[MUKA DEPAN]     [GOSIP]      [HANTAR CADANGAN]   [EMAIL]

KESELAMATAN NEGARA TERANCAM JIKA MELAYU BERPECAH ?

Golongan yang memanupulasikan agama demi kepentingan politik ini sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai tujuan politik mereka walaupun memporak porandakan bangsa Melayu.

Melayu harus sedar bahawa mereka mesti mengekalkan sebuah kerajaan yang kuat dalam era persejagatan demi memastikan kepentingan politik dan ekonomi mereka tidak tergugat.

Apabila konsep tanpa sempadan diperkenalkan , ia akan memungkinkan kemasukkan ramai ejen perisik asing, penjenayah dan pengganas antarabangsa ke sini.

Penyebaran khabar angin , fitnah dan pelbagai tohmahan terhadap kerajaan termasuk melalui internet sehingga menyebabkan rasa curiga rakyat juga boleh mengugat keselamatan negara.

Sekiranya rakyat terus dipengaruhi agar mempertikaikan kewibawaan kerajaan memerintah, maka ia akan memberi lebih ruang kepada pihak asing untuk mempengaruhi rakyat tempatan agar terus melemahkan kerajaan.

Sikap segelintir rakyat yang mudah melatah terhadap sesuatu isu seperti isu yang membabitkan kes yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga sanggup merancang rusuhan juga merupakan antara ancaman dan memberi ruang kepada pihak asing untuk mengganggu negara ini.

Eksploitasi oleh pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin asing menyebabkan kita dikritik dan dikecam  dan ini menjejaskan nama baik kerajaan kita.

“Wahai bangsaku fikirkanlah kenyataan yang tercatat di atas.

Fikirkanlah implikasi yang bakal di hadapi oleh anak bangsa kita kiranya kita berpecah.

Apa akan terjadi kepada masa depan anak-anak kita yang masih kecil ini. Mahukah anda melihat anak-anak kesayangan anda menerima nasib seperti rakyat negara lain yang sengsara dan dibesarkan dalam keperitan hidup dan penderitaan.

Penderitaan berterusan generasi demi generasi. Kini kita memang selesa. Tapi mampukah kita hidup selesa sekiranya Melayu terus bertelagah sesama sendiri?

Tiada bangsa yang maju dan berjaya hasil dari pergolakan dan perpecahan kecuali menuju kehancuran. Wahai bangsaku fikirlah demi masa depan generasi kita dan masa depan mereka.

Siapa itu generasi kita? Jawapannya anak-anak dan cucu cicit kita. Mahukah anda melihat mereka merempat di jalanan di tanah air sendiri. Atau berhijrah ke luar negara menjadi kuli-kuli bangsa asing?

Di mana maruah kita pada masa itu? Ya kita boleh memanggil sesama kita “TUAN” tapi “Tuan “ yang bagaimana Bermaruahkah “tuan” pada masa itu sekiranya kita menjadi orang suruhan ? “Puan “ yang menjadi pembantu rumah Kini memang sukar mencari pembantu rumah anak tempatan.

Hampir tiada yang sudi menjawat jawatan tersebut! Kenapa?

Kerana taraf hidup yang makin baik. Jauh lebih baik dari dulu.

Bangsa yang hebat, hebat di mata dunia. Apakah sudi anda melihat anak cucu kita menjadi orang suruhan di tanah air sendiri atau di luar negara?
 
- Kembali ke muka utama