SEJARAH SEKOLAH

       Sekolah Kebangsaan  Seri Cheras pada mulanya terletak di bawah Flat Seri Seri Sabah iaitu bangunan  milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Pada asalnya bangunan ini di beri nama  Sekolah Kebangsaan Batu  3  1/2, Jalan Cheras , Kuala Lumpur dan lebih dikenali dengan sekolah bawah flat.

        Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Januari tahun 1987 dengan guru besarnya yang pertama iaitu Tn. Hj. Ilyas B. Hj Musa   PPN.  Sekolah ini di buka kerana merasakan pentingnya di adakan sebuah sekolah yang  berhampiran dengan kawasan perumahan  DBKL. Walaubagaimana pun kerana  ketiadaan kawasan untuk membena bangunan sekolah maka  sekolah ini menumpang  di bawah Flat Seri Sabah 3B.

        Murid-murid sekolah ini kebanyakannya  tinggal di persekitaran rumah Pangsa Seri Sabah, Seri Melaka, Pulau Pinang, Seri Johor dan kawasan persekitarannya.. Guru Besar yang  ke dua ialah En. Mohd Zain b. Kassim, diikuti oleh En. Mustapha b Rapii, dan yang terakhir Pn. Parti Bt Leber. Sekolah ini kemudiannya berpindah ke bangunan baru sekarang pada Januari tahun 2000. Pembinaan bangunan sekolah baru  ini adalah kerana  keperluan untuk menyediakan  kemudahan pembelajaran yang lebih selesa kepada murid dan desakan daripada Persatuan Penduduk dan orang ramai. PIBG telah bertindak mengadakan memorundam bagi mendesak  didirikan bangunan sekolah baru.

          Bangunan Sekolah Kebangsaan Seri Cheras, KM 5 Jalan Cheras, Kuala Lumpur terletak berhampiran dengan sekolah lama. Guru Besarnya yang pertama ialah Pn. Khatijah Bt. Mohammed  dan diikuti oleh Pn Normah Bt Anang yang sedang berkhidmat sekarang ini. Jumlah guru sekolah ini ialah seramai 51 orang. Murid sekolah ini berjumlah 1143 orang pada masa  ini  yang terdiri daripada  kaum melayu dan India. sekolah ini mempunyai dia sesi iaitu Pagi untuk murid tahap dua  iaitu Tahun 4, 5 dan 6  manakala  di sebelah petang pula tahap satu yang terdiri daripada Tahun 1, 2 dan 3.
 
 

| Sekapur Sirih | Ucapan Guru Besar | Sejarah | Visi dan Misi | Lokasi | Carta Organisasi | Warga Pendidik | Warga Sekolah |
| Aktiviti | Maklumbalas | E-mel | Muka Depan |


Hakcipta Terpelihara @ 2002 - Sek. Keb, Seri Cheras