbsp;</td>
         <td>

            <table border=1>
            <tr><td>&nbsp;</td></tr>
            <tr><td>&nbsp;</td></tr>
            </table>

         </td>
    </tr>

    <tr>
        <td>&nbsp;</td>
        <td>&nbsp;</td>
    </tr>
</table>
----------------------------------


Kesimpulan
Diharapkan anda sudah pun dapat menguasai tag-tag yang melibatkan jadual.

left btn right btn