[MUKA DEPAN]     [GOSIP]     [HANTAR CADANGAN]  [EMAIL]

Gosip!...  Gosip!...  Gosip!...  Gosip!...


Siapa Taja Pemuda Gombak Ke Medan?
Cerita trip ke Medan ni, kalau ditulis nanti orang kata sudah cerita basi. Tapi kalau Pak Abu tak tulis, nanti kita tak sebarkan nasihat pucuk pimpinan parti kita.

Jadi terpaksa jugalah Pak Abu tulis, apatah lagi Tan Sri Muhyiddin baru-baru ni dah canang kepada ahli UMNO supaya jangan sibuk nak berkempen awal.

Betulkan jentera parti yang dah hampir rosak pada pilihan raya dulu.
Baru-baru ini Pak Abu dengar, ada orang taja 68
orang pergi bersantai di Medan. “Waduh... enak ya bung.”

Cuba bayangkan kalau sorang, di taja tiket penerbangan dan hotel saja pun dah makan  dekat RM500 sehari. Ini kan pulak satu gerombolan.
 Tambah-tambah lagi takkan dia orang nak pergi sehari, paling kurang pun tiga hari, baru syok. Tapi yang tak syok pula, dengar-dengar orang yang taja itu tokoh yang kita kenal.

Banyak juga duit dia sampai berduyun pergi Medan. Entah-entah lepas ni terutama dekat dengan bulan Januari tahun depan lagi ramai yang akan pergi ke Medan.

Misi dan matlamatnya agak semua orang dah tahu. Sebagai pemimpin yang dihormati, sepatutnya dia tunjuk teladan yang baik, patuh arahan parti.

Tapi apa nak buat, orang banyak duit, semua dia nak beli...

Abu Sayap - Tunggu siapa nak hulur bantuan buat Suara Hulu Kelang ni.


Sendawa Durian Di Dusun Basri
Kalau sorang kawan tu boleh taja orang pergi melancong, yang kawan sorang lagi ni tak mahu kalah. Dia taja juga orang, tapi jamu dengan buah durian di Dusun  Basri dekat Sungai Pusu.

Sendawa dan kentut orang yang dijamunya semua dah berbau durian... Kata orang yang pergi makan durian empunya cerita, mereka seronok pergi ke sana. Ada pula mendoakan semoga tahun depan bertambahlah lagi rezeki buah durian tuan punya dusun tu.

Abu Sayap - Tak boleh makan banyak durian, takut semput.


Lain Dinanti, Lain Pula Yang Muncul
 Selepas sembilan bulan tak nampak muka, tiba-tiba orang di tiga buah kampung dikejutkan dengan kemunculan tetamu istimewa.

Menurut orang yang ‘bawa mulut’ kepada Pak Abu,  orang yang mereka tunggu ialah YDP MPAJ. Mereka bercadang nak berbincang pelbagai masalah antara rakyat dengan MPAJ.

Tetapi dia tak dapat hadir, jadi tempatnya diganti oleh orang lain. Jadi orang yang tiba-tiba jadi tetamu istimewa itu ialah bekas wakil rakyat kita, Datuk Fuad Hassan.

Wah bukan main seronok Fuad nampaknya, kedatangannya disambut oleh penduduk ketiga-tiga kampung tersebut...
 Baguslah begitu hendaknya hubungan antara pemimpin dengan rakyat.
 Walaupun kalah, Fuad mesti selalu  turun padang dan jenguk-jenguk orang bawah.

Tapi yang penting, lain kali Fuad janganlah jadi ‘pemain gantian’, kita nak Fuad jadi striker dalam isu rakyat Hulu Klang. 

Abu Sayap - Ingat pesan orang tua, jangan paling muka bila bersalam.
 
 

- Kembali ke muka utama