Bahagian-X

Penggunaan Borang - II


 
Combo Box
Jika anda mahukan penggunaan Combo Box pada borang anda seperti di bawah, maka anda perlu gunakan tag <select>...</select>. Diantara tag <select>...</select> ini diletakkan tag <option> untuk meletakkan pilihan-pilihan yang bakal dipilih oleh pengunjung.

Dari mana anda mengetahui laman saya

Kod yang digunakan

-----------------------------------
<form method="post" action="/cgi-bin/homestead/mail.pl?member_name">
Dari mana anda mengetahui laman saya
<select name="darimana">
<option value="yahoo" selected>Yahoo
<option value="altavista">AltaVista
<option value="webcrawler">WebCrawler
<option value="excite">Excite
</select>
</form>
-----------------------------------

Sifat yang digunakan untuk tag select

  • name
    Seperti biasa, setiap elemen perlu dinamakan

Sifat yang digunakan untuk tag option

  • value
    Nilai untuk elemen select apabila pengunjung memilih pilihan-pilihan tersebut
  • selected
    Penggunaan sifat ini, akan membuatkan pilihan ini dipilih awal-awal lagi.


Selection Box
Penggunaan Selection Box adalah sama dengan penggunaan Combo Box, cuma cara paparannya yang berbeza. Terdapat sedikit penambahan sifat dalam penggunaan Selection Box iaitu pemasukkan sifat multiple dan sifat size. Tiada nilai yang diberikan kepada sifat multiple kerana kewujudan sifat multiple sahaja sudah cukup untuk menukarkan corak paparan daripada combo box ke Selection Box. Manakala nilai yang diberikan untuk sifat size ialah jumlah baris pilihan yang akan dipaparan untuk satu masa.

Dari mana anda mengetahui laman saya

Kod yang digunakan

-----------------------------------
<form method="post" action="/cgi-bin/homestead/mail.pl?member_name">
Dari mana anda mengetahui laman saya
<select name="darimanaselection" multiple size=3>
<option value="yahoo" selected>Yahoo
<option value="altavista">AltaVista
<option value="webcrawler">WebCrawler
<option value="excite">Excite
</select>
</form>
-----------------------------------


Butang
Ini merupakan elemen yang terpenting sekali, tanpa elemen ini, segala yang anda lakukan hanyalah sia-sia belaka. Terdapat dua jenis butang yang anda boleh gunakan. Pertama butang submit dan kedua butang menghantar infomasi di dalam borang anda reset. Butang submit ini bertujuan untuk kepada e-mail anda manakala butang pula akan menghilangkan semua informasi supaya reset anda boleh mengisinya semula.

Taip sesuatu di sini

Kod yang digunakan

------------------------------
<form method="post" action="/cgi-bin/homestead/mail.pl?member_name">
Taip sesuatu di sini <input type="text"><br>
<input type="reset" value="Isi semula">
<input type="submit" value="Hantar">
</form>
------------------------------

left btn right btn