Bahagian-X

Penggunaan Borang - I


 
Borang
Penggunaan borang adalah satu cara yang amat sesuai untuk mengambil data-data daripada pengunjung. Kebiasaannya, syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan melalui Internet akan mengambil butir-butir peribadi pengunjung dan menyimpannya di dalam pangkalan data syarikat tersebut. Ataupun, ada juga syarikat yang menjalankan perniagaan bercorak interaktif di Internet, sebagai contoh Hotmail, Yahoo mail, Rocketmail dan sebagainya.

Untuk memanupulasikan data-data yang diambil dari pengunjung web mereka, Pelayan Web khas diperlukan. Pelayan Web ini telah di tetapkan untuk menjalankan tugas-tugas untuk infomasi yang diterima dari pengunjung. Sebagai pengguna Geocities, anda tidak dibenarkan untuk membuat interaktif seperti ini. Ini untuk mengelakkan dari adanya ahli-ahli Geocities yang melakukan perniagaan berdasarkan Internet. Walaubagaimanapun, Geocities telah bermurah hati untuk membekalkan ahlinya dengan khidmat form posting. Dengan menggunakan khidmat ini, anda boleh mencipta borang pada laman web anda untuk mengambil infomasi dari pengunjung, ataupun menjalankan kajiselidik dan apabila pengunjung menekan butang Submit, maka segala infomasi yang anda mahukan dari pengunjung akan diposkan kepada anda melalui e-mail.

Penggunaan borang dilakukan dengan penggunaan tag <form>..</form>. Segala yang terkandung di dalam tag <form> dan </form> akan ditafsirkan sebagai borang.

Untuk membuatkan segala informasi borang tersebut diposkan kepada anda maka anda perlu letakkan kod di bawah. Member name ialah nama ahli anda(login) di geocities.


-----------------------------------
<form method=post action="/cgi-bin/homestead/mail.pl?member_name">
...
...
...
...
</form>
-----------------------------------

Input Box
Ini adalah untuk permulaan yang paling ringkas. Input Box, disini anda boleh mengambil butir-butir am daripada pengunjung, sebagai contoh, nama pengunjung tersebut.

Sila masukkan nama anda

Kod yang digunakan untuk memaparkan Input Box di atas ialah.


<form>
Sila masukkan nama anda
<input type="text" name="first_name" VALUE="Ahmad Hafiz" size="10" maxlength="15">
</form>

Tag yang digunakan ialah tag <input>. Tag ini tidak mempunyai penutupnya. Sifat-sifat yang digunakan ialah sifat

  • type
    Disini kita menggunakan nilai "text", terdapat beberapa nilai lagi yang boleh diberikan kepada sifat type ini dan akan diterangkan kemudian.
  • name
    Nama perlu diberikan kepada elemen ini supaya pelayan web boleh mengenalpasti elemen-elemen yang hendak diproses.
  • value
    Nilai yang diberikan kepada sifat ini akan dipaparkan.
  • size
    Lebar Input Box ini, nilai yang diberikan ialah jumlah huruf yang akan dipaparkan pada satu masa.
  • maxlength
    Maksimum huruf yang dibenarkan untuk input.


TextArea
Jika melalui contoh di atas pengunjung hanya boleh masukkan satu barisan teks sahaja, maka melalui contoh di bawah, pengunjung boleh memasukkan informasi lebih dari satu baris.

Masukkan komen anda di sini:


-----------------------------------
<form method="post" action="/cgi-bin/homestead/mail.pl?member_name">
Masukkan komen anda di sini:<br>
<textarea name="feedback" rows="3" cols="40">
Hai, sila taip komen anda di sini.
</textarea>
</form>
-----------------------------------

Tag yang digunakan ialah tag <textarea>...</textarea>, manakala sifat-sifat yang digunakan ialah sifat.

  • name
    Seperti biasa, setiap elemen perlu dinamakan
  • rows
    Baris yang akan dipaparkan
  • cols
    Lajur yang akan dipaparkan


Check Box
Check box berguna supaya pengunjung boleh memilih pilihan yang telah anda tetapkan. Tag yang digunakan ialah tag <input>, tetapi sifat nilai untuk sifat type telah ditukar kepada checkbox.

Tapak web saya di geocities
Ya, saya perlukan bantuan

Kod yang digunakan....


-----------------------------------
<form method="post" action="/cgi-bin/homestead/mail.pl?member_name">
<input type="checkbox" name="tapakweb" checked>Tapak web saya di geocities<br>
<input type="checkbox" name="bantuan">Ya, saya perlukan bantuan<br>
</form>
-----------------------------------

Sifat-sifat yang digunakan

  • type
    Di sini, nilai checkbox digunakan untuk sifat type.
  • name
    Seperti biasa nama untuk elemen ini
  • checked
    Ini akan membuatkan pilihan untuk ditandakan awal-awal lagi.


Radio Button
Pilihan seperti ini, membuatkan pengunjung hanya boleh memilih antara satu pilihan-pilihan yang anda telah tetapkan. Tag yang digunakan ialah tag <input>, dan untuk sifat type pula digunakan nilai radio.
Tentukan Jantina: Lelaki Perempuan
Tentukan Warna: Biru Merah Kuning

Kod yang digunakan


-------------------------------------
<form method="post" action="/cgi-bin/homestead/mail.pl?member_name">
<dl>
<dd>Tentukan Jantina:
<input type="radio" name="jantina" value="Lelaki" checked>Lelaki
<input type="radio" name="jantina" value="Perempuan">Perempuan
<dd>Tentukan Warna:
<input type="radio" name="warna" value="Biru" checked>Biru
<input type="radio" name="warna" value="Merah">Merah
<input type="radio" name="warna" value="Kuning">Kuning
</dl>
</form>
-------------------------------------

left btn right btn