Bahasa
Melayu Pelbagai Versi
Siapa
Harus Disalahkan?
Gejala pencemaran bahasa Melayu kian menjadi sejak akhir-akhir ini. Lebih memburukkan lagi media elektronik dan cetak juga seolah-olah menggalakkan penceramaran bahasa ini supaya terus diterima pakai sebagai percakapan harian.
Di mana letaknya martabat kita sebagai bangsa Melayu?
Kita berkuasa untuk memastikan bahasa Melayu didaulatkan sebagai bahasa kebangsaan. Tetapi kita tidak lakukan. Apakah kita tidak berbangga dengan bahasa kita?
Apa sudah jadi dengan peraturan memastikan bahasa Malaysia di papan-papan tanda perniagaan?
Lebih memburukkan lagi iklan-iklan yang disiarkan dalam NTV7, TV3 dan tidak kurang juga RTM bukan sahaja menggunakan bahasa Inggeris atau Cina malah para pelakonnya juga tidak mencerminkan masyarakat pelbagai kaum di negara ini yang didominasikan oleh bangsa Melayu.
Apakah pemimpin kita buat dalam perkara ini.
Di bawah ini ada beberapa ungkapan percakapan remaja Melayu masa kini yang boleh kita renungkan bersama.
Bahagian A adalah cara percakapan semasa zaman Kesultanan Melayu manakala
B pula zaman sekarang dan C cara perbualan remaja Melayu masa kini.
1. | A: | Ingin hamba sampaikan bahawa sesungguhnya memadailah dengan hanya menepuk di bahagian anggota tanpa meninggalkan kesan. |
B: | Saya ingin nasihatkan awak kalau nak pukul, jangan sampai ada bekas. | |
C: | Wa cakap sama lu... Lu kalau mao kropok dia...lu kropok jangan kasi lebam beb. |
2. | A: | Sungguh mengecewakan peradaban tuan hamba di depan majlis ini. |
B: | Kurang ajar sungguh awak ni | |
C: | Oi Kakak kao punyer laki ahhh! Kong ajar eh? Babi punyer budak! |
3. | A: | Sesungguhnya hamba masih mengharap balasan kasih dari tuan hamba... akan tetapi, hamba tidak ingin memaksa tuan hamba untuk membuat keputusan. |
B: | Cinta aku belum lagi berbalas... berilah aku peluang kali ini untuk mengisi ruang hati mu. | |
C: | Beb... wa tak mu jiwa-jiwa sama lu... tapi wa suah cintan rabak sama lu... wa takut wa takleh tahan nanti wa terdugong ..please ahhhhh. |
4. | A: | Sayugia diingatkan bahawa sesungguhnya tarikh masuknya permulaan bulan Syawal ialah esok... dari itu hari ini merupakan hari penggenap Ramadan. |
B: | Di sini diumumkan bahawa besok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri | |
C: | Ooi!!!!!! Besok dah tak payahposer! yaahhooooooooooo!!!!!! |
5. | A: | Adalah menjadi harapan hamba sekiranya dapat hamba bersama-sama tuan sekalian ke majlis keramaian itu kelak. |
B: | Saya ingin bersama-sama anda ke majlis itu... boleh tak? | |
C: | Hoi penyapu! Korang tunggu aku tau... aku pun nak ikut. |
6. | A: | Barang siapa yang telah dengan tanpa segan dan silu melakukan sesuatu kemungkaran... maka... atas dirinya akan dibalas kemungkaran. |
B: | Siapa yang berbuat jahat akan dihukum. | |
C: | Siapa yang tunjoh terer kat sini aku kompang sampai mati... bedek takda... jangan memain dengan aku hah. |
7. | A: | Sapa yang tunjok terer kat sini aku kompang sampai mati... bedek takda... jangan memain dengan aku hah. |
B: | Dia sungguh hebat sekali | |
C: | Mak kao! Pawer sial! |
- Kembali ke muka utama |