![]() |
![]() |
LAMAN UTAMA > SEJARAH > LOKASI & PELAN > STAFF & MURID >TAKWIM > GALERI |
|
Sejarah SekolahSekolah Kebangsaan Sualok ditubuhkan pada tahun 1968 oleh En. Bintang Tiging dengan kerjasama penduduk kampung. Nama Sualok diambil sempena nama Kampung Sualok. Mereka membina sebuah bangunan sekolah yang mempunyai bilik darjah berdinding bambu, atap zink dan berlantaikan tanah. Pada masa tersebut yuran sebanyak RM3.50 dikenakan kepada murid-murid yang bersekolah di sini. Kutipan yuran tersebut digunakan untuk membayar gaji tiga orang tenaga pengajar persendirian iaitu En. Sangau Panggaga, En. Razak Bandingan dan En. Mastari Tarakok. Pada waktu itu hanya seorang guru sahaja yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS) iaitu En. Sundang Anum. Pada 1972, JPNS telah membina sebuah bangunan sekolah, sebuah rumah guru dan dua buah tandas. Pada tahun berikutnya 1973, JPNS serta melantik dan menghantar seorang guru untuk bertugas di SK Sualok. Pertambahan bilangan murid kian ketara setiap tahun namun keadaan bilik darjah kurang selesa, kecil dan sempit. Tahun 1976, pihak JPNS telah membina sebuah bangunan tambahan dengan dua buah bilik darjah, sebuah stor, dua buah tandas dan sebuah rumah guru. Pembinaan sebuah bangunan yang seterusnya telah dilakukan dalam tahun 1982 di mana bangunan tersebut mempunyai 4 bilik darjah, sebuah makmal sains, sebuah bilik guru, bilik guru besar dan sebuah stor buku. Bangunan sekolah yang dibina pada tahun 1976 telah roboh akibat dilanda ribut pada tahun 1985. Bagi mengatasi kekurangan bilik darjah, bilik makmal sains telah diubahsuai menjadi sebuah biliMarch 3, 2008 8:16 AMtahun 2002, sebuah bangunan konkrit yang mengandungi empat bilik darjah telah dibina dan digunakan sehingga kini. Sumber: Blueprint 1996-1998
Sumber: En. Baung Hj. Titing |
Last updated
:
February 27, 2008 9:58 PM
©Sualok. webmaster